Thursday, January 14, 2010

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

SAHABAT SEKALIAN....


SEKIRANYA ANDA ADA :-
~ TERNAMPAK
~TERTENGOK
~TERLIHAT
~TERSEREMPAK
~TERJADI SAKSI
~TERHIDU


SEBARANG HAL/KES SEPERTI :-
~ROMPAKAN
~KECURIAN
~RAGUT
~KES SAMUN & PECAH RUMAH
~PENCULIKAN
~ROGOL & BUNUH
etc....etc...etc....


SILA LAPORKAN SEGERA KEJADIAN DI NOMBOR :-

03 - 2115 9999
(Hotline Rakan Cop)



SILA SIMPAN NOMBOR PENTING INI DALAM PHONEBOOK HANDPHONE ANDA!

DAN

SEGERA-LAH BERDAFTAR DENGAN RAKAN COP DENGAN MENAIP :-

 RC<>WPKL<>DAFTAR<>NAMA

DAN  HANTARKAN KE 32728

(saya telah melakukannya dengan kadar segera pada pagi tadi!)




"BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH!"

Huishhh....Takutnyer! Cuaknyer!

Kisah kali ini adalah agak menakutkan, mencuakkan, menyeramkan, menggabrakan dan meng....meng....meng....yang sewaktu dengannya.
Kisah ini berlaku ketika jam 8.20am pagi tadi, ketika aku tengah drive sensorang gi keja....
Ia berlaku di Jalan Pahang, berhampiran Stesen Minyak Shell....

Tengah aku sedap melayan lagu evergreen kat Sinar.FM dan melepasi lampu isyarat simpang tiga Sentul-Jalan Pahang, tetiba ada sebijik motor yang ditunggangi oleh seorang mamat Melayu, bergerak seiring dengan aku sambil menyuluhkan lampu suluh, minta aku ke tepi....

Aku dalam keadaan terpinga-pinga tu, terus bagi signal then ke tepi seperti yang diarahkan. Aku macam ala-ala blur la sket...Sempat lagi aku berfikir..."aku ada terlanggar mamat nie ke???rasanyer macam takder...." "aku ada masuk lane seblah tanpa bagi signal ke???rasanyer dah bagi dah...."
Then mamat tu soh aku bukak tingkap, aku bukak 1/3 tingkap jek...Then mamat tu bersuara...
"Cik, cik tahu tak apa kesalahan cik? Cik dah melakukan salah satu kesalahan jalan raya"

Aku ala-ala blur....OK, fine...aku admit aku tak pakai tali pinggang keledar...tapi boleh tak jangan soh aku berenti kat tepi jalan nie????Secara tak langsung aku dah membuatkan jalan jadik jem seketika...Then mamat tu cakap lagi...
"Sekarang nie kita tengah dalam operasi mengesan kesalahan jalanraya dan Cik dah melakukan kesalahan tak pakai tali pinggang"

Yer...betul tu! Tapi mamat nie tak nampak ke yang keta aku nie tengah menghalang laluan orang ramai time sumer orang tengah busy nak gi keje pepagi nie????Mamat tu soh aku park keta betol-betol...aku naikkan cermin kereta then aku bagi signal ke kanan dan aku nak blah....Mamat tu cepat-cepat gi ke sebelah aku then cakap...
"Cik pegi kat Stesen Shell jap..."
Haaa...kan sepatutnya camtu!!!Takder la aku nie mengganggu pengguna jalanraya yang lain...

Tapi dalam pada on da way ke Shell tu, aku dah cuak...Aku dapat rasakan ada benda tak betol bakal berlaku neh! Tangan dah seluk dalam handbag, gagau carik handphone, nak call En.Belo. Tapi tak jumpa-jumpa pulak handphone bangang neh!!! Hati dah cuak neh...tapi muka still menten blur...sebab otak still lagi berfikir 'ape salah aku???' , 'sape mamat neh????' , 'alamak...lambat ler aku pi keje neh!!!'...tu jek dalam fikiran aku time tu...

Dah sampai kat Shell, aku bukak tingkap 1/3 jek...takot nak bukak beso-beso...
Mamat tu tegur aku...
"Cik, sekarang nie polis berpakaian preman sedang melakukan operasi mengesan kesalahan jalanraya. Cik dah melakukan kesalahan jalanraya...Cik tak pakai belt...Boleh saya mintak I/C dan lesen?"
Aku pon cakap kat mamat tu balik...
"Sebelom tu boleh saya nak tengok awak punya kad kuasa POLIS awak tak???"
Mamat tu balas...
"Kad kuasa saya sumer ada kat Chief saya, saya dah call dia, kejap lagi dia datang dengan petrol car...tengah on da way skang nie...."
Aku pandang keliling keta aku....Aku dah cuak dah...Aku tak terbayangkan petrol car...tapi aku terbayangkan kot ada konco-konco berkereta datang nak samun ke kan....
"Mintak I/C dan lesen, Cik!" mamat tu bersuara..
Aku pon bukak handbag then amik wallet...Carik punya carik, lesen aku takder!Alamak...baru aku sedar, masa beli wallet baru bulan lepas, aku terlupa nak masukkan skali lesen memandu aku!!! Aku dengan muka terbangak-bangak, pandang kat mamat tu.

"Nape,Cik??Ada masalah ke??"
"A'ah....memang masalah! Lesen saya kat wallet lagi satu!" aku balas....
"Emmm....nie lagi kesalahan besar nie,Cik. Cik nie tertinggal lesen ke atau memang takde lesen memandu langsung?!?!" Mamat tu siap leh 'sound' camtu lak kan....
Aku balas...
"Ish....mesti la ada!Takkan la takde lesen leh bawak keta lak...tak berani la saya camtu!"
"Kalo camtu, saya kena saman Cik nie...kalo dikira sumer kesalahan Cik, sumernyer RM300...Cik kena bayar on the spot! So, camner nie Cik???" mamat tu ber'counting' ngan aku...

Aku dah pelik...Mamat nie sama ada menyamar jadik polis atau memang betol polis, tapi nak 'duit kopi'??? Aku memang tak leh bertolak ansur kalo masuk bab-bab rasuah nie!Pantang aku main rasuah nie,beb! Aku pandang mamat tu. Aku prasan dia dok usha seat blakang keta aku...Sah! Dia nie BUKAN polis! Nie mesti PENGUGUT WANITA di jalanraya neh!!!

Aku cakap "Camni la, boleh tak saya gi opis dulu..saya dah lambat nak gi keje nie!Tunggu saya punch card dulu then kita pegi balai polis!"
"Cik keje katne?" mamat tu tanyer..
Aku jawab ringkas "PWTC!"
"Tak boleh camnie Cik...saya nak kena ikot lak Cik gi opis...buang masa camtu...Skang nie saya saman Cik, Cik bayar RM300 on the spot atau saya heret Cik pegi balai polis?!?!"
Wah....main ugut lak mamat nie!!!

Aku pikir-pikir sejenak...Memandangkan aku memang dah ada 8 saman yang BELOM dibayar, so apa salahnyer tambah lagi satu, jadikkan 9 pulak, kan?!?!?!
"Ok, Fine! Awak saman la saya RM300 tu, nanti saya gi balai polis, saya bayar!" Aku jadik cam ala-ala berani-takut-berani-takut la time tu....
"Ok...buku saman jap lagi Chief saya datang, dia bagi..Saya kena saman Cik sebab Cik takder lesen...I/C ada??? lagi skali dia mintak I/C aku!
Apahal lak mamat nie dok mintak I/C banyak kali neh!Aku terus bersuara keras.....
"Awak tulis jek saman tu, nanti saya gi bayar!Saya dah lambat nak gi keje nie...Saya tak boleh nak bagi awak I/C saya sebab awak pon tak tunjukkan saya kad kuasa POLIS awak!" aku balas sambil wat muka serious....
"OK...takpelah kalo camtu....cik boleh pegi skang la...." mamat tu ala-ala pasrah jek....
Aku terus naikkan tingkap then blah dengan sepantas yang mungkin.....
Ada ke POLIS camtu?????

Aku rasa ini mesti kes peras ugut nie...
Tapi peras ugut secara berhemah la...sebabnyer mamat tu takder tengking-tengking or tinggi suara kat aku....Biasanyer kalo polis kan ala-ala garang,kan....
Mamat nie muka macam budak baik, tapi wat muka serius...konon nak bagi aku takot la...
Mentang-mentang la aku nie pompuan...sensorang drive keta...tengah pregnant lak tu....ko ingat boleh nak buli la yer?!?!?
Walaupun pada hakikatnya aku agak takot a.k.a cuak...tapi aku bukan takot kat dia...tapi takot kot-kot dia akan melakukan apa-apa tindakan luar kawalan lak nanti...
Mana la tau kot-kot dia hunus pisau kat leher aku ker...tikam perot aku yang tengah sarat nie ker...atau pecahkan cermin kereta aku then amik handbag aku ker....macam-macam benda buruk aku pikir! (nauzubillah)

Pas jek kejadian, aku drive gi keje dalam keadaan tak tenang....serioushit!!!
Mata aku melilau dok usha kot-kot mamat tu follow aku ker...
Sebab pas jek aku blah dari Shell tu, aku sempat tengok mamat tu dari side-mirror keta, dia tengah kuarkan handphone dia dari poket jeans...Aku tak tau either dia call somebody atau dia taip & save nombor plat keta aku dalam handphone dia...
Hishhhh.....cuak seh!

Aku usha cermin pandang depan, mamat tu tengah follow aku dari jauh...
Aku terus drive lelaju, masuk PWTC then terus gi parking lot...
Aku siap bagitau kat guard parking tu kalo ada sesiapa yang mencurigakan, tolong tengok-tengokkan sket...
Aku bagitau guard tu serba sedikit ciri-ciri mamat tu....
Kurus, berkulit putih, berbaju merah PULAPOL tide-in jeans biru...nampak smart jek....tak selekeh pon!
Guard tu angguk tanda paham...katanyer "Nanti saya tengok-tengokkan..."
Aku park jek keta...terus aku lega....Aku rasa selamat giler!
At least aku dah ada dalam kawasan bangunan opis...
Alhamdulillah...aku selamat sampai ke opis akhirnyer!

Sampai jek kat opis, aku teros call En.Belo dan ceritakan semua yang berlaku...
Aku jadik takot lak nak balik petang nie kang.....
So petang nie En.Belo akan tunggu aku balik keje then follow aku dari belakang dengan motor beliau....
Nampak gayanyer esok aku kena gi keje naik keta Spectra la....
Tak leh naik GEN2 nie lagi....
Takot la kot-kot mamat tu dah usha keta....pastu nak usha umah lak ke kan....
Skang nie macam-macam kes leh berlaku.....
Samun la...ragut la...rompak la....
Hishhhh.....nauzubillah!!!



Perkara-perkara yang musykil pada aku:-
i- POLIS mesti la naik moto polis peronda then pakai baju polis trafik, then baru la leh saman orang, kan???
ii- POLIS mesti la sentiasa bawak kad kuasa (even pakai baju preman sekali pon!) dan tunjukkan pada orang awam jika diminta, kan???Orang awam ada hak mintak tunjuk kad kuasa,kan???
iii- POLIS mesti la selalu bawak buku saman kalo nak saman..sebab diorang ada kuota jumlah saman sehari, kan???
iv- POLIS takkan wat operasi time pepagi orang tengah busy nak gi keje, kan???
v- POLIS takkan terus jek mintak bayar saman on the spot, kan??? Mesti diorang ada tulis-tulis kat kertas saman dulu, kan???


*** ralat giler sebab tak terfikir nak tengok nombor plat motor mamat tu mahupon jenis motor dipakainyer (akibat dari kecuakkan yang separa melampau) ***




p/s: Ya ALLAH....lindungilah aku dan keluargaku dari sebarang kecelakaan dan malapetaka....jika KAU mahukan juga sesuatu berlaku padaku, sekurang-kurangnya tunggu lah sehingga aku selamat melahirkan baby nie dulu....hingga ketika itu, KAU peliharalah keluargaku dari segala musibah....Aminnnnnnnnnnnnnnn........