Wednesday, January 30, 2008

Cute + Sempoi.....

Skang dah pukul 5.25pm....lagi 5 minit aku dah boleh balik kerja mengikut waktu kerja berperingkat yang dibuat oleh kerajaan....tapi aku bekerja dengan badan berkanun....tapi tetap peraturannya seperti orang kerja kerajaan juga....

Malam tadi aku menghabiskan kerja-kerja peng'edit'an borang survey hotel di rumah....dear turut membantu dengan penuh kerelaan...tapi untuk sejam pertama sahaja....masuk jam berikutnya,dia melakukannya atas dasar paksaan dari aku....hahahaha....
Nak tak nak dia menyudahkan semua kerjaku....sesungguhnya dia seorang suami yang baik hati...
Sebelum buat kerja, kami masak untuk makan malam.....aku masak sambal ikan bilis dan lempeng (atas permintaan tekaknya) untuk dia sementara aku hanya makan roti bakar sahaja (mengikut tekakku)...
Selesai makan,dear membasuh semua pinggan,mangkuk, kuali dan cawan yang digunakan untuk masak...aku memerhatikannya dari meja makan.....sesungguhnya suamiku kelihatan cute apabila membasuh pinggan mangkuk sambil memakai sleevesless dan berkain pelikat sahaja....heheheee.....
Suamiku memang seorang yang sempoi.....


5.30pm dah....time untuk balik....babai!!!