Wednesday, April 30, 2008

10 Things I Hate About You......

I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare
I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me rhyme
I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry
I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.
P/S : Dedicated to my luvly hubby..... - this poem is REALLY HIM!

Tuesday, April 29, 2008

Mari Meng'google'......

Inilah 'hasilnya' kalo dah memang takde sangat dah keje kat opis.....

Peta umah parent aku kat Gombak.....cool.....hehehehe......




Peta umah mertua aku kat Merlimau, tapi aku tak tau ler celah mana umah mertua aku tu....Ikut suka ler nak spot kat mana-mana pun.....



Peta umah aku kat Cheras....tapi aku rasa masa nie umah aku still under constuction kot....so maybe takde lagi dalam peta....

First.......Second.......

First look before bought it :-
'' It's beautiful.....i'm gonna buy it....."
First impression while bought it :-
" I hope he will like it....try to seduce him....hehehe....ermmm...."
First feeling after bought it :-
" Hope he will say that this thing really suit me....make him surprise!"
First word he say after wore it :-
" Eeee......u buy it?!?!?!''
First thought after wore it :-
"erkkkk......."- with a bit weirdo face expression....
Second word he say after wore it :-
" If u are still slim, i will............."

Second thought after wore it :-
'' ermmmm......just ignore what he'd said....just forget my effort to seduce....just forget it!"
Second feeling after wore it :-
" Maybe it's my mistake.....i should not buy it at first....."

Monday, April 28, 2008

Aku Dah Gurmuk!!!

Lokasi : Kenduri Kawin Puan Siti Norbaizura, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 27hb April 2008
Masa : lebih kurang pukul 3.00ptg
Makanan Hidangan : Masya-Allah......sangat sedap!!! berselera aku makan!!!
Hasilnya : Aku kelihatan seperti gambar-gambar di bawah......




Tahniah diucapkan kepada pasangan Puan Siti Norbaizura & En. Sayuti...

Moga perkahwinan kalian bahagia selama-lamanya....

Terima Kasih kerana menjemput......

Sebelum Kejadian, Selepas Kejadian.....(part 2)

Tekak terasa nak makan.....
Penangan 'ibu-ibu mengandung' yang mengidam.....
Lokasi : Kedai Makan William, Kelana Jaya
Waktu : lebih kurang 10.00pm
Tarikh : 26hb April 2008
Menu : Fettuchini Carbonara Meatball & Mango+Apple Juice.....




Paip Ajaib.....



Gambar nie aku amik masa aku on da way balik ke Gombak....

Paip ini aku katakan ajaib kerana dia berdiri teguh dan kelihatan seperti tergantung di atas tangki air yang besar....

Akibat rasa pelik dan kagum yang teramat, maka aku mengambil gambar ini dan diabadikan di sini.....

hehehehee..........

Lokasi : Pandan Indah.....

Selipar Comelku.............

Aku sangat suka dengan selipar yang aku pakai dalam rumah nie....
Selipar ini sangat cute sekali!
Disebabkan selipar ini la, maka kucing jiran sebelah yang bernama DOL selalu nak cari gaduh dengan selipar aku nie....
Ada jek benda yang si DOL itu tak puas hati, maka dia akan menerkam dan menggigit-gigit dan mencakar-cakar seliparku ini....
Disebabkan itu, seliparku ini terdapat banyakkesan gigitan dan cakaran si DOL itu...
Mongok punya DOL....!!!


Friday, April 25, 2008

Hanya Kau Yang Mampu......

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
* Lagu yang aku layan buat masa skarang nie....dedicated to myself.....hehehee....

Thursday, April 24, 2008

Poem - Hak Individu......

Ternyata masa telah banyak mengubah seseorang.....
Manusia berubah mengikut peredaran masa....(sama jek ayat?!?!)
Tak kira di mana-mana laman web pun....
Tak kira di mana-mana ruangan bicara pun....
Friendster, Myspace, Blogspot, Yahoo Messsanger dan lain-lain....
Aku tetap menanti dan terus menanti.....
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.....
Sesuatu yang aku rasa perlu....
Tetapi TIDAK bagi orang itu....
Bukak laman milik insan itu, terpampang komen DIA....
Bukan laman milik insan ini, terlihat komen DIA....
Bukak laman insan yang lain, ada lagi komen DIA.....
Komen DIA...Komen DIA.....Komen DIA.....
Bukak laman milikku......KOSONG...........
Tapi, apa boleh aku buat....
Itu adalah hak individu....
Tidak kira boleh diterima ataupun tidak.....
Ia tetap hak individu....
Maka....
Dengan itu....
Aku pun bertindak atas alasan sebegitu...
Ia Hak Aku!!!

Al-Kisahnya.............

Kisahnya bermula di sini....di kawasan perumahan aku......



Bendera parti yang berkuasa berkibar dengan megahnya, menuntut keadilan bagi penduduk setempat yang ternyata sedang marah dengan kejadian yang berlaku.....

Orang ramai berkumpul...tetapi bukan untuk demonstrasi mahupun rusuhan....hanya mahu menuntut pembukaan jalan utama taman perumahan ini yang di'cantas' sekian lamanya oleh pihak 'Grand Saga Corp.'

Seorang 'badan sibuk' cuba untuk mengumpul maklumat kejadian dengan menggunakan method beramah-tamah dengan para aktivis a.k.a penduduk setempat yang lain....




Para aktivis a.k.a penduduk setempat duduk berkumpul sambil sok sek sok sek....

Mereka masih lagi sok sek sok sek.....sekaligus menunjukkan kesepakatan tidak kira perkauman.....

Kehadiran polis yang cuba membuat 'gempak' walaupun para aktivis a.k.a penduduk setempat berlagak relax jek....

......dan si 'badan sibuk' itu masih lagi mengorek maklumat di situ sambil membiarkan isterinya yang kelaparan menyaksikan kejadian dari kejauhan.......

Wednesday, April 23, 2008

Hari Minggu yang Me'rajin'kan.....

Hari Ahad yang lalu, tiba-tiba dear bersikap sangat rajin untuk melakukan aktiviti peng'kebun'an di belakang rumah yang hanya memiliki 'sekangkang kera' tanah sahaja.....
Sementara aku pula ber'senang-senang'an di dalam rumah...
sambil baring menonton tv dan baca paper....
Ahhhh.......bahagianya hidup!


Dear berkebun sambil ditemani oleh 'anak angkat' kesayangannya, si Dol......

Sebelum Kejadian, Selepas Kejadian.....(part 1)

Nak dijadikan cerita pada Sabtu lepas aku telah bermimpi makan nasi berlaukkan kari kepala ikan yang sangat sedap dan mengeliurkan di mayapada ini....kelazatannya tidak terhingga!!!
Maka sejurus selepas aku bangun dari tidur, aku call dear...(dear kat opis)
Selepas dear balik dari kerja, dear terus bawak aku gi kedai makan yang ada menjual kari kepala ikan yang paling best in town!
Dan ternyata....memang best giler kari kepala ikan tu!!!

Sebelum kejadian.....


Selepas kejadian.....


Muka insan yang ke'puas'an dapat kari kepala ikan, mengalahkan isterinya yang sedang mengidam!!!






Friday, April 18, 2008

Mimpi....

Disebabkan aku ke'boring'an sepanjang hari ini, maka dengan rajin hatinya aku menulis dalam blog ini...

Pagi tadi aku bangun tido...
Terasa mengantuk sangat...tak cukup tido....
Malam tadi aku bermimpi...
Aku tak ingat sangat apa mimpi tu...tapi yang aku ingat aku bersama ex-boyfriend aku yang pertama dahulu...
Dalam mimpi tu, aku masih lagi single,anak dara sunti....(hehehe...)
Dalam mimpi tu, situasi kami macam busy jek....looks like doing some preparation for ceremony...
Majlis apa, aku tak pasti....tapi aku sedang menyiapkan gubahan untuk hantaran....
Manakala ex-boyfriend aku tu pulak sedang sibuk menyusun perabot....
Seingat aku lokasinya adalah di rumah dia....
Dan aku pada ketika itu sedang berusaha menarik perhatiannya kembali....
Dan kami sedang cuba memperbetulkan hubungan kami....
Dan kami berbual mesra sepanjang majlis tersebut.....

Ermmm.....tu jek mimpi aku malam tadi....
Sekian.....

Emosiku....

Entah kenapa, sejak dua menjak nie angin aku tak berapa nak baik...
Hari-hari nak baran....ada jek yang tak kena....
Baru tadi aku boleh bergelak ketawa, bergurau senda....tapi kemudian nanti aku jadi marah, muka masam, itu tak kena ini tak kena.....
Aku pun tak tahu kenapa dan apa yang terjadi pada diriku ini....
Kadang-kadang aku rasa macam nak manja-manja ngan dear...tapi pastu terus tak jadi!
Aku jadi macam malas nak manja-manja, malas nak bergurau senda...aku terasa macam nak wat hal sendiri jek...
''ish....teruknya aku nie..."
tapi, seriously.....aku tak tahu kenapa emosi aku cepat sangat berubah dalam sekelip mata saja....
Aku rasa kadang-kadang tu aku macam jadi orang lain lak....bukan jadi diriku yang sebenar...
Aku nie dah sememangnya seorang yang baran....tapi bila emosi kerap terganggu macam nie, menjadikan aku nie seorang yang lagi bertambah baran, lagi bertambah kuat marah......
Ada jek yang tak kena kat mata aku nie...
Dear buat itu, tak kena.......dear buat ini, tak kena......dear tak buat apa-apa, lagi tak kena!!!
Cepat jek aku nak marah dia....
''Kesian dear....." tapi.......
"ermmmm......ntah la...."
"Macam-macam la aku nie...."

Buah Hatiku......


Minmin.....cakkkkk!!!!

Minmin nak main ngan kakak yer....

Minmin kenyang...baru pas makan bubur...


Minmin terkejut tengok camera yer...???hehehe.......

Cian Minmin....kena 'chicken-pox' rupanyer....

Wednesday, April 16, 2008

Still Not Sure.....

Time : 12.30am
Venue : Bedroom
Mood : Unidentified @ Unsure mood


Malam tadi aku pasang MP3 surah Al-Imran kat handphone, then connectkan ngan headphone yang baru aku beli masa 'PC Fair' aritu....
Sajer aku buat demikian...nak bagi baby dengar surah-surah Al-Quran...biar dia belajar mendengar surah-surah, even ketika masih dalam perut lagi....
Sambil baring, aku baca paper Utusan....relaxkan diri setelah kepenatan melakukan aktiviti seharian....
Tiba-tiba, aku terasa seperti ada benda bergerak dalam perut nie!
Aku musykil....baby ke yang bergerak...??? atau perut aku yang tengah memulas...???
Aku tak sure....tapi aku dapat rasakan banyak kali.....
"Maybe baby bergerak kot...dia tengah dengar ayat Al-Quran...." kata hati aku...
So aku biarkan jek...
Dalam hati aku berasa seronok....
Tapi aku tak berkongsi kegembiraan ini dengan dear....
Because i'm not in a mood that time......
Even sekarang pun aku terasa macam ada benda bergerak inside my body nie....
Tapi aku still not sure itu baby yang bergerak or perut aku yang masuk angin@memulas....
Hehehehe......

Aku Hebat Lagi!!!

Mataku......


Wajahku...

~Akibat kebosanan + mengantuk + tak bermaya = hasil seperti di atas!!!

~Ternyata...aku seorang yang amat kreatif (hehehe....puji diri sendiri siot!)

~Akan aku perkembangkan bakat aku di masa akan datang nanti, ketika waktu terluang...

Minmin dah sihat.....

Minmin dah leh bangun.....dah sihat sket....


Suhu badan Minmin dah jadi 37.1 darjah Celcius....


Minmin dah ada selera nak makan dah.....mulut pun dah bising!!!hehehe....

Minmin dah sihat....tapi still tak larat nak senyum lagi....

Tuesday, April 15, 2008

Sebelum + Selepas = Aku Hebat!!!

Sebelum

Selepas

~Inilah hasilnya apabila aku keboringan di opis, lantas aku menggodek-godek handphone baruku...

~Aku melakukan eksperimen ke atas diriku sendiri....melakukan sedikit peng'edit'an ke atas gambar....dan inilah hasilnya!!!

~ Ermmmm.....aku tak sangka yang aku mempunyai bakat terpendam sebagai seorang pengedit gambo yang terbaik!!! hahahahaaa...........


~So skang aku dah tau dah aktiviti aper yang boleh aku lakukan di saat aku keboringan di masa akan datang.....hihihihi......




Cian Minmin.....

Cian Minmin......baru jek pas kejang badan, muka biru, nampak putih mata jek!!!

Minmin kena demam panas....40.9 darjah Celcius!!!

Minmin tak sihat....tak larat nak senyum.....hukhukhuk....

Nanti Minmin dah sihat, kita gi jenjalan ek....

Nama Baby : Yasmin Azyyati Aminah Mohd Izat

Panggilan : Minmin

Umur : 8 bulan

Sakit : Demam panas

Lokasi : Hospital Ampang Puteri

Tarikh : 14 April 2008


Monday, April 14, 2008

Ujang..... - Best!!!

13 April 2008, 2.30pm...

PWTC, Pesta Buku Antarabangsa.....


~ aku paksa dear pegi pesta buku, semata-mata nak beli sambungan buku 'Aku Budak Minang' karya kartunis Ujang....

~ sambungannya adalah buku 'Aca & Atuk'....

~ aku selitkan sekali buku 'Intelligent Blues Gang' (I.B.G), juga buku yang ada kaitan ngan 'Aku Budak Minang'....

~ aku ngan dear pegi ke booth Creative Interprise yang menempatkan semua majalah keluaran syarikat tersebut....termasuklah majalah Gila-Gila dan majalah-majalah yang aku beli....

~ Excited giler....kartunis Ujang ada sekali time tu...ramai yang kerumun beliau untuk mintak dilukiskan gambar masing-masing atau minta autograph....



~ bangga giler...!!! aku dapat signature autograph dari Ujang....

~ aku memang admire kat dia sejak zaman kanak-kanak lagi....



~ terharu siot!!! nak gak dia sign autograph kat buku 'Aca & Atuk' ngan 'I.B.G' yang aku baru jek beli tu...

~ malam tadi aku layan baca buku 'Aca & Atuk'.....

~ Best! Best! Best!

Saturday, April 12, 2008

Check-up....

11 April 2008, 9.30 pagi...
Klinik Mediviron, Bandar Sri Permaisuri...

"Yer Fariza......ada apa..."

"Next check-up, doc...."

"Oh yer....saya luper..."

"Camner skang....perut ok?"

"Ok..."

"Makan?"

"Ok..."

"Saya check table nie...awak dah 4 bulan yer.."

"A'ah...."

"Hari nie saya nak check blood pressure and urine test...ok"

"Ok....tapi kan doc, perut saya nie kadang-kadang sakit la..tapi bila ingat balik doc cakap sebab baby nak membesar, so saya ok jek la..."

"ermmm...memang pun...baby nak besar, tu pasal sakit kekadang...ermmm...awak gi baring jap..saya nak check perut awak..."

"Ok..."

"Saya tekan perut awak nie sket....baby dah ada bawah pusat....dia dah besar sket..."

"Ek? tak payah scan ke doc?"

"Bulan nie tak perlu....kita scan bulan depan....baru boleh tengok jantina dengan jelas lagi..."

"Oooo.....ok....."

"Awak jangan pakai baju or seluar yang ketat-ketat tau....nanti perut tertekan...."

"Tu la...kekadang saya pakai baju kurung pegi keja,tapi kat pinggang macam ketat sket..."

"Awak jangan zip kain sampai atas.....zip sikit jek...kalo awak biarkan perut awak tertekan, nanti boleh merencatkan tumbesaran baby dalam perut...."

"Ooooo......yer ker...?"

"Yer la....so awak kena pakai yang longgar-longgar pasni...tau"

"Ok, doc...."

"Awak nak anak lelaki ke perempuan???"

"Erkkkk....."

"Mesti awak nak perempuan kan.....sebab perempuan boleh diharap sket...kebanyakkan student universiti skang pun perempuan..."

"ermmm.....tapi saya nak anak perempuan sebab saya boleh pakaikan dia baju cantik-cantik..."

"Hahahahahaaaaaa.......ok la......skang saya nak amik darah awak pulak..."

"Adessss......."

"Sket jek....macam kena gigit semut jek..."

"Adessss....."

"Ok...dah!Pekat darah awak nie....banyak..."

"Tu la...nampak macam hitam jek darah saya..."

"Tekanan darah awak pun ok....skang awak pegi buang air kecil dulu...saya nak wat urine test..."

"Ok...."

"Kencing awak pun ok....skang saya nak timbang berat awak pulak...gi timbang ek!"


"Ok....dah timbang.....berat saya 63.5kg"

"Aik.....kenapa berat awak tak naik yer? jadi menurun pulak berat awak....bulan lepas 64kg...skang 63.5kg pulak....!"

"Ntah....maybe baby dah amik berat saya kot..."

"Mungkin la....baby dah amik sket tenaga mak dia...so zat-zat mak pun baby amik skali...tu yang kadangkala berlaku kes mak jadi kecik,susut berat badan tapi anaknya besar bila keluar...."

"Oooo.....ek?"

"Ermmm.....so kita jumpa lagi pada 9 Mei nanti yer...skang awak leh pegi amik ubat kat kaunter..."

"Ok, doc...terima kasih...."

Next destinasion...gi Pertama Complex then jenjalan kat Sogo dan KLCC ngan Ayu....hehehe....

Thursday, April 10, 2008

Birthday Present.....


4hb April 2008 yang lalu....


Genap aku berusia 26 tahun....


Tahun ini kali pertama sambut besday sebagai seorang isteri....


Terharu giler dapat ucapan 'hepi besday' dari kawan-kawan....


Yang aku tak sangka makhluk tu nak wish aku pun, leh wish kat aku....


Huhuhuhu......


Tapi paling terharu dan surprise bila dapat present dari my lovely hubby......


"Tima kasih sayang......luv u.....muahhhh!!!"


Besday present dari dear.....Nokia N95....

Mereka....


Budak nie memang nakal tau! serupa macam perangai aunty dia...

Degil lak tue...macam aunty dia gak!!!

Tapi dengar gak cakap...macam aunty dia gak lagi!!!

"Ajit kalo wat perangai lagi, aunty tak nak kawan...tau!"


Ayah adalah yang paling best sekali di mayapada ini....

suka nak wat 'muka' time nak amik gambo....

Sama jek pe'el kitorang anak-beranak.....kan?!?!

hehehehe........






Mak paling garang sekali di alam maya ini.....

hehehehee......

banyak kali aku kena cubit dan kena 'fire' ngan leteran dia kecik-kecik dulu....

dah besar pun aku kena 'fire' gak...tapi cubit dah takder dah!

Tapi pas aku kawin, mak aku dah tak berleter pun kat aku....

Skang pe'el semulajadi dia dah di'turun'kan kat aku....

dan yang menjadi mangsa leteran aku adalah dear!!!

heheheheee........



My big 'taiko'!!! Suka buli aku tak kira dalam apa jua keadaan...

Tapi skang aku dah kawin...tak leh nak buli aku dah!

hahahaha....YES!!!




Kak Liza.....a.k.a bakal kak ipar aku....yang best!

Tapi entah bila abang aku nak kawin ngan dia pun, aku tak tau...

Orang tua dah bising soh kawin.....diorang wat donno jek.....

Lantak ler diorang....




Mereka inilah manusia-manusia yang terpenting dalam hidup aku....selain dari dear...and coming soon little one....Mereka adalah family aku...Tanpa diorang....tiada aku dalam dunia ini....dan aku sangat sayangkan diorang....dan aku tahu...dah tentu mereka pun sayangkan aku!!!










Tuesday, April 1, 2008

Suasana Pagi ke Pejabat......

"Pagi yang gelap....

kini sudah terang....

aku adikmu dan engkau abang...."


Baitan lagu di atas tiada kena mengena dengan suasana pagi aku pada hari ini...


Kaitannya hanyalah kerana lagu itu ada perkataan 'pagi'..ada lagi lagu lain yang mempunyai perkataan 'pagi'..tapi aku memilih untuk tidak memasukkan kesemuanya kerana akan membazirkan masa aku....


Hari nie perjalanan ke opis berjalan seperti biasa....cuma yang membezakan hari ini dengan hari-hari yang lain adalah.....



Terdapatnya pelangi pagi (bukan pelangi petang seperti lagu Allahyarham Sudirman) ketika aku tersekat di dalam jam yang ermmmm.......macam biasa ar......Cheras......ermmmmm........(keluhan yang panjang). Kehadiran pelangi tersebut membuatkan aku rasa kagum....sempat gak aku ambik camera lalu aku 'snap' gambo pelangi tersebut.....nampak tak?!?! kalo tak nampak...alamatnyer mata anda 'sparrow'...kihkihkihkih......



Pastu pulak..pagi aku yang nyaman lagi damai itu telah dicemari dengan rasa ke'bengang'an dan ke'bengkek'kan oleh seorang makhluk yang macam haremmmmmssssssssss sajer gayanyer ketika memandu kereta....lembap nak mampos!!!

Kalian perhatikan kereta 'savoc' ini.....kalo sekiranya kalian ternampak kereta ini di jalanan, jangan segan silu untuk 'menyucuk'nya bertubi-tubi.....kerana pemandu kereta ini tidak sedikit pun berasa tercabar dengan tindakan kalian.....dia wat bodooooooooo jek! Bodo punyer savoc!!!


Tapi walau sebengang mana pun pagiku yang damai pada hari ini....namun aku tetap berjaya meng'kontrol' anggun dan me'maintain' cun di dalam kereta.....

Aku berjaya mem'posing'kan diri sedemikian rupa sambil me'maintain'kan aper-aper yang patut sehingga la aku tiba di opis tepat jam 8.30 pagi....ermmm.....hebatkan aku?!?!