Wednesday, April 23, 2008

Hari Minggu yang Me'rajin'kan.....

Hari Ahad yang lalu, tiba-tiba dear bersikap sangat rajin untuk melakukan aktiviti peng'kebun'an di belakang rumah yang hanya memiliki 'sekangkang kera' tanah sahaja.....
Sementara aku pula ber'senang-senang'an di dalam rumah...
sambil baring menonton tv dan baca paper....
Ahhhh.......bahagianya hidup!


Dear berkebun sambil ditemani oleh 'anak angkat' kesayangannya, si Dol......

Sebelum Kejadian, Selepas Kejadian.....(part 1)

Nak dijadikan cerita pada Sabtu lepas aku telah bermimpi makan nasi berlaukkan kari kepala ikan yang sangat sedap dan mengeliurkan di mayapada ini....kelazatannya tidak terhingga!!!
Maka sejurus selepas aku bangun dari tidur, aku call dear...(dear kat opis)
Selepas dear balik dari kerja, dear terus bawak aku gi kedai makan yang ada menjual kari kepala ikan yang paling best in town!
Dan ternyata....memang best giler kari kepala ikan tu!!!

Sebelum kejadian.....


Selepas kejadian.....


Muka insan yang ke'puas'an dapat kari kepala ikan, mengalahkan isterinya yang sedang mengidam!!!