Monday, March 10, 2008

Kursus di Pulau Jerejak....

2 Mac 2008 - 7 Mac 2008

Aku diwajibkan pergi kursus Tourism di bawah division aku di Pulau Jerejak, Pulau Pinang....
Banyak aktiviti dijalankan....outdoor ada...indoor pun ada...memang menyeronokkan, tapi bagi aku kurang mencabar sikit...maybe coz aku dah biasa menghadiri kursus yang betul-betul mencabar fizikal dan mental aku sepanjang zaman persekolahan hingga membawa ke zaman kampus aku dahulu....so kursus pada kali ini, bagi aku hanyalah sekadar 'so-so' jek la...

Bukan kerana aku tidak dibenarkan melakukan certain aktiviti yang boleh membahayakan aku dan kandunganku...tapi kerana memang aku berpendapat aktiviti yang pihak penganjur dan pihak Tourism sediakan memang tidak mencabar minda dan fizikal aku....sikit pun tak tergugat iman aku untuk berasa menyesal kerana tidak dapat join sama aktiviti yang rakan-rakan seperjuangan aku buat... cuma satu aktiviti jek yang berjaya membuatkan aku rasa ghalat coz tak dapat nak join, iaitu main 'paintball'!!! yang tu memang aku rasa tension giler coz tak dapat join member-member untuk main 'battle of the game'.....cissss!!!geram giler time tu.....tapi takper....at least aku dapat gak pegang 'senapang' tu then aku tembak-tembak ke sasaran yang sedia ada....hehehe..."pueh hati den!"






ngan R.O Johor a.k.a member gediks....Jiey.....



Bagus gak aktiviti kursus nie...dapat mengeratkan hubungan aku dengan rakan-rakan kerja dari negeri lain....yang tak kenal dah jadi rapat giler.....best!!!





ngan member-member R.O lama yang almost 3 years!!! hehehe.....






Pas abis kursus kat Pulau Jerejak tu, bos ajak gi round island....round sket2 area penang tu...gi tokong Siam, tokong Burma then gi Chow Rasta untuk shopping2 before makan kat sebelah Line Clear, Restoran Yasmin Nasi Kandar....bos aku tak berselera nak makan kat Line Clear tu sendiri coz tempatnyer yang agak kotor then takder aircond....(maklum ler....boss aku fussy sket)....pastu bertolak ke Kuala Lumpur then sampai dalam kol 8.30pm.....




kat tokong Siam - "Sleeping Buddha"

1 comment:

belo said...

hemosh..i tak tengok lagi gambo dia pegi pualu jerjak..ooo..gedik2 ek?