Aku ada persoalan permasalahan yang perlu difikirkan dan perlu dikongsi...
Aku percaya, kebanyakkan mommies mesti mengalami masalah nie gak..
Persoalan permasalahannyer adalah bagaimana nak prevent anak2 kecil daripada mengikut/meniru percakapan/perbuatan orang2 dewasa yang tak berapa nak senonoh tu?!?!?
Aku sedang mengalami masalah ini sekarang...
Kelmarin Andy genap 2 tahun 6 bulan...
So dalam usia sebegitu, Andy banyak belajar sesuatu perkara/benda itu menggunakan kaedah tiru/ajuk...
Apa yang kita buat. itu yang dia ikot...
Apa yang kita cakap, itu yang dia ulang balik...
Proses pembelajaran dia kepada sesuatu perkara yang baru adalah melalui kaedah sebegitu...
Aku tak kesah dia nak tiru perbuatan/percakapan kita asalkan semua yang dicakap/dibuat itu adalah perkara yang baik2 sahaja...
Contohnya kalo aku cakap
"Andy...jom makan!"
Then Andy akan ulang balik ayat aku
"Mommy...jom makan!"
Kadangkala aku didik dia supaya dia tahu yang dia adalah seorang 'abang'...
Aku ajar dia cakap dengan adik dia...
"Andy...cakap dengan adik Fajar, "No, Fajar..." "
So Andy akan cakap balik ayat aku kepada adik dia
"Fajar...No, Fajar!"
Itu kalo dalam situasi si adik buat sepah mainan...maka aku ajar si abang agar tegur si adik...
Kadang2 si abang pon ikot sama sepah jugak!
Tapi takpe..tu masalah lain...kita citer kemudian!
Yang menjadi problem di sini adalah apabila ada orang dewasa yang mengajar Andy yang bukan-bukan...
Ajar Andy cakap yang bukan-bukan...
Bukan ajar cakap lucah ke....tidak!
Tapi ajar Andy cakap
"piraaaahhhhhhh......" or
"tumbuk kang..." or
"sebok lah!" or
"apahal?!?"
Ajar Andy cakap those words dengan intonasi yang ala-ala kerek semacam jek....
So Andy pon terikut2 dengan apa yang diajar...
Then bila Andy terikot2, orang dewasa semacam enjoy pulak dengan aksi Andy tu....
It's kinda fun la konon!
Bila dah terjadi perkara macam nie, bila aku tegur Andy
"Andy....No!"
Then Andy replied
"tumbuk kang...." sambil tunjuk tangan penumbuk...
Perilaku macam nie boleh membuatkan mana2 parents pon terkesima dengan tindakbalas yang anak2 tunjukkan tatkala kita menegur mereka....
Aku agak terkejut juga bila Andy dah pandai bagi respons yang macam tu....
Bad responds.....
Aku tak tahu nak buat macam mana.....
Lagi merumitkan keadaan apabila yang 'mengajar' anak2 nie adalah orang yang rapat dengan kita...
Tak tahu nak tegur macam mana and nak tegur siapa...
Perlu tegur anak2 atau tegur orang dewasa tersebut???
Haisshhhhh......
Perlu duduk dengan tenang dan fikir permasalahan ini dan cara mengatasinya dengan cara yang relevan...
Errrmmmm.....
Perlu berbincang dengan pasangan tentang perkara ini....