Sahabat sekalian....
Tanpa aku sedari, aku ada
PEMINAT MISTERI!Yer....sangat misteri peminat itu...
Hahahahaaa......
Peminat misteri yang bukan sahaja suka view dan baca blog aku, malah telah melakukan lebih dari itu!
Ya.....
LEBIH DARI ITU!Jangan tak percaya, yer sahabat sekalian.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai peminat misteriku...
Ketahuilah kamu..ini adalah blog aku!
Diulangi....
BLOG AKU!Aku boleh dan berhak untuk menulis apa sahaja yang berkaitan dengan diri aku dalam blog persendirian aku ini!
Jika aku dalam keadaan marah, maka aku expresskan marahku di sini...
Jika aku dalam keadaan gembira, maka aku expresskan gembiraku di sini....
Jika aku dalam keadaan sedih, maka aku expresskan sedihku di sini....
Jika aku dalam keadaan apa sekalipun, di sinilah jua tempat aku buat luahan.....
Dan sekiranya kamu tidak tahu, blog itu bersifat
'PERIBADI' a.k.a
'PERSONAL'!Dan apabila ia bersifat peribadi a.k.a personal, dan kamu telah men'konspirasi'kannya, maka kamu tidak faham apa erti PERIBADI dan PERSONAL...
Maka, aku cadangkan kamu jika ada masa terluang, pergilah mengikuti kursus atau seminar
'Tatacara Menghormati Hak Personal Orang Lain'!Itu sahaja nasihat dari aku...
Dan lagi satu, kamu juga berhak untuk membuat blog sendiri bagi membuat luahan perasaan, seperti yang aku buat ini!
Kamu boleh melampiaskan rasa marah dan tidak puas hati kamu terhadap aku di dalam blog kamu sendiri!
Ya.....sudah tentu kamu boleh melakukannya..
Malaysia kan sebuah negara yang demokrasi...!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tidak mengenali kamu secara mendalam...
Dan aku tidak sesekali mahu berbuat sedemikian...
Aku percaya kamu juga tidak berkeinginan sedemikian....
Tapi ketahuilah olehmu, itu tidak bermakna kamu boleh sesuka hati menceroboh hak asasi individu lain.....
Tabiat seperti itu dikenali sebagai
'kurang sopan' atau bahasa kasarnya
'biadap'!Dan tabiat seperti itu sememangnya tidak boleh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan moden seperti zaman sekarang....
Hindarilah tabiat seperti itu, wahai peminat misteriku...
Masih belum terlambat untuk kau merubah sikap...
Kerana semua syaitan bakal diikat dan pintu neraka bakal ditutup tidak lama lagi....
Dan tiada lagi syaitan yang terlepas dari rantai ALLAH pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma kelak, melainkan manusia itu sendiri adalah syaitan yang sebenar-benarnya!
Berubahlah, wahai peminat misteri....
Kerana aku percaya, kamu mampu mengubahnya!