Tuesday, October 6, 2009

Perbicaraan Yang 'Alahaiiiiii........'

Tarikh : 30 September 2009
Hari : Rabu
Waktu : 9.00am - 1.00pm
Tempat : Mahkamah Sesyen Sivil 4, Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur
Misi : Perbicaraan Kes Eksiden Tahun 2007



Saman No : 4-53-87-2008
antara
1. Mohd Nazri Mahasan - Plaintif
2. Nor Fariza Yusop - Plaintif
dan
1. Mohamed A** bin Z**** - Defenden
2. Uptown***** - Defenden
(nama pihak defenden tidak dapat disiarkan kerana aku tanak kena saman!hahaha...)


L : Lawyer
A : Aku


L : Boleh Cik terangkan apa terjadi pada 1.10.2007?
A : Saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa saya membonceng motosikal bersama suami.

L : Tahukah Cik dari mana dan mahu ke mana?
A : Saya dari arah Melawati dan mahu menuju ke Keramat.

L : Tahukah Cik di mana kemalangan itu berlaku?
A : Kemalangan berlaku di Jalan Wangsa...

L : Pukul berapa kemalangan itu berlaku?
A : Lebih kurang pukul 7.00 petang, sebelum waktu berbuka puasa kerana pada ketika itu bulan Ramadhan.

L : Boleh Cik ceritakan sedikit bagaimana kemalangan itu berlaku?
A : Setahu saya, kami dari arah Melawati mahu menuju ke Keramat den pada ketika itu satu teksi telah melakukan U-Turn di jalan yang lurus.

L : Adakah Cik membuat laporan polis selepas kejadian?
A : Tidak.

L : Mengapa?
A : Kerana saya berpendapat suami telah menyatakan di dalam laporan polis bahawa saya sebagai pembonceng motosikal. Oleh itu saya merasakan tidak perlu untuk saya membuat laporan polis.

L : Selepas pelanggaran, adakah Cik sedar diri?
A : Ya, saya sedar diri.

L : Boleh Cik ceritakan apa berlaku selepas itu?
A : Selepas kemalangan, terdapat orang ramai yang berada di restoran berdekatan yang datang menolong. Mereka telah mengangkat saya untuk di bawa ke klinik berhampiran.Tetapi klinik itu tutup dan tiada doktor bertugas kerana waktu rehat untuk berbuka puasa.

L : Apakah yang berlaku selepas itu?
A : Salah seorang dari mereka telah menelefon ambulans yang kemudiannya telah membawa saya ke HKL.

L : Adakah Cik dimasukkan ke hospital selepas kemalangan tersebut?
A : Tidak. Saya hanya dirawat sebagai pesakit luar dan selepas pekerja hospital melakukan 'dressing' ke atas luka saya, saya dibenarkan pulang.

L : Adakah Cik diberi sijil cuti sakit?
A : Ya. Saya diberi cuti sakit dari 2.10.2007 hingga 23.10.2007.

L : Adakah Cik mengalammi kecederaan selepas kemalangan tersebut?
A : Ya. Saya berasa sakit di bahagian jari kelingking kanan serta luka-luka di sekitar tangan kanan dan kaki kanan.

L : Di manakah Cik menerima rawatan?
A : Di HKL.

L : Semasa Cik bercuti sakit, apakah yang Cik dapati kemudiannya?
A : Selepas kemalangan, saya dapati jari kelingking kanan saya tidak dapat diluruskan dan berasa sakit.

L : Apakah tindakan Cik seterusnya?
A : Atas nasihat ibu saya, saya telah ke HKL pada keesokan harinya dan melakukan x-rayatas nasihat doktor.

L : Apakah yang didapati dari x-ray tersebut?
A: Daripada x-ray tersebut, berlaku keretakan pada tulang jari kelingking saya dan ianya perlu disimen.

L : Bila x-ray dilakukan?
A : Pada 9.10.2007.

L : Selepas kemalangan, apakah kesukaran yang dihadapi oleh Cik?
A : Selepas kemalangan, jari saya perlu disimen selama lebih kurang sebulan dan terdapat parut kekal di tangan dan kaki kanan saya.

L : Ok.Terima kasih, Cik.
A : Sama-sama.


Hakim : Saksi dilepaskan!

**Berlaku juga soaljawab antara aku dengan peguam pihak defenden, tapi aku malas nak taip!



En.Belo kaku seketika di hadapan pintu masuk mahkamah sesyen sivil 4....

Cuak giler...1st time datang mahkamah persekutuan, 1st time masok court, 1st time masok kandang saksi, 1st time ngadap hakim, 1st time kena soaljawab ngan peguam!!!

Teros terasa macam dalam citer 'Ally McBeal', siot!

Gilek, ar!!!

Sekurang-kurangnya ada pengalaman masok court...hehehee....so leh tau camner cara-cara nak ngadap hakim dan kena soaljawab ngan peguam!
p/s : sahabat sekalian, sila pastikan anda belajar kemahiran memahami peta kawasan kemalangan yang dilukis oleh polis yang 'alahaiiiii......' dengan betol, yer...