Thursday, April 24, 2008

Poem - Hak Individu......

Ternyata masa telah banyak mengubah seseorang.....
Manusia berubah mengikut peredaran masa....(sama jek ayat?!?!)
Tak kira di mana-mana laman web pun....
Tak kira di mana-mana ruangan bicara pun....
Friendster, Myspace, Blogspot, Yahoo Messsanger dan lain-lain....
Aku tetap menanti dan terus menanti.....
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.....
Sesuatu yang aku rasa perlu....
Tetapi TIDAK bagi orang itu....
Bukak laman milik insan itu, terpampang komen DIA....
Bukan laman milik insan ini, terlihat komen DIA....
Bukak laman insan yang lain, ada lagi komen DIA.....
Komen DIA...Komen DIA.....Komen DIA.....
Bukak laman milikku......KOSONG...........
Tapi, apa boleh aku buat....
Itu adalah hak individu....
Tidak kira boleh diterima ataupun tidak.....
Ia tetap hak individu....
Maka....
Dengan itu....
Aku pun bertindak atas alasan sebegitu...
Ia Hak Aku!!!

Al-Kisahnya.............

Kisahnya bermula di sini....di kawasan perumahan aku......



Bendera parti yang berkuasa berkibar dengan megahnya, menuntut keadilan bagi penduduk setempat yang ternyata sedang marah dengan kejadian yang berlaku.....

Orang ramai berkumpul...tetapi bukan untuk demonstrasi mahupun rusuhan....hanya mahu menuntut pembukaan jalan utama taman perumahan ini yang di'cantas' sekian lamanya oleh pihak 'Grand Saga Corp.'

Seorang 'badan sibuk' cuba untuk mengumpul maklumat kejadian dengan menggunakan method beramah-tamah dengan para aktivis a.k.a penduduk setempat yang lain....




Para aktivis a.k.a penduduk setempat duduk berkumpul sambil sok sek sok sek....

Mereka masih lagi sok sek sok sek.....sekaligus menunjukkan kesepakatan tidak kira perkauman.....

Kehadiran polis yang cuba membuat 'gempak' walaupun para aktivis a.k.a penduduk setempat berlagak relax jek....

......dan si 'badan sibuk' itu masih lagi mengorek maklumat di situ sambil membiarkan isterinya yang kelaparan menyaksikan kejadian dari kejauhan.......