Friday, December 30, 2011

Alahai Ustaz.....


Aku mengaku....
Aku tak pernah bukak TV Al-Hijrah sebelum nie.....
Aku tak pernah tau rancangan-rancangan kat tv baru tu....
Ketika kawan-kawan semua dok bercerita pasal ustaz ini, aku wat dekkkk jek!
Sebabnya, aku tak berminat sangat nak dengar ceramah-ceramah nie.....
Sebab aku rasa ceramah nie membosankan....
Apa saja ceramah  aku rasa bosan!
Ceramah pasal politik ke....pasal keugamaan ke....pasal ape sajer la!
Aku tak berminat nak dengar...
Bukannyer aku membenci....TAK!!!
Aku cuma tak berminat nak dengar jek...
Kalo diberi pilihan lain, aku amik pilihan yang lain tu...rather than dengar ceramah pasal ape saje!

Tapi, ditakdirkan ALLAH...suatu malam aku 'TER'tekan channel Al-Hijrah nie....
Kebetulan pulak, time tu tengah 'on air' rancangan '30 Minit Bersama Ustaz Don'...
Aku kata ngan diri aku sendiri...
"Tengok sat la rancangan yang depa dok sebut ni...best sangat ke?Apa yang bestnyer rancangan nie???Sape Ustaz Don nie???"
Untuk carik jawapan, so aku pon layan ler jap....
Dok dengar ustaz nie bercakap dan menerangkan mengenai hukum hakam agama....
Style sempoi, bersahaja dan lawak....
Aku dah mula tertarik...
Tak susah nak faham penerangan dia tentang hal berkaitan agama....
Sedar tak sedar, sampai habis aku layan rancangan keagamaan tu....
Dan keesokannyer aku tunggu lagi rancangan ustaz nie...
Tapi takde!
Aku fikirkan setiap malam dia 'on-air'....
Rupanyer tak!
Dalam masa yang sama...aku cair tengok ustaz nie...
Aku admit, memula aku tengok rancangan nie...
Aku bukannyer dengar sangat ceramah dia pon...
Aku lebih fokus kat wajah kacak dia tu!
Hahahahahaaa......
Gatal lebey neh!!!
Tapi lama kelamaan, dari dok tatap wajah kacak dia tu, aku tros jadik fokus dengan ceramah dia...
Sedikit sebanyak aku dapat menimba ilmu agama yang disalurkan melalui rancangan tv nie...
Errrmmmmmmm.....
Ada jugak gunanyer berwajah kacak dan berceramah yer....
:-)

adussssss.....'melting' gua tengok ustaz neh!

Dengar cerita, start Januari 2012 rancangan '30 Minit Bersama Ustaz Don' akan diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis....
Kalo sebelum nie, rancangan nie setiap Isnin dan Rabu jek....
Hari Selasa lak belajar tajwid dengan Ustaz Don...
See???
Aku hafal jadual rancangan Ustaz Don!!!
Secara tak langsung ada gak ilmu yang aku kumpul time tgh dok ralit tengok wajah kacak ustaz bujang nie!
:-)
Haishhhh...takde ape yang nak dikatakan lagi dah...
Aku just boleh cakap "SubhanaALLAH....indahnya ciptaan ALLAH nie...."
Ya,ustaz.....semoga 'jodoh' kita panjang untuk berjumpa di kaca tv!
(Kamu di dalam tv....aku dok luar jek!)
Heheheheheeeee....


Drama Rantaian Terbaik 2011!!!

Tengok Tentang Dhia episod akhir semalam.....
Mengingatkan aku tentang 'Everlasting Love' versi Malaysia...
Itulah yang dikatakan sehidup semati...
Bagi aku, cerita Tentang Dhia nie adalah drama rantaian yang terbaik skali bagi tahun 2011 nie!
Sepanjang 2011 nie, hanya ada 2 jek siri drama rantaian yang berjaya membuatkan aku menangis tersedu-sedu...
Nangis sampai bengkak bijik mata tengok ending cerita....
Over kan??? hahhahaaa....
Jangan nak tipu...korang pon sama cam aku gak!!!
Hahahahaaaa.....

Drama rantaian yang lenlain tu pon bagus...
Aku tak cakap la 2 siri yang jadi pilihan aku nie yang terbaik, yang lenlain tu tak baik...
Tapi hanya 2 siri nie jek yang berjaya meruntun jiwa brutalku ini...
Heheheheee......
Drama rantaian yang aku maksudkan tu adalah drama Chinta dengan drama Tentang Dhia yang baru jek abis smalam....
Bagi aku, dua drama nie tersangat lah sedihnyer...sebab dua-dua drama nie pon sad ending...
Jalan cerita pon lain dari yang lain....
Dan yang penting, dua-dua drama tu lakonan my hero, Adiputra.... :-)

Believe it or not, aku sampai tak dapat nak tido malam tadi sebab mengenangkan ending cerita Tentang Dhia yang tragis tu....
SUPER DUPER OVER kan????
Hahahahhaa......
Apa-apapon, that's what we called 'A VERY EVERLASTING LOVE EVER!'.....
Gonna miss those drama rantaian pasni.... :-(

Dua drama rantaian yang berjaya mencairkan hati brutalku! huhuhuuu.....




p/s: macam ada persamaan lak poster kedua-dua drama nie,kan????