Seingat aku....
Dulu aku suka bersukan...
Dari zaman tadika hinggalah sekarang....
Aku ingat lagi...masa tadika dulu ada sukaneka...
Acara 'lari dalam guni ngan 'bawa bola pingpong dalam sudu' adalah yang paling favorite skali...
Aku dapat tempat pertama ngan kedua untuk kedua-dua acara tu...
Masuk darjah 1 hingga 3, acara yang sama sebagai sukaneka sekolah rendah tahap 1...
Aku dapat medal emas...
Masuk darjah 4 hingga 6, aku mula aktif dalam sukan...
Acara sukan tahunan sekolah...
Lompat jauh aku dapat emas masa darjah 4 ( tercatat dalam rekod sekolah sebagai lompatan paling jauh )
Aku dapat perak masa darjah 5...
Lompat tinggi sekadar sampai tahap saringan jek...huhuhuuuuu......
100 meter aku dapat perak...
4X100 meter aku dapat perak...dapat gangsa masa darjah 6....
4x200 meter aku dapat tempat ke-4....
200 meter perseorangan aku tak dapat aper-aper...huhuhuuuu.....
400 meter lagi aku hancur...tercicir belakang!
Ternyata aku lebih serasi dengan lari pecut jarak dekat....
Aku aktif main netball jugak...wakil sekolah...
Hoki plak sekadar sampai ke tahap wakil daerah...
Sampai situ jek...
Masuk sekolah menengah, aku tak aktif sangat bersukan...
Aku rasa aku dah tak mampu nak bersukan lari-lari lagi...
Rata-rata pemain netball plak adalah di kalangan bohsia-bohsia sekolah time tu...
Aku tak campur ngan diorang...
Volleyball lak aku memang tak leh blah...
Pernah try main, tapi pastu tangan aku bengkak...
Terus aku pangkah sukan volleyball!!!
Masuk alam universiti, aku aktif kembali...
Tiap-tiap tahun aku wakil kolej untuk main netball....
Position yang selalu diletakkan adalah Center ( C )
Cuma masa semester akhir aku amik position Gol Defend (GD) sebab aku rasa dah tak leh nak main C dah...
Sukan inter-blok kolej aku, team aku dapat naib johan untuk netball tu...
Untuk larian kampus, aku dapat tempat ke-2...
Masuk alam pekerjaan, aku masih lagi aktif main netball...
Sukan inter-division masa kerja kat RHB Bank, position aku masih lagi GD...
Ketika pemilihan untuk wakil inter-bank, aku tak dapat nak join coz aku dapat offer kerja kat Tourism Malaysia, tempat kerja aku sekarang nie...
Sekarang nie, di Tourism aku masih main netball...
Sukan inter-division, aku selalu men'join'kan diri...
Dan position aku masih lagi GD....
Cuma haritu jek aku ditugaskan untuk bermain di posisi Wing Attack (WA)...
Tu pun selepas rombakan kedudukan pemain dibuat pada game ke dua perlawanan...
Dan team aku mendapat naib johan....
Aku rasa aku perlu teruskan keaktifan aku...
Walaupun aku dah jadi mak budak skang nie....
Sebabnyer takder lain hanyalah kerana aku nak kuruskan badan!!!
Huhuhuhuuuuu.............
p/s: tahun depan tourism wat tournament paintball ngan futsal...aku nak join!