Friday, February 15, 2008

Aku Benci......

~ Aku benci kena attend interview kat situ!!!
~ Aku benci kena public speaking!!!
~ Aku benci kena keluar gi outstation!!!
~ Aku benci bila rasa menggelabah dan gabra time attend interview!!!
~ Aku benci keja kat situ lagi dah!!!
~ Aku benci dengan karenah birokrasi kat situ!!!
~ Aku benci dengan big boss aku!!!
~ Aku benci ngan keja aku skang!!!
~ Aku benci aku still tak dapat permanent!!!
~ Aku benci kerana masik lagi kontrak!!!
~ Aku benci semua calon yang pakai 'kabel'!!!
~ Aku benci semua panels yang buat muka 'ketat'!!!
~ Aku benci Tourism!!!

Sekian...terima kasih!!!

Wednesday, February 13, 2008

Valentine's Gift....

Sesungguhnya aku tak pernah menyambut Hari Valentine seumur hidupku...kerana bagi aku tiada kepentingan langsung untukku melakukan sedemikian...kerana bagiku,itu hanyalah tidak lebih dari sekadar membuang masa dan duit yang sepatutnya perlu diutamakan untuk perkara lain yang lebih penting lagi...

Akan tetapi pada kali ini amat berbeza...tiba-tiba perasaan 'mengada-ngada nak romantik' telah meresap ke dalam tubuhku...tiba-tiba aku jadi garik...ekekeke......

Lantas aku ke The Mall dan telah membeli sesuatu untuk dearku yang tersayang...















''Strawberi coklat untuk you,sayang....."



Tiga biji strawberi bersalut coklat menandakan 'I LOVE U SO MUCH,DEAR.......'







p/s: buang tebiat tak aku???ekekeke........

Daftar Mengundi....

Sebelum aku keluar lunch,lebih kurang pukul 1.15 tengahari tadi...aku terdengar pengumuman di radio yang mengatakan bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini.
Dengan kadar segera aku terus membuat semakan daftar pengundi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)....ermmmm.......
Ini kali pertama aku nak menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia dengan penuh dedikasi!Aku kena balik hometown aku ler kalo nak gi mengundi nanti....Berkobar-kobar semangat nak pangkah mana-mana calon yang layak nie.....!!!Tapi saper nama wakil parlimen Wangsa Maju pun aku tak tahu.....hahahahaa........
Akanku pangkah sesaper jek wakil calon ikut sesuka hati aku...hahahahahahhaa.........(gelak jahat+ blur+tak tahu aper-aper)

Nama aku ada dalam sistem SPR ler...kagumnyer!!!

Sarapan Pagiku yang Sedap......


8.20am : sampai opis - dear hantar....
8.25am : baca message kat handphone, dari shasha
"fa, orang tak bfast arini tau..nak siapkan keje...kita lunch sesama nanti ek..."
"okek...orang just tapau jek la camtu...."
8.27am : bukak computer...bukak yahoo mail beta then layan friendster sambil edit survey form...
8.56am : pegi beli breakfast kat pentry kat 17th....order roti bakar 2 set + milo ais bungkus sampai 15-20 minit!!!
9.20am : naik 19th balik...dok ngadap kat PC sambil mengunyah roti bakar....
until now, still lagi mengunyah roti bakar 2 set + milo ais sambil menaip blog ini....
after this, sambung edit survey form.....sambil tertido.....keh..keh..keh...keh..!!!

Tuesday, February 12, 2008

Shopping.....

Aktiviti shopping memang sangat best! sangat menguji ketahanan mental (minda dipengaruhi oleh 'less 50% atau less 70%) dan fizikal (lenguh kaki berjalan merata-rata). ini sangat diperakui oleh mereka yang kaki shopping atau 'shoppaholic' seperti aku....

Tapi bagi aku..aku sangat suka bershopping kalo membeli barang-barang peribadi aku such as jeans ker, t-shirt ker, make-up stuff ker, kasut ker....aper sajer ler yang 'girlish thingy'...

Tapi lain plak ngan dear....dia lebih suka shopping barang keperluan rumah....macam cili ker, daging ker, rak kasut ker, pinggan-mangkuk ker, kerusi malas ker.....jenis-jenis perhiasan dan keperluan rumah ler sumanyer....aku plak follow jek...minat gak nak tengok-tengok dan beli-belah barang-barang camtu...tapi tak ler se'excited' kalo beli barang-barang peribadi sendiri!heheheheee.......

Kusyuk sungguh dear ketika men'shopping' barang rumah di Ikea...

Rajinnyer dia........

"Rajinnyer dia......"

Jumaat aritu memang la hari yang sangat membosankan.....Nak-nak cuti Tahun Baru Cina....cerita kat tv dah tentu lah cerita cina jek sumanyer....Boring giler....tapi layankan jek la..

Hari cuti am dipenuhkan dengan aktiviti tengok tv dan memasak di rumah...Dear sangat rajin memasak...tapi dia masak makanan kegemaran dia jek la..iaitu 'Udang Masak Quaker Oats'......

Aku hanya mampu senyumkan diri sahaja pabila melihat gelagat dear...kerana dear nampak sangat comel tatkala dia memegang sudip dan kuali...hehehehe.....

Dia memang rajin memasak...tapi untuk menu kegemaran dia jek la....kalo menu lain,dia rajin gak....rajin tengok!hehehe.....tapi takper....akanku masakkan untukmu dengan penuh rasa kasih sayang.....

Wednesday, February 6, 2008

7 Minggu Setengah.....

Sangat kecilnya dia.....
Hanya sebesar 1.12cm...tetapi sudah dapat melihat denyutan jantungnya...bergerak kencang...
"Awak nampak tak yang 'blinking' tu?tu denyutan jantung dia...."
"ooooo......"
"Kecik lagi...baru 1.12cm..."
"So small....."
"Next time datang check-up di sini lagi ya..."
"OK,doc...."

Segera capai handphone dan mula menaip message.....

"Dear...i dah gi jumpa Dr.Ros dah....dia kata kandungan i dah 7 1/2 minggu...i wat scan gak..nmpk denyutan jantung baby...size baby baru 1.12cm jek!So small....hehheee..."

"Hehehe....iyer?Nanti i nak tengok ek...."

"Okek.....doc dah print terus gambo dari scan machine...u balik nanti i tunjukkan ek!"

Drive pulang ke rumah dengan hati yang ceria....dan mulai hari ini,aku tanam azam...

'Tak nak missed minum Anmum lagi....and dengar nasihat doc soh makan ubat!'


Hasil Tanaman....

Cuti weekend aritu aku sempat ler melihat-lihat hasil tanaman aku yang tak seberapa tu kat belakang umah....aku tanam kat tanah belakang umah yang besarnya lebih sket jek dari se'pelempang' (?) tangan aku nie..
Frankly,aku nie sebenarnya tak berapa minat nak bercucuk tanam sangat...tapi dear suka!Tapi yang kelakarnya,tanaman yang dia tanam tak semuanya menjadi...hahahhaaaa........punyalah bersemangat nak bercucuk tanam sampai beli pasu + baja + benih cili + benih kailan + penyodok tanah = konon hebat!! tanam bijik betik pun tak jadi apa-apa.....ekekekkee......yang tumbuh hanyalah anak pokok cili jek! ok ler tu....daripada takder apa-apa pun yang tumbuh kan,haha.....
Tanaman aku pulak menjadi semuanya!hahaha.....(gelak bangga). Aku tanam pokok cili (sekadar melempar-lemparkan sahaja ke tanah tanpa tahu sedikit pun cara-cara menanam dengan betul), pokok berdaun kaler purple, pokok bunga butang dan pokok bunga balung ayam.....dan semuanya tumbuh dengan jayanya!hahahhaa.....(gelak bangga lagi skali)

Hebat,kan aku?!?!?!?!

Thursday, January 31, 2008

Flue + tak boleh makan ubat = pregnant



Hari nie aku diserang penyakit selsema.....sejak malam tadi aku dah rasa hidung aku nie semacam jek...tekak pun sakit sket-sket...mata jadi panas sket-sket...aku dah agak arini mesti aku selsema punyalah! dan memang betul tekaan aku....
Aku tahu...punca selsema aku nie adalah jangkitan dari dear yang terlebih dahulu rasa gatal-gatal kat hidung dia semalam....dan dia bersin banyak kali....dan virusnya telah merebak dan terkena aku!
Aku rasa sangat tidak selesa sekarang....seharian aku 'layu' di opis...sambil menyudahkan kerja + tidur + makan roti bakar.....banyak kali aku terbersin...dan secara tak langsung aku menyebarkan jua virus selsema ini kepada orang-orang di opis ini...hahahahahaaaaaaa!!!

Aku call mak aku dan bagitahu pasal virus ini...mak aku melarang aku memakan sebarang ubat tanpa nasihat dari doktor....mak aku kata "orang mengandung tak leh makan ubat sebarangan...pegi jumpa doktor dulu....even panadol pun tak boleh!"
erkkkkk....abis tu,aku nak makan ubat aper jek?!?!? hidung dah makin berat nie.....
nak tak nak,aku terpaksa melayan air panas dan sebarang makanan yang panas-panas untuk membuatkan hidung nie lagi selesa...huhuhuhu......
sekarang nie aku tengah pekena roti bakar + milo panas = sangat best!!!!
Dear lambat amik arini....dia kene abiskan gak buat report arini atas paksaan dari boss dia yang kepala botak tengah itu!!!hahahahahhaaaaa..............
Sementara aku pulak terus terkulai layu tak bermaya di depan PC nie sambil menaip blog dan menunggu panggilan dari dear dengan ayat lazimnya "lagi sepuluh saat i sampai!".......

Wednesday, January 30, 2008

Cute + Sempoi.....

Skang dah pukul 5.25pm....lagi 5 minit aku dah boleh balik kerja mengikut waktu kerja berperingkat yang dibuat oleh kerajaan....tapi aku bekerja dengan badan berkanun....tapi tetap peraturannya seperti orang kerja kerajaan juga....

Malam tadi aku menghabiskan kerja-kerja peng'edit'an borang survey hotel di rumah....dear turut membantu dengan penuh kerelaan...tapi untuk sejam pertama sahaja....masuk jam berikutnya,dia melakukannya atas dasar paksaan dari aku....hahahaha....
Nak tak nak dia menyudahkan semua kerjaku....sesungguhnya dia seorang suami yang baik hati...
Sebelum buat kerja, kami masak untuk makan malam.....aku masak sambal ikan bilis dan lempeng (atas permintaan tekaknya) untuk dia sementara aku hanya makan roti bakar sahaja (mengikut tekakku)...
Selesai makan,dear membasuh semua pinggan,mangkuk, kuali dan cawan yang digunakan untuk masak...aku memerhatikannya dari meja makan.....sesungguhnya suamiku kelihatan cute apabila membasuh pinggan mangkuk sambil memakai sleevesless dan berkain pelikat sahaja....heheheee.....
Suamiku memang seorang yang sempoi.....


5.30pm dah....time untuk balik....babai!!!