Saturday, April 12, 2008
Check-up....
Klinik Mediviron, Bandar Sri Permaisuri...
"Yer Fariza......ada apa..."
"Next check-up, doc...."
"Oh yer....saya luper..."
"Camner skang....perut ok?"
"Ok..."
"Makan?"
"Ok..."
"Saya check table nie...awak dah 4 bulan yer.."
"A'ah...."
"Hari nie saya nak check blood pressure and urine test...ok"
"Ok....tapi kan doc, perut saya nie kadang-kadang sakit la..tapi bila ingat balik doc cakap sebab baby nak membesar, so saya ok jek la..."
"ermmm...memang pun...baby nak besar, tu pasal sakit kekadang...ermmm...awak gi baring jap..saya nak check perut awak..."
"Ok..."
"Saya tekan perut awak nie sket....baby dah ada bawah pusat....dia dah besar sket..."
"Ek? tak payah scan ke doc?"
"Bulan nie tak perlu....kita scan bulan depan....baru boleh tengok jantina dengan jelas lagi..."
"Oooo.....ok....."
"Awak jangan pakai baju or seluar yang ketat-ketat tau....nanti perut tertekan...."
"Tu la...kekadang saya pakai baju kurung pegi keja,tapi kat pinggang macam ketat sket..."
"Awak jangan zip kain sampai atas.....zip sikit jek...kalo awak biarkan perut awak tertekan, nanti boleh merencatkan tumbesaran baby dalam perut...."
"Ooooo......yer ker...?"
"Yer la....so awak kena pakai yang longgar-longgar pasni...tau"
"Ok, doc...."
"Awak nak anak lelaki ke perempuan???"
"Erkkkk....."
"Mesti awak nak perempuan kan.....sebab perempuan boleh diharap sket...kebanyakkan student universiti skang pun perempuan..."
"ermmm.....tapi saya nak anak perempuan sebab saya boleh pakaikan dia baju cantik-cantik..."
"Hahahahahaaaaaa.......ok la......skang saya nak amik darah awak pulak..."
"Adessss......."
"Sket jek....macam kena gigit semut jek..."
"Adessss....."
"Ok...dah!Pekat darah awak nie....banyak..."
"Tu la...nampak macam hitam jek darah saya..."
"Tekanan darah awak pun ok....skang awak pegi buang air kecil dulu...saya nak wat urine test..."
"Ok...."
"Kencing awak pun ok....skang saya nak timbang berat awak pulak...gi timbang ek!"
"Ok....dah timbang.....berat saya 63.5kg"
"Aik.....kenapa berat awak tak naik yer? jadi menurun pulak berat awak....bulan lepas 64kg...skang 63.5kg pulak....!"
"Ntah....maybe baby dah amik berat saya kot..."
"Mungkin la....baby dah amik sket tenaga mak dia...so zat-zat mak pun baby amik skali...tu yang kadangkala berlaku kes mak jadi kecik,susut berat badan tapi anaknya besar bila keluar...."
"Oooo.....ek?"
"Ermmm.....so kita jumpa lagi pada 9 Mei nanti yer...skang awak leh pegi amik ubat kat kaunter..."
"Ok, doc...terima kasih...."
Next destinasion...gi Pertama Complex then jenjalan kat Sogo dan KLCC ngan Ayu....hehehe....
Thursday, April 10, 2008
Birthday Present.....
Besday present dari dear.....Nokia N95....
Mereka....
Ayah adalah yang paling best sekali di mayapada ini....
My big 'taiko'!!! Suka buli aku tak kira dalam apa jua keadaan...
Tapi skang aku dah kawin...tak leh nak buli aku dah!
hahahaha....YES!!!
Kak Liza.....a.k.a bakal kak ipar aku....yang best!
Tapi entah bila abang aku nak kawin ngan dia pun, aku tak tau...
Orang tua dah bising soh kawin.....diorang wat donno jek.....
Lantak ler diorang....
Mereka inilah manusia-manusia yang terpenting dalam hidup aku....selain dari dear...and coming soon little one....Mereka adalah family aku...Tanpa diorang....tiada aku dalam dunia ini....dan aku sangat sayangkan diorang....dan aku tahu...dah tentu mereka pun sayangkan aku!!!
Tuesday, April 1, 2008
Suasana Pagi ke Pejabat......
kini sudah terang....
aku adikmu dan engkau abang...."
Baitan lagu di atas tiada kena mengena dengan suasana pagi aku pada hari ini...
Kaitannya hanyalah kerana lagu itu ada perkataan 'pagi'..ada lagi lagu lain yang mempunyai perkataan 'pagi'..tapi aku memilih untuk tidak memasukkan kesemuanya kerana akan membazirkan masa aku....
Hari nie perjalanan ke opis berjalan seperti biasa....cuma yang membezakan hari ini dengan hari-hari yang lain adalah.....
Terdapatnya pelangi pagi (bukan pelangi petang seperti lagu Allahyarham Sudirman) ketika aku tersekat di dalam jam yang ermmmm.......macam biasa ar......Cheras......ermmmmm........(keluhan yang panjang). Kehadiran pelangi tersebut membuatkan aku rasa kagum....sempat gak aku ambik camera lalu aku 'snap' gambo pelangi tersebut.....nampak tak?!?! kalo tak nampak...alamatnyer mata anda 'sparrow'...kihkihkihkih......
Pastu pulak..pagi aku yang nyaman lagi damai itu telah dicemari dengan rasa ke'bengang'an dan ke'bengkek'kan oleh seorang makhluk yang macam haremmmmmssssssssss sajer gayanyer ketika memandu kereta....lembap nak mampos!!!
Kalian perhatikan kereta 'savoc' ini.....kalo sekiranya kalian ternampak kereta ini di jalanan, jangan segan silu untuk 'menyucuk'nya bertubi-tubi.....kerana pemandu kereta ini tidak sedikit pun berasa tercabar dengan tindakan kalian.....dia wat bodooooooooo jek! Bodo punyer savoc!!!
Tapi walau sebengang mana pun pagiku yang damai pada hari ini....namun aku tetap berjaya meng'kontrol' anggun dan me'maintain' cun di dalam kereta.....
Tuesday, March 25, 2008
Boring......Nak Muntah.......
Hari-hari mata aku dipaparkan dengan kisah-kisah bergambar pejuang-pejuang politik (kononnyer) negara.....
Hari-hari otak aku disumbatkan dengan pelbagai hikayat si malim kundang pencinta-pencinta politik...tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung....
Tak dapat dinafikan, politik sangat seronok diikuti masa pilihanraya tengah hangat dan panas macam kuih keria yang arwah nenek aku buat masa aku kecik-kecik dulu.....tapi apabila dah hampir sebulan berlalu, aku menjadi letih dan boring mendengarkan perihal politik yang tidak berkesudahan ini....dah hampir sebulan berlalu, politik tidak lagi dah sehangat dan sepanas kuih keria arwah nenek aku......
Hari-hari aku baca paper wajib aku...iaitu Utusan dan Harian Metro.....memang hari-hari aku dok baca pasal politik nie....kekadang sampai tahap aku nak muntah, aku x bukak langsung mukasurat 1-6 yang pertama....aku terus skip ke bahagian luar negara jek....tak pun aku fokus kepada kes kemalangan atau kes anak hilang ker....
Boring kalo hari-hari bercerita pasal politik...seolah-olah dunia aku nie dikelilingi oleh perihal politik sajer...seolah-olah perihal hiburan, sukan dan sebagainya berada di dunia yang lain....
Di suratkhabar sudah tentu bercerita pasal politik....di media elektronik pun bercerita pasal politik...orang kat umah aku pun rancak bercerita pasal politik gak!!!
Arggghhhhhhhhh...........setiap penjuru ada politik!!!Mana aku nak lari nie?!?!?!?
Tolongggggggggg.............berilah aku ruang untuk bernafas...........ruang untuk aku supaya tidak perlu menghamburkan muntah kepada sesiapa akibat daripada terlalu banyak menelan 'liquor' politik ini!!!
Aku sudah bosan dengan politik yang kotor........sahaja!!!
Aku tidak bosan dengan politik yang jujur, amanah dan ikhlas.......kerana 'i was born to be a leader'.....!!!
Friday, March 21, 2008
The Best Medicine......
Aku menunggu dengan penuh berdebar.....
Rizal dah keluar dari bilik interview.....
"Nor Fariza!"
Aku bingkas bangun...dan menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk interview.....
Aku bergegas melangkah masuk ke dalam bilik interview dengan perasaan penuh berdebar.....
9.30am...
Sesi interview bermula...
9.50am...
Interview berakhir, aku melangkah keluar....
"Lamanya ko kat dalam...."
"ha?! yerker lama???tu ar....terasa cam lama lak...."
"Apa yang panel tanya??"
"huhuhu......"
Aku memberitahu rakan-rakan seperjuangan yang lain, apa soalan yang ditanya oleh para panel....aku memahami perasaan rakan-rakan yang turut sama beradu nasib menghadiri interview seperti aku....
12.30pm....
Melangkah longlai ke The Mall untuk lunch bersama rakan sekerja....
Aku tension....Aku terbayangkan muka-muka para panel yang tersengih ketika sedang interview aku tadi....
Mungkin mereka mentertawakan aku kerana mungkin aku telah memberikan jawapan yang bodoh, bagi mereka....
Aku masih terkenangkan betapa aku tidak dapat menjawab soalan yang mereka utarakan kepadaku....
Aku malu...
Aku tension....
Aku geram.....
Aku marah dengan diriku sendiri.....
Dengan itu, aku pergi SHOPPING!!!
Ternyata.....SHOPPING IS THE BEST MEDICINE FOR WOMEN!!!
dan aku amat bersetuju dengan statement itu....
Secara tak langsung aku telah me'release'kan sedikit tension yang bersarang dalam kepala aku nie sejak pagi tadi....
huhuhuhuuuu..........
Nasib ar....ada rezeki, ada ler.....takder rezeki, nak wat camno?!?!?!?
Friday, March 14, 2008
13 Minggu......
Monday, March 10, 2008
Kursus di Pulau Jerejak....
Aku diwajibkan pergi kursus Tourism di bawah division aku di Pulau Jerejak, Pulau Pinang....
Banyak aktiviti dijalankan....outdoor ada...indoor pun ada...memang menyeronokkan, tapi bagi aku kurang mencabar sikit...maybe coz aku dah biasa menghadiri kursus yang betul-betul mencabar fizikal dan mental aku sepanjang zaman persekolahan hingga membawa ke zaman kampus aku dahulu....so kursus pada kali ini, bagi aku hanyalah sekadar 'so-so' jek la...
Bukan kerana aku tidak dibenarkan melakukan certain aktiviti yang boleh membahayakan aku dan kandunganku...tapi kerana memang aku berpendapat aktiviti yang pihak penganjur dan pihak Tourism sediakan memang tidak mencabar minda dan fizikal aku....sikit pun tak tergugat iman aku untuk berasa menyesal kerana tidak dapat join sama aktiviti yang rakan-rakan seperjuangan aku buat... cuma satu aktiviti jek yang berjaya membuatkan aku rasa ghalat coz tak dapat nak join, iaitu main 'paintball'!!! yang tu memang aku rasa tension giler coz tak dapat join member-member untuk main 'battle of the game'.....cissss!!!geram giler time tu.....tapi takper....at least aku dapat gak pegang 'senapang' tu then aku tembak-tembak ke sasaran yang sedia ada....hehehe..."pueh hati den!"
ngan R.O Johor a.k.a member gediks....Jiey.....
Bagus gak aktiviti kursus nie...dapat mengeratkan hubungan aku dengan rakan-rakan kerja dari negeri lain....yang tak kenal dah jadi rapat giler.....best!!!
ngan member-member R.O lama yang almost 3 years!!! hehehe.....
Pas abis kursus kat Pulau Jerejak tu, bos ajak gi round island....round sket2 area penang tu...gi tokong Siam, tokong Burma then gi Chow Rasta untuk shopping2 before makan kat sebelah Line Clear, Restoran Yasmin Nasi Kandar....bos aku tak berselera nak makan kat Line Clear tu sendiri coz tempatnyer yang agak kotor then takder aircond....(maklum ler....boss aku fussy sket)....pastu bertolak ke Kuala Lumpur then sampai dalam kol 8.30pm.....
kat tokong Siam - "Sleeping Buddha"
Friday, February 29, 2008
Romantik......
Romance.......
Apakah maksud romantik???
Bagi aku, definisi romantik adalah :-
- mendapat hadiah yang tak disangka-sangka dari pasangan (seolah-olah pasangan tahu yang kita memang nak kan sangat hadiah tu) tidak kira di waktu birthday kita ataupun hanya hari-hari biasa sahaja.
- candle light dinner kat mana-mana restoran yang tidak dijangka oleh kita...
- tiba-tiba pasangan masakkan masakan istimewa khas untuk kita (walaupun kita tahu pasangan tidak reti sangat masak atau memang semulajadi malas nak masak)
- mandi bersama sekali-sekala (opsss.....sedikit 18sx)
- jalan berpimpin tangan sentiasa (bukannya time nak lintas jalan sahaja)
- tiba-tiba pasangan dengan rela hati melakukan semua kerja rumah (menyapu sampah, basuh baju, lipat baju, cabut rumput depan umah dsb)
- pasangan sentiasa menghubungi kita untuk bertanya khabar ataupun berborak-borak kosong sahaja (seperti ketika mula bercinta dulu)
- pasangan sentiasa memuji kita kelihatan cantik,menawan,jelita dsb (tidak kira kita memakai baju apa) terutamanya ketika sedang bersiap ke kerja di pagi hari...
- pasangan sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan sayangnya kepada kita (even ketika kita mahu melelapkan mata)
- pasangan sentiasa memberikan ciuman yang tidak dijangka (sudden kiss) dan berjaya membuatkan kita terkesima dan terpana seketika....
- pasangan mendukung kita untuk ke bilik (opsss....lagi skali sedikit 18sx)
- kita sentiasa dapat morning note dari pasangan, dengan kata-kata yang indah dan berjaya membuatkan kita tersenyum malu....
- sesekali kita dan pasangan menghayati lagu cinta romantis sambil menari bersama.....
ermmm.....buat masa nie, aku rasa ini sahaja perkara-perkara romantik yang boleh membuatkan aku, sebagai seorang perempuan akan rasa seperti terbang di awan-awanan jika pasanganku melakukan perkara-perkara di atas.....heheheheeee...
apa-apa pun, ini adalah sekadar pandangan aku ke atas perilaku romantik itu....bagaimanapun terpulang kepada kalian bagaiman untuk mendefinisikan maksud R.O.MA.N.T.I.K itu sendiri....
sekian......
Wednesday, February 27, 2008
Layannnnnnn..............
Baru pas submit report kat boss......lega dah rasanya....dah takder keja tertunggak dah...
Tapi kepala tetap pening...mata jadi sakit.....tunggu timing nak balik jek nie....
Tapi aku jumpa satu website yang boleh mencelikkan mata aku tetiba.....
http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5728
heheheheheeeeee..........
Layannnnnnnnnnnnn....................