Wednesday, November 4, 2009

Beriadah Di Petang Hari......

Tarikh : 3 November 2009
Hari : Selasa
Waktu : 5.00pm-6.00pm
Tempat : Taman Tasik Sri Permaisuri, Cheras
Aktiviti : Sajer Bawak Andy Jenjalan....



Andy tak takot langsung naik jambatan gantung!



Excited giler mamat neh! Ibarat 'terlepas kandang' gamaknyer....


Semalam aku MC....
Tak sehat...
Maklum la....kepala asik sakit jek!
Tunggu giliran jumpa doctor punyer ler lama...
2 jam gak ler menunggu....
Sampai Andy dah buat perangai dah...tak reti dok dendiam!
Pas jumpa doctor, temankan Daddy gi gunting rambut beliau yang dah panjang tu....
Maklum ler...boss dah 'sound' soh pendekkan rambut...
Ekekekekeeee.......
Pastu terasa macam nak amik angin petang lak...
Hari nie cuaca baik..tak ujan...panas jek...
Kalo jemur baju pon cepat kering!
So decide la gi Taman Tasik Sri Permaisuri....
Bawak Andy main playground kat situ...
Daddy termengah-mengah me'layan'kan Andy....
Ajar Andy main gelongsor.....main jongkang-jongkit...main gayut-gayut...
Pastu ternampak ada jambatan gantung kat situ....
Aik??? Ada jambatan gantung ek kat Tasik Permaisuri nie?!?!
Andy tak takot langsung jalan atas jambatan gantung tu....
Terror ler anak mommy neh!
Pastu dah penat...beli air 100plus, aiskrim, buah jambu ngan asam....
Dok relaks jap....
Pastu balik!


No Wonder La.....

ISTILAH darah cair atau kepekatan darah rendah biasanya merujuk kepada keadaan darah bagi wanita hamil yang mengalami anemia atau masalah kekurangan darah.Meskipun anemia bukan penyakit, ia perlu dirawat bagi mengelak risiko masalah kesihatan kepada ibu atau anak dalam kandungan.Antara langkah mudah mengatasinya ialah menjaga pemakanan dan mengambil pil vitamin yang diberi khusus untuk wanita hamil.

Kekurangan darah bukan saja menyebabkan keletihan melampau tetapi lebih membimbangkan ia boleh mengakibatkan keguguran, mudah mendapat jangkitan dan bersalin tidak cukup bulan.Dianggarkan satu daripada lima orang mengalami masalah kurang sel darah merah yang menyebabkan mereka mudah letih, kulit menjadi pucat, sukar menumpukan perhatian, sering sakit kepala, jantung berdegup cepat, tercungap-cungap, pening dan pada kes teruk, seseorang boleh pitam secara tiba-tiba.

Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah.Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama wanita, kerana mereka didatangi haid setiap bulan. Jarang lelaki mengalami anemia, kecuali jika mereka menghidap penyakit.

Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan. Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.Justeru, untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggang, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan.

Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah. Paras hemoglobin yang normal ialah antara 13.8 to 17.2 gm/dL bagi lelaki dan 12.1 to 15.1 gm/dL bagi wanita.Individu yang paras hemoglobinnya kurang 13 gm/dL (lelaki) dan 12 mg/dL (wanita) dianggap mengalami masalah anemia. Secara umumnya, rata-rata lelaki Malaysia mempunyai paras hemoglobin antara 12 hingga 13 gm/dL dan wanita pula sekitar 11 gm/dL.Angka ini sangat penting kerana setiap penurunan satu peratus paras hemoglobin meningkatkan risiko kematian sebanyak 10 peratus, terutama pada wanita hamil.

Kekurangan zat besi ketika hamil berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukan organnya, terutama pada bulan ketiga terakhir kehamilan. Jika si ibu ada bekalan sel darah merah berlebihan sebelum hamil, janin boleh menggunakannya.Jika tidak, seseorang wanita mengalami anemia kekurangan zat besi ketika hamil. Biasanya individu anemia kehilangan empat hingga 10 miligram zat besi ketika haid dan 500 miligram zat besi apabila hamil.

Bagaimana untuk tahu sama ada kita anemia atau tidak?Gejala anemia agak umum dan mengambil masa panjang untuk dilihat. Gejala paling jelas ialah keletihan walaupun melakukan kerja ringan dan najis berwarna gelap atau kehitaman (menandakan kehadiran darah) serta sangat berbau. Antara gejala lain ialah:

~ Kulit pucat
~ Lemah seluruh badan
~ Selalu pening
~ Jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal
~ Sakit kepala
~ Sesak nafas dan tercungap-cungap ketika melakukan kerja
~ Tangan dan kaki berasa kebas
~ Keadaan di atas mungkin jadi lebih teruk jika hamil
~ Lidah menjadi licin
~ Ulser di tepi mulut yang menyebabkan rasa sakit
~ Kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu

a. Komplikasi ketika hamil
~ Keguguran
~ Peningkatan berat badan yang sangat sedikit
~ Bersalin tidak cukup bulan
~ Anak mati dalam kandungan
~ Jangkitan

b. Ketika bersalin
~ Sukar melahirkan anak
~ Risiko tindak balas badan terhadap ubat bius
~ Kegagalan jantung

c. Selepas bersalin
~ Pendarahan
~ Aliran darah tersekat (akibat kehadiran darah beku atau bahan lain seperti gelembung udara, lemak atau air ketuban)
~ Pereputan tisu

d. Risiko pada bayi
~ Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)
~ Tidak cukup berat
~ Bayi gagal atau lambat membesar
~ Bayi perlukan bantuan pernafasan berpanjangan
~ Penilaian Apgar (aktiviti dan bentuk otot, denyut nadi, tindak balas kerengsaan, warna kulit dan pernafasan) yang rendah


Sumber : myMetro/sihat (Metro online)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lebih kurang 70% gejala anemia ada pada aku....
Ujian darah juga telah menunjukkan aku kurang hemoglobin dalam darah...
Paras hemoglobin aku adalah 10.5 gm/dL....

No wonder la berat aku menurun sebanyak 6kg sepanjang 6 bulan tempoh hamil dan hanya naik sebanyak 0.5kg jek bulan nie!
No wonder la aku asik sakit kepala jek!
No wonder la aku cepat letih!
No wonder la kaki aku slalu kebas-kebas jek!
No wonder la kawan-kawan opis slalu tegur muka aku pucat!
No wonder la aku kena ulser mulut aritu!

Owh......no wonder la........

Double Scoop Float Rutbir!

Tarikh : 1 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 4.00pm - 6.30pm
Tempat : Restoran A&W, Jaya Jusco Keramat AU2
Misi : Daddy Blanja Makan Lagik!!! (sebab mommy yang nak...hahahaa)




Uuuuuu.....sedapnyer float double scoop mommy nie....!



Andy kusyuk makan kentang goreng...



Pas makan, kita jenjalan naik menatang nie....nak?!?!?




Tekak mommy tetiba lak teringin nak makan float double scoop kat A&W tu....
Apa lagi...terus shoot pegi ke 'Place of the Year' la...
Hahahahaaa....
Mentang-mentang ler J.J Keramat nie baru bukak.....
Asik dok pegi sini jek kitorang nie!
Mommy amik set besar...
So mug mommy pon besar...
Tapi mommy habis makan sumer!!!
Hahahaaa.....
Kuatnyer makan!
Tapi takper...janji puas hati!
Daddy baik hati...ikutkan jek tekak mommy nak makan ape....
Thanks daddy!
Muahhhhhhhhhhhhh...................

Gua R.O.C.K Brader!!!


Yo, brader!!!
Amacam???
Gua nampak ROCK tak????
R.O.C.K beb!!!


Mari Ber'Tarbush'!

Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Waktu : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Restoran Tarbush, Ampang Point
Misi : Daddy Nak Belanja Makan Lagik!



Tengah tunggu order datang...satu..satu depa bawakkan...


Menu Mummy : Bryani Lamb Rice....
Menu Daddy : Lamb Stick (kot!)


Daddy makan sambil melayankan 'Pak Plekok' nie makan kentang goreng.....


Comotnyer Andy makan kentang goreng....suka ek????



Memang sedap makan kat Tarbush nie....
Dak Daddy yang teringin nak makan sebenarnyer...
Daddy suka makan dessert kat situ...
'Mahalabiah' namanyer....
Yer.....MAHAL!
Dua orang punya makan pun dah RM50++
Tapi takper...
Puas hati...!!!
Lagipun skali skala jek makan mahal-mahal nie....
Pasni makan murah-murah jek...
Ekekekeeee......


Aktiviti Hujung Minggu Kami Kali Ini Pulak!

Tarikh : 24 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 2.00pm - 6.00pm
Tempat : Jaya Jusco Keramat AU2
Misi : Daddy Nak Belanja Makan!



Andy takot ngan bear beso tu...so dia buat dekkk...jek ngan menatang tu!


'Kenderaan rasmi' Andy setiap kali pegi J.J Keramat nie...senang, mummy & daddy takyah dukung!


Mari makan di Wendy's!Agak mahal sikit dari mekdi...tapi berbaloi sbb lagi sedap!


En.Belo sedang pekena burger cheese yang sangat best!Nyum....nyum....


Bagi Andy makan kat dalam 'kereta rasmi' dia jek...senang!Andy tak banyak songeh!hehehee.....




Daddy sangat baik hati...nak belanjan mummy makan!
Mummy teringin nak try menu kat Wendy's...
Burger cheesenyer sangat sedap...
Lembut jek daging....roti dia pon lembut!
Haish.....
Salad kurenggggg sket!
Maklum la....
Mummy bukan jenis herbivor yang tegar....
So salad tu wat rasa sket-sket jek...