Monday, March 10, 2008

Kursus di Pulau Jerejak....

2 Mac 2008 - 7 Mac 2008

Aku diwajibkan pergi kursus Tourism di bawah division aku di Pulau Jerejak, Pulau Pinang....
Banyak aktiviti dijalankan....outdoor ada...indoor pun ada...memang menyeronokkan, tapi bagi aku kurang mencabar sikit...maybe coz aku dah biasa menghadiri kursus yang betul-betul mencabar fizikal dan mental aku sepanjang zaman persekolahan hingga membawa ke zaman kampus aku dahulu....so kursus pada kali ini, bagi aku hanyalah sekadar 'so-so' jek la...

Bukan kerana aku tidak dibenarkan melakukan certain aktiviti yang boleh membahayakan aku dan kandunganku...tapi kerana memang aku berpendapat aktiviti yang pihak penganjur dan pihak Tourism sediakan memang tidak mencabar minda dan fizikal aku....sikit pun tak tergugat iman aku untuk berasa menyesal kerana tidak dapat join sama aktiviti yang rakan-rakan seperjuangan aku buat... cuma satu aktiviti jek yang berjaya membuatkan aku rasa ghalat coz tak dapat nak join, iaitu main 'paintball'!!! yang tu memang aku rasa tension giler coz tak dapat join member-member untuk main 'battle of the game'.....cissss!!!geram giler time tu.....tapi takper....at least aku dapat gak pegang 'senapang' tu then aku tembak-tembak ke sasaran yang sedia ada....hehehe..."pueh hati den!"






ngan R.O Johor a.k.a member gediks....Jiey.....



Bagus gak aktiviti kursus nie...dapat mengeratkan hubungan aku dengan rakan-rakan kerja dari negeri lain....yang tak kenal dah jadi rapat giler.....best!!!





ngan member-member R.O lama yang almost 3 years!!! hehehe.....






Pas abis kursus kat Pulau Jerejak tu, bos ajak gi round island....round sket2 area penang tu...gi tokong Siam, tokong Burma then gi Chow Rasta untuk shopping2 before makan kat sebelah Line Clear, Restoran Yasmin Nasi Kandar....bos aku tak berselera nak makan kat Line Clear tu sendiri coz tempatnyer yang agak kotor then takder aircond....(maklum ler....boss aku fussy sket)....pastu bertolak ke Kuala Lumpur then sampai dalam kol 8.30pm.....




kat tokong Siam - "Sleeping Buddha"

Friday, February 29, 2008

Romantik......

Romantik......

Romance.......

Apakah maksud romantik???

Bagi aku, definisi romantik adalah :-

membuat sesuatu yang surprise untuk pasangan sehingga berjaya membuatkan pasangan berasa terharu dan dihargai dan berasa sangat istimewa....
Bagi aku, istilah romantik itu boleh dirasai ketika :-
  • mendapat hadiah yang tak disangka-sangka dari pasangan (seolah-olah pasangan tahu yang kita memang nak kan sangat hadiah tu) tidak kira di waktu birthday kita ataupun hanya hari-hari biasa sahaja.
  • candle light dinner kat mana-mana restoran yang tidak dijangka oleh kita...
  • tiba-tiba pasangan masakkan masakan istimewa khas untuk kita (walaupun kita tahu pasangan tidak reti sangat masak atau memang semulajadi malas nak masak)
  • mandi bersama sekali-sekala (opsss.....sedikit 18sx)
  • jalan berpimpin tangan sentiasa (bukannya time nak lintas jalan sahaja)
  • tiba-tiba pasangan dengan rela hati melakukan semua kerja rumah (menyapu sampah, basuh baju, lipat baju, cabut rumput depan umah dsb)
  • pasangan sentiasa menghubungi kita untuk bertanya khabar ataupun berborak-borak kosong sahaja (seperti ketika mula bercinta dulu)
  • pasangan sentiasa memuji kita kelihatan cantik,menawan,jelita dsb (tidak kira kita memakai baju apa) terutamanya ketika sedang bersiap ke kerja di pagi hari...
  • pasangan sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan sayangnya kepada kita (even ketika kita mahu melelapkan mata)
  • pasangan sentiasa memberikan ciuman yang tidak dijangka (sudden kiss) dan berjaya membuatkan kita terkesima dan terpana seketika....
  • pasangan mendukung kita untuk ke bilik (opsss....lagi skali sedikit 18sx)
  • kita sentiasa dapat morning note dari pasangan, dengan kata-kata yang indah dan berjaya membuatkan kita tersenyum malu....
  • sesekali kita dan pasangan menghayati lagu cinta romantis sambil menari bersama.....

ermmm.....buat masa nie, aku rasa ini sahaja perkara-perkara romantik yang boleh membuatkan aku, sebagai seorang perempuan akan rasa seperti terbang di awan-awanan jika pasanganku melakukan perkara-perkara di atas.....heheheheeee...

apa-apa pun, ini adalah sekadar pandangan aku ke atas perilaku romantik itu....bagaimanapun terpulang kepada kalian bagaiman untuk mendefinisikan maksud R.O.MA.N.T.I.K itu sendiri....

sekian......

Wednesday, February 27, 2008

Layannnnnnn..............

Kepala aku dah pening-pening since pagi tadi....

Baru pas submit report kat boss......lega dah rasanya....dah takder keja tertunggak dah...

Tapi kepala tetap pening...mata jadi sakit.....tunggu timing nak balik jek nie....

Tapi aku jumpa satu website yang boleh mencelikkan mata aku tetiba.....

http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5728

heheheheheeeeee..........

Layannnnnnnnnnnnn....................

Tuesday, February 26, 2008

Futsal - Tension....


Ahad aritu ada perlawanan futsal inter-division Tourism kat Sri Rampai....

Aku tensen...tak dapat nak main....huhuhu...

Dah bayar baju, bayar permohonan then alih-alih dapat tau aku telah berbadan dua....so dengan rela @ tanpa rela aku melepaskan jua aktiviti sukan yang aku baru nak berjinak-jinak minat tue...Walaupun tak dapat nak main futsal, tapi aku datang gak ler...sebagai penyokong kuat team 'Gedik-Santai'...team yang agak hebat gak ler...tapi dapat aku rasakan,kalo aku ada mesti lagi hebat team aku tu...mesti boleh dapat tempat pertama atau kedua....tapi memandangkan aku tak dapat main, so team aku tu dapat ler tempat ke-4....kita okler tu...hehehe....

Kapten team aku dah pesan awal-awal, "tahun depan jangan nak wat anak dulu ek....tunggu game abis,baru wat anak" hahahhaa....aku hanya mampu gelak jek la...tu tak tau lagi...berserah kepada yang Maha Esa.....aku terima jek...hehehehe....

Aku ngan kapten team a.k.a sahabat baik aku kat tourism...

Wednesday, February 20, 2008

Lepas Sudah Azab yang Pertama.....

Tepat kol 8.30am : naik tingkat 27th, dining room...
Mengantuk + lapar + tak ready = ntahapahapantah!!!
Paling tak suka attend interview berkali-kali untuk jawatan yang sama, Pegawai Pelancongan!
Tapi hari nie bukan interview yang sebenar...just screening test sahaja...panel just nak tengok keupayaan kita untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris....
Adakah kita fasih dan lancar?Adakah kita memahami persoalan yang diutarakan?Adakah kita firm dengan jawapan yang diberikan?Adakah kita mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi?
Itu sahaja yang ingin mereka lihat....
Dan aku....penuh dengan prasaan berdebar + gugup + cuak + tapi santai = aku seorang yang cool!!!hehehehehe.......
Nasib ler....janji aku dah ngadap 1st step untuk interview nie...kalo ada rezeki, maka aku akan dapat menempatkan diri dalam 2nd interview akan datang nanti.....kalo tak,maknanyer takde rezeki ler tu...maknanya aku tak cemerlang ler tu...huhuhuhu.......
Prasaan skang adalah 'Aku Tak Sabar Nak Balik!!!' zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................(ngantuk)

Imej Baru.....

Semalam aku nekad memotong rambutku pendek....tapi takde la pendek sangat...sampai separas bahu sahaja......aku tak boleh potong pendek-pendek sangat kerana aku pernah baca di dalam magazine yang bentuk muka seperti aku ( bujur panjang) tak sesuai potong pendek atas dari paras bahu....paling pendek pun aku boleh potong ialah sampai paras bahu jek....
So aku pun pergi ke salun kat The Mall, 2 jam awal sebelum waktu rehat...aku lari dari opis jap...nasib baik boss tak cari.... hehehehe......nak panjang balik macam sebelum nie,jawabnyer kena tunggu sampai setahun setengah ler gamaknyer....

Friday, February 15, 2008

Aku Benci......

~ Aku benci kena attend interview kat situ!!!
~ Aku benci kena public speaking!!!
~ Aku benci kena keluar gi outstation!!!
~ Aku benci bila rasa menggelabah dan gabra time attend interview!!!
~ Aku benci keja kat situ lagi dah!!!
~ Aku benci dengan karenah birokrasi kat situ!!!
~ Aku benci dengan big boss aku!!!
~ Aku benci ngan keja aku skang!!!
~ Aku benci aku still tak dapat permanent!!!
~ Aku benci kerana masik lagi kontrak!!!
~ Aku benci semua calon yang pakai 'kabel'!!!
~ Aku benci semua panels yang buat muka 'ketat'!!!
~ Aku benci Tourism!!!

Sekian...terima kasih!!!

Wednesday, February 13, 2008

Valentine's Gift....

Sesungguhnya aku tak pernah menyambut Hari Valentine seumur hidupku...kerana bagi aku tiada kepentingan langsung untukku melakukan sedemikian...kerana bagiku,itu hanyalah tidak lebih dari sekadar membuang masa dan duit yang sepatutnya perlu diutamakan untuk perkara lain yang lebih penting lagi...

Akan tetapi pada kali ini amat berbeza...tiba-tiba perasaan 'mengada-ngada nak romantik' telah meresap ke dalam tubuhku...tiba-tiba aku jadi garik...ekekeke......

Lantas aku ke The Mall dan telah membeli sesuatu untuk dearku yang tersayang...















''Strawberi coklat untuk you,sayang....."



Tiga biji strawberi bersalut coklat menandakan 'I LOVE U SO MUCH,DEAR.......'







p/s: buang tebiat tak aku???ekekeke........

Daftar Mengundi....

Sebelum aku keluar lunch,lebih kurang pukul 1.15 tengahari tadi...aku terdengar pengumuman di radio yang mengatakan bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini.
Dengan kadar segera aku terus membuat semakan daftar pengundi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)....ermmmm.......
Ini kali pertama aku nak menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia dengan penuh dedikasi!Aku kena balik hometown aku ler kalo nak gi mengundi nanti....Berkobar-kobar semangat nak pangkah mana-mana calon yang layak nie.....!!!Tapi saper nama wakil parlimen Wangsa Maju pun aku tak tahu.....hahahahaa........
Akanku pangkah sesaper jek wakil calon ikut sesuka hati aku...hahahahahahhaa.........(gelak jahat+ blur+tak tahu aper-aper)

Nama aku ada dalam sistem SPR ler...kagumnyer!!!

Sarapan Pagiku yang Sedap......


8.20am : sampai opis - dear hantar....
8.25am : baca message kat handphone, dari shasha
"fa, orang tak bfast arini tau..nak siapkan keje...kita lunch sesama nanti ek..."
"okek...orang just tapau jek la camtu...."
8.27am : bukak computer...bukak yahoo mail beta then layan friendster sambil edit survey form...
8.56am : pegi beli breakfast kat pentry kat 17th....order roti bakar 2 set + milo ais bungkus sampai 15-20 minit!!!
9.20am : naik 19th balik...dok ngadap kat PC sambil mengunyah roti bakar....
until now, still lagi mengunyah roti bakar 2 set + milo ais sambil menaip blog ini....
after this, sambung edit survey form.....sambil tertido.....keh..keh..keh...keh..!!!