Hari-hari telinga aku disogokkan dengan cerita pasal politik tanah air...
Hari-hari mata aku dipaparkan dengan kisah-kisah bergambar pejuang-pejuang politik (kononnyer) negara.....
Hari-hari otak aku disumbatkan dengan pelbagai hikayat si malim kundang pencinta-pencinta politik...tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung....
Tak dapat dinafikan, politik sangat seronok diikuti masa pilihanraya tengah hangat dan panas macam kuih keria yang arwah nenek aku buat masa aku kecik-kecik dulu.....tapi apabila dah hampir sebulan berlalu, aku menjadi letih dan boring mendengarkan perihal politik yang tidak berkesudahan ini....dah hampir sebulan berlalu, politik tidak lagi dah sehangat dan sepanas kuih keria arwah nenek aku......
Hari-hari aku baca paper wajib aku...iaitu Utusan dan Harian Metro.....memang hari-hari aku dok baca pasal politik nie....kekadang sampai tahap aku nak muntah, aku x bukak langsung mukasurat 1-6 yang pertama....aku terus skip ke bahagian luar negara jek....tak pun aku fokus kepada kes kemalangan atau kes anak hilang ker....
Boring kalo hari-hari bercerita pasal politik...seolah-olah dunia aku nie dikelilingi oleh perihal politik sajer...seolah-olah perihal hiburan, sukan dan sebagainya berada di dunia yang lain....
Di suratkhabar sudah tentu bercerita pasal politik....di media elektronik pun bercerita pasal politik...orang kat umah aku pun rancak bercerita pasal politik gak!!!
Arggghhhhhhhhh...........setiap penjuru ada politik!!!Mana aku nak lari nie?!?!?!?
Tolongggggggggg.............berilah aku ruang untuk bernafas...........ruang untuk aku supaya tidak perlu menghamburkan muntah kepada sesiapa akibat daripada terlalu banyak menelan 'liquor' politik ini!!!
Aku sudah bosan dengan politik yang kotor........sahaja!!!
Aku tidak bosan dengan politik yang jujur, amanah dan ikhlas.......kerana 'i was born to be a leader'.....!!!