Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim VS Ahmad Shabery Cheek


Tarikh : 15hb Julai 2008
Waktu Siaran : 9.00pm - 10.00pm
Channel : TV9 (Dekat di Hati...)
Tajuk Perbahasan : Tukar Kerajaan Hari Ini, Esok Minyak Turun!


Aku mengikuti siaran perbahasan itu dengan penuh minat dan kusyuk sekali...

Mengikuti setiap hujah yang cuba dipertahankan oleh pihak pembangkang dan pro kerajaan yang dimainkan peranannya oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Dato' Ahmad Shabery (Menteri Penerangan), memang sesuatu yang jarang dapat dilihat secara 'live'..nak-nak di media elektronik yang serba 'kerajaan' ini...

Setelah mengikuti siaran dari mula sampai habis, di sini dapat aku simpulkan sesuatu..tak kurang juga terbitnya beberapa pertanyaan yang menujah di kepala hotak aku sebagai seorang rakyat yang memang 'buta' ekonomi ini (maklum la..tak pernah belajar subjek ekonomi langsung time study dulu)


Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah jelas terpancar kebijaksanaan dan kematangan Datuk Seri Anwar(DSA) dalam menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh tuan panel majlis mahupun si Dato' Ahmad Shabery(DAS) itu sendiri. Jika diteliti setiap bait percakapan, DSA tidak sesekali pun menyentuh tentang perkara lain selain daripada minyak dan harganya(yang menjadi 'main point' pendebatan)...tidak juga membuat spekulasi berbentuk serangan peribadi kepada DAS itu. Dapat diperhatikan dari mula hingga akhir, DAS sering menyerang dan menyentuh isu peribadi DSA yang ternyata sengaja bertindak memalukan dan mengaibkan DSA di khalayak ramai, di dalam dewan pendebatan itu secara khususnya, dan seluruh rakyat malaysia yang menonton pendebatan ini secara amnya. Dan DSA hanya tersenyum lebar membiarkan serangan peribadi itu sengaja dilontarkan oleh si DAS yang ternyata tidak matang dan bijak berbicara itu.(emosi sunggoh kamu ini!)

Mengapa aku kata DAS itu tidak bijak? (sedangkan dia pak menteri, sedangkan aku hanya si rakyat jelata).
Ini kerana ketika panel pembangkang bertanyakan tentang peruntukkan yang terhasil daripada keuntungan yang diperoleh negara dan telah ditetapkan untuk memajukan infrastruktur dan pengangkutan awam yang semakin merosot di negara ini, namun tiada sebarang perubahan untuk kesenangan rakyat dipersoalkan, si DAS itu pula menjawab dengan kenyataan mengenai kedudukan DSA di dalam kerajaan ketika 10-20 tahun yang lalu, yang mana DSA tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan isu minyak pada ketika itu. DAS memberikan hujah bahawa DSA sibuk mengajak para penuntut universiti pada ketika itu untuk melakukan perhimpunan di jalanraya (?!?!). DAS berhujah dengan penuh hebat sekali sehingga loceng tamat masa dibunyikan...

Sebagai rakyat yang mengikuti pendebatan dengan penuh minat, aku tertanya-tanya...
"Mana bahagiannya percakapan si DAS ini yang berkaitan dengan 'infrastruktur dan kemudahan awam' itu???". Aku jadi blur seketika... "DAS tak menjawab soalan langsung!"
Menteri apakah ini??? Soalan yang terang lagi bersuluh itu pun tidak dapat dijawab dengan tepat dan jitu...malah menyimpang jauh dari soalan yang diberikan!
Ternyata DAS bukan sahaja berhujah berdasarkan fakta isu semasa, malah berdasarkan emosi juga. (tu pasal la dia selalu buat serangan peribadi)

Apabila tiba giliran DSA untuk menjawab soalan yang bakal ditanya oleh panel pro kerajaan, aku sekali lagi kehairanan. Pihak panel pro kerajaan itu sedang bertanyakan soalan kah? (panjang lebar soalannya) atau sedang membuat ulasan sendiri?
Sepatutnya soalan yang berbentuk 'benar-benar' soalan berasaskan kemusykilan yang perlu diajukan kepada DSA, dan bukannya ulasan beremosi yang dirasakan ia adalah soalan!!! "Apa jadi dengan orang-orang kerajaan nie? Belajar tinggi-tinggi, inikah 'hasil'nya?" Sudahlah si pendebat pro kerajaan itu tidak menjawab soalan, yang si panel pro kerajaan yang tugasnya bertanya soalan itu pun tidak bertanya dengan betul!!! Itu semua membuatkan DSA tersenyum lebar sahaja...."anak-anak.." mungkin kata hatinya... (hahaha)

Ulasan akhir (sebagai penutup pendebatan) yang dihujahkan oleh DSA semuanya berasaskan fakta dan kata-kata yang bernas dan difikirkan logik bagi beliau yang mewakili pemikiran rakyat jelata yang tersepit dengan kehidupan yang meruncing kesan daripada kenaikan harga minyak pada masa sekarang. Manakala ulasan DAS pula lebih kepada menidakkan hak rakyat dengan menyatakan tidak ada salah dan kurangnya pemerintahan pada zaman Perdana Menteri sekarang ini (sambil menyerang DSA lagi sekali secara peribadi). Secara tersiratnya kata-kata beliau (yang dapat aku tafsirkan secara peribadi) ialah mengajak semua rakyat untuk bersatu padu melaungkan seruan 'Marilah Menjilat Bontot Kerajaan!"

Di akhir siaran, dapat aku perhatikan keceriaan dan keseronokkan yang terpancar di wajah DSA dan isteri yang sangat berpuas hati kerana diberi ruang dan peluang (walaupun hanya dalam masa sejam diperuntukkan) untuk menyatakan dan meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, yang sedikit (jika tak sebanyak) mewakili suara rakyat. Terima kasih Datuk Sri!!!

Setelah siaran berakhir, aku musykil...kenapa Menteri Penerangan(merangkap menteri RTM) yang harus menjadi 'lawan' debat kepada Penasihat PKR ini??? Isu yang diperdebatkan adalah isu minyak petroleum dan harganya....jadi, kenapa tidak menteri yang berkaitan dengan harga minyak ini yang menjadi 'sparing partner' dalam debat ini???Kenapa tidak menteri perdagangan antarabangsa & industri yang ambil tanggungjawab untuk sedia berdebat dengan Penasihat PKR tersebut??? atau menteri sumber asli??? atau mana-mana menteri yang ada kaitan dengan isu harga minyak dan petroleum ini???
Kenapa menteri penerangan??? Adakah kerana namanya 'PENERANGAN', so beliau WAJIBlah menerangkan dengan sejelas-jelasnya ( walaupun tidak membantu sedikit pun penjelasannya itu) tentang isu hangat ini???Mungkin YA-lah kot....

Apa-apa pun...jelas lagi terpancar bahawasanya orang-orang KERAjaan ini memang suka bercakap melebih-lebihkan EMOSI daripada keLOGIKan fakta & akal....

Aku, sebagai seorang rakyat yang hanya hidup kais pagi makan pagi ini, hanya mampu mengulas dan memberikan pandangan peribadi aku di sini sahaja...di blog peribadi aku ini. Di sinilah segala luahan pendapat yang berbaur suka, duka dan amarah dapat aku curahkan....tanpa perlukan perhatian daripada mana-mana pihak untuk 'take action' dengan apa yang aku tuliskan di sini....

p/s : "Nasib kamu-lah,wahai si 'Penjilat Bontot'...kamu memang ditakdirkan hidup sedemikian.."

2 comments:

Jorji said...

Agenda Daily dapat sponsor dari pembuat tisu PREMIER untuk debat akan datang,,,kalau2 shaberi nak berdebat lagi...
tak la rasa mual2 je kita kat luar tu menonton TV!

hehhe..tu kira attack personal ok.

nway..masa ahli panel anwar tanya shaberi pasal peruntukan untuk digunakan pada public transport,i rasa sangat teruja..bagus soalan dia...dan bila shaberi pergi jawap pasal kambing biri2 kat australia(maksudnya lain yg di jawap) rasa nak menjerit dan masuk tv cekik2 dia!

-LaDy rAzOr- said...

tu ar....
berulat jek hati nie tgk muka shabery tu...
lain ditanya, lain yg dijawab....
tak sekolah sunggoh! (emosi lebih lak tetiba..hahaha)