Wednesday, January 6, 2010

Penyakit Gusi!

Search kat Google pasal penyakit gusi...
Terjumpa website nie .....
Ok...dapat info serba sedikit pasal sakit gusi aku nie...
Sekarang baru aku tau...
Tu pon setelah seminggu tahan sakit!
Huhuhuhuuuuuu....
Below a few info pasal sakit gusi nie...



~Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit gusi?

Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi.
Penyakit ini dibahagikan kepada dua peringkat:
i- Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja.
ii- Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi , tulang dan tisu penyokong gigi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang sering dihidapi oleh kumpulan remaja, namun begitu, masalah periodontitis jarang-jarang sekali terdapat dikalangan mereka.

~Apakah penyebab penyakit gusi?

Penyebab utama penyakit gusi adalah plak gigi. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penyakit ini adalah :
  • Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna.
  • Merokok atau mengunyah tembakau.
  • Memakai aplians ortodontik.
  • Faktor keturunan.
  • Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung.
  • Stress.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan.
  • Tabiat mengetam atau mengetap gigi.
  • Penyakit diabetes.
  • Sistem penghadaman yang kurang baik.
  • Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit seperti kencing manis dan HIV/AIDS.


~Adakah anda mengalami penyakit gusi?

Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit gusi. Gusi yang tidak sihat selalunya tidak menyakitkan tetapi akan berdarah semasa memberus gigi atau menggunakan flos.
Antara tanda-tanda penyakit gusi :
  • gusi menjadi merah dan bengkak.
  • gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
  • gusi di sekeliling gigi akan bernanah.
  • nafas berbau (halitosis).
  • rasa tidak selesa di dalam mulut .
  • gigi mulai longgar.

 

~Berita baik!

Gingivitis boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan.
Dapatkan nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan daripada doktor pergigian anda.

 

~Apakah yang patut dilakukan supaya gusi anda sentiasa sihat?

Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :
  • Memberus gigi
  • Menggunakan flos
  • Tidak merokok
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu

No comments: