Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Pagi tadi Puan Boss datang tempat aku.....

Puan Boss   : 1hb April nanti ko gi Raub...
Aku            : Ada apa puan??
Puan Boss  : Ko ingat tak Bicycle Tour yang ko wat aritu??
Aku            : Ahaaa...
Puan Boss  : Latifah ( orang Tourism) call sayer pagi tadi, diorang ada bukak booth kat Raub on that date..so diorang bagi kita 1 booth percuma..so boleh la kita bawak sumer pakej yang kita ada..leh la promote nanti!
Aku           : Owh...ok...
Puan Boss : Sayer tak dapat nak pegi sebab sayer ada banyak keje nak kena buat nie...
Aku           : Owh...ok.." 

Tetiba cam nervous lak!
Camner nak promote pakej ek???
Kalo bukak gerai meniaga puding, tu aku expert la....
Kalo bukak booth untuk jual package percutian nie...aku tak tau la camner gayanyer nanti...
Dah ler aku sensorang jek!!!
Takde sesapa nak teman....huwaaaaaaa.....
Mau kena paksa hubby temankan neh!!!
Kena soh dia cancelkan appointment ngan sesapa...tak kira!!!
Dah ler kat Raub.....sensorang lak tu!
Huhuhuuuuu....
Takpe...chayo'!!!
Kalo tak try, tak tau!
Kalo tak mengalaminya, takder pengalaman!
Pengalaman berharga tu...boleh digunakan di masa akan datang!
Chayo', Nofa!!!


Thursday, March 8, 2012

Aries - Wanita API!!!

Just sharing....
Got it from my FB wall, shared by my friend.....


Wanita api dilahirkan di bawah lambang

Aries(21 Mac-20 April),

Leo(24 Julai-23 Ogos) dan

Sagittarius(23 November-21 Disember).


*Dilahirkan sebagai pemimpin

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak 
pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh 
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan
sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi 
merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus
diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus 
berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.




p/s : and...yup! that is ME!!!

Tuesday, December 20, 2011

Insurance....Oh,Insurance.....

Dulu masa aku kerja gomen, sikit pon aku tak risaukan pasal life insurance nie...
Bila ada orang dok promote insurance kat aku, aku senyum dan berlalu pergi....
Kadang-kadang aku berpura-pura...berlakon seakan-akan berminat....tapi lepas tu aku 'tong-sampah'kan jek brochures pasal insurance nie...
Kadang-kadang, bila dari kejauhan dah ternampak bayang-bayang orang jual insurance, cepat-cepat aku pusing ikot arah lain...nak mengelak la kononnyer...
Pada pemikiran aku masa tu, aku tak perlukan insurance...
Nak buat ape???
Aku keje gomen...semuanya ditanggung oleh kampeni, kan!
Kalo sakit, pegi klinik panel atau hospital...
Hulurkan jek buku perubatan panel ataupon surat 'GL'....
Everything settle!!!

Tapi aku lupa....
Yang aku nie hanya lah contract staff!
Konpem2 la aku takkan duduk lama dalam kampeni tu kan???
Sampai masanya nanti, abis jugak kontrak aku....
Sampai masanya nanti, aku tak keje situ lagi dah!
Dan sudah tentu aku bukan pekerja gomen lagi dah!

Seperti masa sekarang nie....
Seperti waktu ini....saat ini....
Aku bukan lagi pekerja gomen yang sentiasa dapat free service dalam perkhidmatan awam....
Aku sekarang adalah pekerja swasta....
Seorang pekerja swasta yang bekerja di dalam kampeni yang kecik, yang mana hanya aku sorang jek staff yang ada buat masa nie!
Dan kampeni kecik biasanya tidak menyediakan panel perubatan untuk staff...
So terpaksa ler tanggung sendiri semua perbelanjaan perubatan...
Kalo dah sakit, sekali amik ubat, mau tak lari RM40-RM50 kan?!?!

Atas kesedaran ini ler (yang aku rasa dah terlambat nak sedar), maka aku terfikirkan pasal insurance nie...
Dan kebetulan pula, kawan hubby yang keje ngan insurance kampeni dok tengah promote saving insurance beliau...
Ok...sangat menarik aku rasa!
Incik hubby pon nampak gayanyer seperti berminat dengan saving insurance nie....
Beliau pon dah belajar serba sedikit pasal saving insurance nie dengan kawan beliau itu.
Katanyer 'insurance nie penting...kita yang yang tak nampak sebelum nie...bila dah takde panel, baru la terasa betapa pentingnya insurance nie,kan??"
Tu la...aku pon berasa seperti yang beliau rasa gak!
Bila dah takde panel klinik, baru la aku terasa cam agak susah kalo anak-anak sakit ke...sendiri sakit ke..family sakit ke...sebab semuanya perlukan cash money!
Dah jadik satu kerja pulak kalo tengah2 malam sakit nak pi klinik, time tu jugak kena pi cucuk duit jap kat bank sebab cash dalam wallet tak cukup!
Kan ke payah tu..kan?!?!

So aku dan incik hubby rasa kami perlu amik satu plan saving insurance...
Dan yang menjadi pilihan kami adalah Etiqa Takaful...
Aku tak study sangat pasal Etiqa Takaful nie...
Tapi incik hubby terror!
Sebab dia siap pi ber'guru' lagi dengan kawan dia tu!
Hehehehheee......
Bila application kami dah proceed nanti, baru la lega hati aku...
Pasni kalo terjadi apa-apa ke (tanak la mintak...in case jek..), at least kami sefamily dah ada insurance yang cover!
Kalo tak jadi pape pon, insurance tu leh jadik saving kami sekeluarga!
Bagus kan???
Oleh itu...mari ler amik ETIQA TAKAFUL!!! (promote neh!)

Tuesday, December 6, 2011

Menggali Sejarah Keturunan....

Actually aku dah tau lama dah..
Sejak aku Form 3 lagi kot...
Tapi aku tak pernah nak amik pusing pon...
Maybe sebab masa zaman sekolah dedulu, takde komputer..takde internet...
So nak carik info ala-ala kaedah 'semuanya di hujung jari' tu memang agak payah sket la....
Tapi bila dah dewasa nie, aku try usaha mencarik gak...
Still menggunakan kaedah yang sama....
Tapi satu hapah pon tak jumpa!!!
Hahahahaaa.........

Actually aku nak mencari sejarah/salahsilah keturunan nenek moyang aku....
Makcik pakcik aku kata  "kita nie keturunan Ungku/Engku....tapi sampai kat kita nie, dah tak pakai dah title tu...sampai kat moyang kita jek pakai..atuk nenek kita dah tak pakai dah..."...
Owhhhh....ye keeeeeee......
So aku pon try ler menggoogle pasal Ungku/Engku nie....
Maklum ler...memula tu aku agak musykil ler jugak....
Melaka mana ada raja...
Orang Melaka kan dah takde sultan dah...
So yang part 'Ungku/Engku' nie, masa keturunan Sultan Melaka yang mana lak yang pakai neh?!?!?

Google punyer google, ntah hape hape ntah yang aku jumpa!!!
Hahahahaa......
Fail ler!!!
Tak leh jadik ahli sejarahwan aku neh!
Kalo ikot dalam incik Wikipedia...Ungku tu berasal dari Johor...
Ishhh....kami oghang melaker ler!!!
Gelaran tu jugak ada digunapakai oleh kerabat Pahang...
Lagi takde kena mengena!!!
Sudahnyer...aku boring!
Malas nak carik lagi dah....

Aku teringat dulu mak aku kata kat kampung aku tu ada sorang nenek tu....
Apa nama dia aku tak tau la....
Nenek tu sangat jelas tentang nasab keturunan Engku/Ungku nie...
Dia simpan semua cerita-cerita pasal nenek moyang aku....
Hanya dia jek yang tau susur galur keturunan Ungku Boyot (???)
Ok....orang dedulu mempunyai nama yang sangat pelik dan kelakar!
(tapi aku tak leh gelak...sebab tu nama moyang aku!)
Now kalo nak carik nenek tu pon, dah takde dah...
Dah meninggal dah....
Mak pernah citer, dedulu kat kampung ada cop mohor diraja...ada kain baju kerabat...
Tapi cop mohor tu dah ilang...kain tu plak aku tak tau ape citer dia...
Entah betul ke tak...aku tak tau la...
Sebab aku tak pernah nampak....

Mak pernah citer gak, arwak atuk saudara aku (aku panggil Tok Long) tanak pakai gelaran Ungku tu...
Katanyer dengan tegas "huh...nak watpe title tu sumer...bukannyer bole bawak masuk kubur pon!"
Amboi....garangnyer Tok Long!
So disebabkan ketegasan beliau itu, maka kesemua anak-anak dia a.k.a pakcik-pakcik aku takde title Ungku/Engku tu....
Cool...kan??? :-)

Mak aku kata...hanya anak-anak lelaki jek yang boleh 'carry' Ungku/Engku tu....
Anak-anak pompuan tak leh!
Owhh...ye ke??? Apasal ek??? Nie dah dikira diskriminasi ke atas gender nie!!!
Tapi...whatever it is, Tok Long memang tanak bubuh nama anak-anak dia dengan ttile tu..
Katanyer 'Berat'!
Owhh...maybe dia ada reasonnyer tersendiri....
It's ok, Tok Long! (Al-Fatihah)

Berbalik kepada peng'google'an aku tadi...
Kesimpulannyer aku tak jumpa satu hapah pon!
Maybe mau kena pi muzium melaka ke....muzium mana-mana ke...
Ntah ler...cam banyak songeh jek!
Aku nie jenis malas....sumer nak 'di hujung jari' jek!
Sudahnyer....nanti-nanti aku tanyer la orang-orang tua kat kampung tu..
Kot ada lagi yang panjang umur, ada lagi belen-belen yang tinggal ke kannn......
Boleh ler citer panjang lebar, korek dalam-dalam.....

Walaupon 'Ungku/Engku' nie samar-samar.....
Tapi ape yang aku tau...atuk aku keturunan Jawa...nenek aku keturunan China!
Itu adalah konpom!!! :-)


p/s :  ermmmmm.....no wonder la ramai apek/nyonya/amoi yang dok cakap cina ngan aku....depa ingat aku nie orang cina! aku melayu ler....!!!

Thursday, January 14, 2010

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

SAHABAT SEKALIAN....


SEKIRANYA ANDA ADA :-
~ TERNAMPAK
~TERTENGOK
~TERLIHAT
~TERSEREMPAK
~TERJADI SAKSI
~TERHIDU


SEBARANG HAL/KES SEPERTI :-
~ROMPAKAN
~KECURIAN
~RAGUT
~KES SAMUN & PECAH RUMAH
~PENCULIKAN
~ROGOL & BUNUH
etc....etc...etc....


SILA LAPORKAN SEGERA KEJADIAN DI NOMBOR :-

03 - 2115 9999
(Hotline Rakan Cop)



SILA SIMPAN NOMBOR PENTING INI DALAM PHONEBOOK HANDPHONE ANDA!

DAN

SEGERA-LAH BERDAFTAR DENGAN RAKAN COP DENGAN MENAIP :-

 RC<>WPKL<>DAFTAR<>NAMA

DAN  HANTARKAN KE 32728

(saya telah melakukannya dengan kadar segera pada pagi tadi!)




"BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH!"

Wednesday, January 6, 2010

Penyakit Gusi!

Search kat Google pasal penyakit gusi...
Terjumpa website nie .....
Ok...dapat info serba sedikit pasal sakit gusi aku nie...
Sekarang baru aku tau...
Tu pon setelah seminggu tahan sakit!
Huhuhuhuuuuuu....
Below a few info pasal sakit gusi nie...



~Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit gusi?

Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi.
Penyakit ini dibahagikan kepada dua peringkat:
i- Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja.
ii- Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi , tulang dan tisu penyokong gigi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang sering dihidapi oleh kumpulan remaja, namun begitu, masalah periodontitis jarang-jarang sekali terdapat dikalangan mereka.

~Apakah penyebab penyakit gusi?

Penyebab utama penyakit gusi adalah plak gigi. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penyakit ini adalah :
  • Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna.
  • Merokok atau mengunyah tembakau.
  • Memakai aplians ortodontik.
  • Faktor keturunan.
  • Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung.
  • Stress.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan.
  • Tabiat mengetam atau mengetap gigi.
  • Penyakit diabetes.
  • Sistem penghadaman yang kurang baik.
  • Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit seperti kencing manis dan HIV/AIDS.


~Adakah anda mengalami penyakit gusi?

Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit gusi. Gusi yang tidak sihat selalunya tidak menyakitkan tetapi akan berdarah semasa memberus gigi atau menggunakan flos.
Antara tanda-tanda penyakit gusi :
  • gusi menjadi merah dan bengkak.
  • gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
  • gusi di sekeliling gigi akan bernanah.
  • nafas berbau (halitosis).
  • rasa tidak selesa di dalam mulut .
  • gigi mulai longgar.

 

~Berita baik!

Gingivitis boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan.
Dapatkan nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan daripada doktor pergigian anda.

 

~Apakah yang patut dilakukan supaya gusi anda sentiasa sihat?

Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :
  • Memberus gigi
  • Menggunakan flos
  • Tidak merokok
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu

Tuesday, November 17, 2009

7 Bulan Sudaaaaaa............


Skang baby dalam perut nie dah 7 bulan....
Tapi ramai yang tegur perut aku kecik berbanding 1st pregnancy dulu....
Yer la...aku pon admit benda tu gak....
Masa mengandungkan Andy dulu, terasa perut nie beso jek...
La nie rasa kecik lak....
Walaupun kecik, tetap rasa sakit pinggang ngan tulang belakang nie...

La nie aku dah ada selera makan dah....
Berat badan pon dah naik...
Aritu timbang, dah naik 2kg...
So la nie berat jadik 72.5kg...
Ok ar tu....

InsyaALLAH....either hujung bulan Januari or awal bulan Februari....
Terkeluarlah 'hot bun' nie dari 'oven'nyer....
Heheheheee......

Wednesday, November 4, 2009

No Wonder La.....

ISTILAH darah cair atau kepekatan darah rendah biasanya merujuk kepada keadaan darah bagi wanita hamil yang mengalami anemia atau masalah kekurangan darah.Meskipun anemia bukan penyakit, ia perlu dirawat bagi mengelak risiko masalah kesihatan kepada ibu atau anak dalam kandungan.Antara langkah mudah mengatasinya ialah menjaga pemakanan dan mengambil pil vitamin yang diberi khusus untuk wanita hamil.

Kekurangan darah bukan saja menyebabkan keletihan melampau tetapi lebih membimbangkan ia boleh mengakibatkan keguguran, mudah mendapat jangkitan dan bersalin tidak cukup bulan.Dianggarkan satu daripada lima orang mengalami masalah kurang sel darah merah yang menyebabkan mereka mudah letih, kulit menjadi pucat, sukar menumpukan perhatian, sering sakit kepala, jantung berdegup cepat, tercungap-cungap, pening dan pada kes teruk, seseorang boleh pitam secara tiba-tiba.

Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah.Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama wanita, kerana mereka didatangi haid setiap bulan. Jarang lelaki mengalami anemia, kecuali jika mereka menghidap penyakit.

Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan. Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.Justeru, untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggang, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan.

Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah. Paras hemoglobin yang normal ialah antara 13.8 to 17.2 gm/dL bagi lelaki dan 12.1 to 15.1 gm/dL bagi wanita.Individu yang paras hemoglobinnya kurang 13 gm/dL (lelaki) dan 12 mg/dL (wanita) dianggap mengalami masalah anemia. Secara umumnya, rata-rata lelaki Malaysia mempunyai paras hemoglobin antara 12 hingga 13 gm/dL dan wanita pula sekitar 11 gm/dL.Angka ini sangat penting kerana setiap penurunan satu peratus paras hemoglobin meningkatkan risiko kematian sebanyak 10 peratus, terutama pada wanita hamil.

Kekurangan zat besi ketika hamil berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukan organnya, terutama pada bulan ketiga terakhir kehamilan. Jika si ibu ada bekalan sel darah merah berlebihan sebelum hamil, janin boleh menggunakannya.Jika tidak, seseorang wanita mengalami anemia kekurangan zat besi ketika hamil. Biasanya individu anemia kehilangan empat hingga 10 miligram zat besi ketika haid dan 500 miligram zat besi apabila hamil.

Bagaimana untuk tahu sama ada kita anemia atau tidak?Gejala anemia agak umum dan mengambil masa panjang untuk dilihat. Gejala paling jelas ialah keletihan walaupun melakukan kerja ringan dan najis berwarna gelap atau kehitaman (menandakan kehadiran darah) serta sangat berbau. Antara gejala lain ialah:

~ Kulit pucat
~ Lemah seluruh badan
~ Selalu pening
~ Jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal
~ Sakit kepala
~ Sesak nafas dan tercungap-cungap ketika melakukan kerja
~ Tangan dan kaki berasa kebas
~ Keadaan di atas mungkin jadi lebih teruk jika hamil
~ Lidah menjadi licin
~ Ulser di tepi mulut yang menyebabkan rasa sakit
~ Kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu

a. Komplikasi ketika hamil
~ Keguguran
~ Peningkatan berat badan yang sangat sedikit
~ Bersalin tidak cukup bulan
~ Anak mati dalam kandungan
~ Jangkitan

b. Ketika bersalin
~ Sukar melahirkan anak
~ Risiko tindak balas badan terhadap ubat bius
~ Kegagalan jantung

c. Selepas bersalin
~ Pendarahan
~ Aliran darah tersekat (akibat kehadiran darah beku atau bahan lain seperti gelembung udara, lemak atau air ketuban)
~ Pereputan tisu

d. Risiko pada bayi
~ Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)
~ Tidak cukup berat
~ Bayi gagal atau lambat membesar
~ Bayi perlukan bantuan pernafasan berpanjangan
~ Penilaian Apgar (aktiviti dan bentuk otot, denyut nadi, tindak balas kerengsaan, warna kulit dan pernafasan) yang rendah


Sumber : myMetro/sihat (Metro online)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lebih kurang 70% gejala anemia ada pada aku....
Ujian darah juga telah menunjukkan aku kurang hemoglobin dalam darah...
Paras hemoglobin aku adalah 10.5 gm/dL....

No wonder la berat aku menurun sebanyak 6kg sepanjang 6 bulan tempoh hamil dan hanya naik sebanyak 0.5kg jek bulan nie!
No wonder la aku asik sakit kepala jek!
No wonder la aku cepat letih!
No wonder la kaki aku slalu kebas-kebas jek!
No wonder la kawan-kawan opis slalu tegur muka aku pucat!
No wonder la aku kena ulser mulut aritu!

Owh......no wonder la........

Tuesday, September 1, 2009

Kawan-kawan....Mari Pakai Topeng Muka!



Kawan-kawan.....
Sekarang nie bahaya nak jenjalan or merayap ke tempat-tempat yang ramai orang...
Oleh itu, kawan-kawan hendaklah memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga...
Andy kan tergolong dalam kategori kanak-kanak bawah daripada 6 tahun....
Mummy lak dalam kategori ibu mengandung....
Daddy lak dalam kategori penghidap asma....
Kan sekarang banyak kes pasal H1N1 nie....
So marilah kita sama-sama memakai topeng muka...


Andy nak gi jenjalan kat Giant Muar nie...
Andy nak ikot mommy ngan daddy gi beli barang nie...
Tu pasal la mommy pakaikan Andy topeng nie...


Kawan-kawan....

"Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Merawat"

Thursday, July 24, 2008

Datang Rajin Tetiba Pulak Kannnnn........



Gambar di atas adalah gambar bubur jagung yang telah dibuat oleh aku, dalam cubaan pertama untuk memasak jenis resepi pencuci mulut melayu ini....
Walaupun presentationnyer tak berapa nak sama macam kat kedai, tapi rasa dia tetap sama...tetap kawwwww.....sedap!
Best, siot!!! =D
Weekend nanti aku nak try buat kuih kaswi lak....pastu nak try kuih bingka ubi lak!
Tetiba tebiat aku nie....datang lak perangai rajin nak mencuba resepi kuih-muih melayu sejak dua menjak nie......
So..aku ucapkan kepada diriku sendiri...
"Selamat Mencuba!"
hehehehee......

Friday, July 18, 2008

Muhasabah Diri....

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah.....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.



Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Wednesday, July 16, 2008

Lagi Versi Debat DSAI vs DAS

Dipetik dari tulisan : akhmarsari (i'd found it in Friendster)


"Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Aku percaya rata-rata penduduk kat Malaysia nih mesti tengok debat di antara DSAI dengan Dato Shaberry malam semalam..dan sekarang ni merupkan kali ketiga aku tengok menerusi laman web TV3! Bukan apa, aku cuma nak pastikan yang aku ni bukannya tak reti nak menaakul atau menilai dan mentafsir setiap kata hujah yg dikeluar oleh 2 orang pendebat tadi!
Dan sampai sekarang, waktu pon dah pukul 4.03pagi, aku masih tak dapat jawapan..sebenarnya, apa motif debat ni di anjurkan? adakah untuk membuka pekung DSAI pada zaman dia masih menuntut? ataupun untuk menunjuk-nunjuk? tapi setahu aku, pada dasarnya adalah untuk berdebat dengan hujah-hujah yg berkaitan dengan harga minyak dan pentadbiran kerajaan? tetapi..nyata Shaberry memperbodohkan dirinya sendiri dengan mengupas satu persatu kisah peribadi DSAI yg kononnya macam dia bagus sangat!
Kalau anda semua tidak tahu, Shaberry ni juga satu ketika dulu merupakan seorang pembangkang! Ah, baru naik jadi menteri tak sampai setahun dah nak tunjuk pandai..aku sendiri pun tak tahu dari mana datangnya ilham bodoh Shaberry untuk berdebat dengan DSAI sampai sanggup memperjudikan jawatannya sekarang ni! Berlagak je lebih masa berhujah..POINT zero..balik-balik cerita pasal benda yang sama!Lain yang orang tanya, lain yang dia jawab! Heran gak aku..tak cukup membaca kah?
Shaberry oh Shaberry, ko nak berdebat pasal kewangan negara dengan manusia yg pernah memegang jawatan Menteri Kewangan..nak berdebat dengan orang yang dah berkhidmat lama dalam kerajaan Barisan Nasional, tu la pasal sampai mulut kau pon berbuih-buih nak menjawab! DSAI baru pusing sikit, Shaberry dah kusut..sbb dia pon tak jangka yang DSAI akan buka semua cerita pasal IPP yg telah diluluskan! Dan anak-anak syarikat yang menguntungkan Petronas tapi merugikan Malaysia!
Shaberry dgn bangga dok cerita depan tv yg tindakan DSAI satu ketika dulu telah mengakibatkan peniaga-peniaga kecil bankrupt, kegawatan economi, kenaikkan harga barang..dan seterusnya! tapi aku mintak korang yg baca ni fikir sekejap..DSAI cuma mahu langsaikan hutang-hutang Malaysia pada masa itu dengan cara 'langsam' tanpa meminjam wang satu sen pon daripada bank dunia-IMF!
Cuba,anda-anda-dan anda, bayangkan..sekiranya Malaysia meminjam wang dr IMF, apa akan jadi? nk jd Thailand ke? Masa zaman kegawatan economi, Thailand pinjam wang drp IMF dan nasibnya, matawang BATH jatuh merundum..kita nak ke jadi macam tu?
Aku rasa Shaberry kena luaskan lagi pendidikan politik dia, siasat semua segala biji butir barulah debat jadi isu panas! ini, DSAI tanya lain Shaberry jawab lain, DSAI bukak isu lain Shaberry mulakan hujah dengan menyindir DSAI...tapi DSAI tak ade secuit pun mahu mengenakan Shaberry! Buktinya, DSAI pada akhirnya berkata, Shaberry masih banyak lagi peluang di RTM!!
Kalau benar lah debat ini nak membuka mata rakyat Malaysia seperti yg diperkataka oleh Shaberry, kenapa wakil wakil Menteri tak dijemput? kenapa Perdana Menteri mendiamkan diri duduk di sofa? Mana perginya suara suara lantang dalam Parlimen? Bukankah Malaysia ni di bawah pimpinan Menteri, kenapa yg hadir pun yg hanya pandai bersorak dan bertepuk sedangkan perkara yg didebatkan oleh Shaberry tidak masuk akal?
Dan diakhir debat pun Shaberry masih mahu mencerminkan kebodohannya yg ketara..pengerusi suruh gulungkan hujah..betullah apa DSAI buat! Fakta yang diberikan..simpul semua apa yg dibincangkan! Tapi, apa yang Shaberry buat? katanya, DSAI masih tidak berubah..ingin menentang kerajaan! Apa kait mengait demonstrasi tahun 1974 dengan dengan isu minyak yg didebatkan malam tadi? apa kait mengait konsert lucah artis tak bermoral dengan harga minyak Malaysia dan kadar inflasi?
Debat yg menjadi ilham terhebat Shaberry sepanjang memegang jawatan menteri ni sama sekali gagal..malah, Shaberry diberi peluang untuk tonjolkan kepada umum betapa cetek dan lemahnya dia mentafsir setiap fakta yg dikemukakan bertalutalu oleh DSAI!"



p/s : Logik @ Tidak Logik....Fikir-Fikirkan Sendiri...

Anwar Ibrahim VS Ahmad Shabery Cheek


Tarikh : 15hb Julai 2008
Waktu Siaran : 9.00pm - 10.00pm
Channel : TV9 (Dekat di Hati...)
Tajuk Perbahasan : Tukar Kerajaan Hari Ini, Esok Minyak Turun!


Aku mengikuti siaran perbahasan itu dengan penuh minat dan kusyuk sekali...

Mengikuti setiap hujah yang cuba dipertahankan oleh pihak pembangkang dan pro kerajaan yang dimainkan peranannya oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Dato' Ahmad Shabery (Menteri Penerangan), memang sesuatu yang jarang dapat dilihat secara 'live'..nak-nak di media elektronik yang serba 'kerajaan' ini...

Setelah mengikuti siaran dari mula sampai habis, di sini dapat aku simpulkan sesuatu..tak kurang juga terbitnya beberapa pertanyaan yang menujah di kepala hotak aku sebagai seorang rakyat yang memang 'buta' ekonomi ini (maklum la..tak pernah belajar subjek ekonomi langsung time study dulu)


Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah jelas terpancar kebijaksanaan dan kematangan Datuk Seri Anwar(DSA) dalam menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh tuan panel majlis mahupun si Dato' Ahmad Shabery(DAS) itu sendiri. Jika diteliti setiap bait percakapan, DSA tidak sesekali pun menyentuh tentang perkara lain selain daripada minyak dan harganya(yang menjadi 'main point' pendebatan)...tidak juga membuat spekulasi berbentuk serangan peribadi kepada DAS itu. Dapat diperhatikan dari mula hingga akhir, DAS sering menyerang dan menyentuh isu peribadi DSA yang ternyata sengaja bertindak memalukan dan mengaibkan DSA di khalayak ramai, di dalam dewan pendebatan itu secara khususnya, dan seluruh rakyat malaysia yang menonton pendebatan ini secara amnya. Dan DSA hanya tersenyum lebar membiarkan serangan peribadi itu sengaja dilontarkan oleh si DAS yang ternyata tidak matang dan bijak berbicara itu.(emosi sunggoh kamu ini!)

Mengapa aku kata DAS itu tidak bijak? (sedangkan dia pak menteri, sedangkan aku hanya si rakyat jelata).
Ini kerana ketika panel pembangkang bertanyakan tentang peruntukkan yang terhasil daripada keuntungan yang diperoleh negara dan telah ditetapkan untuk memajukan infrastruktur dan pengangkutan awam yang semakin merosot di negara ini, namun tiada sebarang perubahan untuk kesenangan rakyat dipersoalkan, si DAS itu pula menjawab dengan kenyataan mengenai kedudukan DSA di dalam kerajaan ketika 10-20 tahun yang lalu, yang mana DSA tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan isu minyak pada ketika itu. DAS memberikan hujah bahawa DSA sibuk mengajak para penuntut universiti pada ketika itu untuk melakukan perhimpunan di jalanraya (?!?!). DAS berhujah dengan penuh hebat sekali sehingga loceng tamat masa dibunyikan...

Sebagai rakyat yang mengikuti pendebatan dengan penuh minat, aku tertanya-tanya...
"Mana bahagiannya percakapan si DAS ini yang berkaitan dengan 'infrastruktur dan kemudahan awam' itu???". Aku jadi blur seketika... "DAS tak menjawab soalan langsung!"
Menteri apakah ini??? Soalan yang terang lagi bersuluh itu pun tidak dapat dijawab dengan tepat dan jitu...malah menyimpang jauh dari soalan yang diberikan!
Ternyata DAS bukan sahaja berhujah berdasarkan fakta isu semasa, malah berdasarkan emosi juga. (tu pasal la dia selalu buat serangan peribadi)

Apabila tiba giliran DSA untuk menjawab soalan yang bakal ditanya oleh panel pro kerajaan, aku sekali lagi kehairanan. Pihak panel pro kerajaan itu sedang bertanyakan soalan kah? (panjang lebar soalannya) atau sedang membuat ulasan sendiri?
Sepatutnya soalan yang berbentuk 'benar-benar' soalan berasaskan kemusykilan yang perlu diajukan kepada DSA, dan bukannya ulasan beremosi yang dirasakan ia adalah soalan!!! "Apa jadi dengan orang-orang kerajaan nie? Belajar tinggi-tinggi, inikah 'hasil'nya?" Sudahlah si pendebat pro kerajaan itu tidak menjawab soalan, yang si panel pro kerajaan yang tugasnya bertanya soalan itu pun tidak bertanya dengan betul!!! Itu semua membuatkan DSA tersenyum lebar sahaja...."anak-anak.." mungkin kata hatinya... (hahaha)

Ulasan akhir (sebagai penutup pendebatan) yang dihujahkan oleh DSA semuanya berasaskan fakta dan kata-kata yang bernas dan difikirkan logik bagi beliau yang mewakili pemikiran rakyat jelata yang tersepit dengan kehidupan yang meruncing kesan daripada kenaikan harga minyak pada masa sekarang. Manakala ulasan DAS pula lebih kepada menidakkan hak rakyat dengan menyatakan tidak ada salah dan kurangnya pemerintahan pada zaman Perdana Menteri sekarang ini (sambil menyerang DSA lagi sekali secara peribadi). Secara tersiratnya kata-kata beliau (yang dapat aku tafsirkan secara peribadi) ialah mengajak semua rakyat untuk bersatu padu melaungkan seruan 'Marilah Menjilat Bontot Kerajaan!"

Di akhir siaran, dapat aku perhatikan keceriaan dan keseronokkan yang terpancar di wajah DSA dan isteri yang sangat berpuas hati kerana diberi ruang dan peluang (walaupun hanya dalam masa sejam diperuntukkan) untuk menyatakan dan meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, yang sedikit (jika tak sebanyak) mewakili suara rakyat. Terima kasih Datuk Sri!!!

Setelah siaran berakhir, aku musykil...kenapa Menteri Penerangan(merangkap menteri RTM) yang harus menjadi 'lawan' debat kepada Penasihat PKR ini??? Isu yang diperdebatkan adalah isu minyak petroleum dan harganya....jadi, kenapa tidak menteri yang berkaitan dengan harga minyak ini yang menjadi 'sparing partner' dalam debat ini???Kenapa tidak menteri perdagangan antarabangsa & industri yang ambil tanggungjawab untuk sedia berdebat dengan Penasihat PKR tersebut??? atau menteri sumber asli??? atau mana-mana menteri yang ada kaitan dengan isu harga minyak dan petroleum ini???
Kenapa menteri penerangan??? Adakah kerana namanya 'PENERANGAN', so beliau WAJIBlah menerangkan dengan sejelas-jelasnya ( walaupun tidak membantu sedikit pun penjelasannya itu) tentang isu hangat ini???Mungkin YA-lah kot....

Apa-apa pun...jelas lagi terpancar bahawasanya orang-orang KERAjaan ini memang suka bercakap melebih-lebihkan EMOSI daripada keLOGIKan fakta & akal....

Aku, sebagai seorang rakyat yang hanya hidup kais pagi makan pagi ini, hanya mampu mengulas dan memberikan pandangan peribadi aku di sini sahaja...di blog peribadi aku ini. Di sinilah segala luahan pendapat yang berbaur suka, duka dan amarah dapat aku curahkan....tanpa perlukan perhatian daripada mana-mana pihak untuk 'take action' dengan apa yang aku tuliskan di sini....

p/s : "Nasib kamu-lah,wahai si 'Penjilat Bontot'...kamu memang ditakdirkan hidup sedemikian.."

Thursday, July 3, 2008

Siapa Tengku Adnan Ini?

"Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan misteri.."



Dipetik daripada http://chegubard.blogspot.com/2006/07/siapa-tengku-adnan-tengku-mansor.html