There was an error in this gadget

Monday, July 26, 2010

Apa Ada Dengan Aku?!?!?

Lama giler aku tak update blog...
Makin lama, makin bersarang blog aku neh....
Maklum ler....
Masa amat terbatas sekarang neh...
Ada jek keje nak kena buat...
Tak kesah ler keje opis ke...bisnes ke...
Sampaikan keje umah agak terabai sedikit...
Baju pon dah berlonggok-longgok tak berlipat....
Dok terfikir biler la nak ada masa melipat baju neh...
Nak tunggu sampai kain baju tu menggunung, baru berlipat agaknyer!

Perihal tentang diri aku...

Lately aku agak depress....
Memikirkan tentang masa depan aku yang agak kelam dan malap....
Nasib aku di tempat kerja yang tidak betahkan perkhidmatan aku lagi...
Yer...
By end of this year, aku lah PENGANGGUR PALING JELITA sekali di mayapada ini!!!
Memikirkan kewangan yang berada di bawah paras tahap kemiskinan nie pun agak men'depress'kan aku...
Sedangkan time tengah keje nie pon, tahap kewangan merundum...
Time dah jadik penganggur nanti apatah lagi!!!

Kadang-kala tidur malamku jadik tak kena...
Memikirkan anak-anak...
Memikirkan keperluan mereka...
Mereka perlu membesar dengan sihat....
Mereka perlu membesar seperti mana anak-anak orang lain yang mana ibubapa mereka tidak pernah mengalami apa-apa masalah berkaitan kewangan mahupun kehidupan...

Ahhhh....alangkah tenangnya hati mereka itu!
Kan bagus kalo aku pon berada dalam situasi seperti mereka....
Kan bagus kalo rencah kehidupan aku sentaisa berada dalam keadaan tenang, aman dan senang sahaja...
Senang?!?!? - perkataan yang amat jarang singgah dalam kehidupan aku sejak 3 tahun yang lalu.....
Aku sudah terbiasa dengan 'senang'.....sejak dari kecil aku telah bersma dengan 'senang'...
Maka aku tidak kenal dengan 'susah'....malah tidak cuba mahu mengenali 'susah'....
Tapi aku cuba juga untuk membuka mata dan membuka minda mengenai pengertian 'senang' itu...
Aku cuba juga untuk membiasakan diri, biasakan hati dan jiwa mengenai erti 'susah' itu...

Langkahnya.....
Aku cuba mengaktifkan diri di dalam bisnes...
Yer...bisnes kecil-kecilan...
Bisnes yang mana kawan-kawan dan sahabat handai sangat menyukainya....
Aku bisnes makanan pencuci mulut....
Tapi bukan itu sahaja...
Aku cuba berjinak-jinak dengan perniagaan yang lain juga...
Semuanya baru permulaan.....
Maka semuanya perlukan usaha yang gigih dan tenaga yang kental...
InsyaALLAH.....
Aku cuba untuk berusaha segigih yang boleh dan menjadi sekental yang mungkin....
Keperluan 3 jiwa perlu dijaga, perlu dipelihara...

Aku dah penat untuk depress....
Kadangkala aku perlukan ruang untuk diriku sendiri...
Tapi aku tak pernah mempunyai peluang itu....
Jika aku menginginkannya pun, kepala tetap memikirkan anak-anak....
Anak-anak adalah segalanya....
Mereka lah duniaku...mereka lah akhiratku......
Tak sanggup aku nak meninggalkan mereka sementara aku pergi mencari ruang ketenangan diri...

Entah la....
Mungkin ini dianggap rungutan....
Tapi percayalah...ini adalah luahan hati dan perasaan....
Tiada tempat lagi untuk aku menceritakan segala isi hati aku melainkan di sini...
Ini adalah diary hidupku...
Dan aku memerlukan keterbukaan dalam setiap inti kotak pemikiran kalian....

Aku hanyalah manusia biasa yang aku fikir tiada apa keistimewaannya....
Aku hanyalah manusia biasa yang sedang belajar untuk menjadi manusia dalam erti kata sebenar...

Ada apa dengan aku???

Hanya ALLAH yang tahu.....