Romance.......
Apakah maksud romantik???
Bagi aku, definisi romantik adalah :-
- mendapat hadiah yang tak disangka-sangka dari pasangan (seolah-olah pasangan tahu yang kita memang nak kan sangat hadiah tu) tidak kira di waktu birthday kita ataupun hanya hari-hari biasa sahaja.
- candle light dinner kat mana-mana restoran yang tidak dijangka oleh kita...
- tiba-tiba pasangan masakkan masakan istimewa khas untuk kita (walaupun kita tahu pasangan tidak reti sangat masak atau memang semulajadi malas nak masak)
- mandi bersama sekali-sekala (opsss.....sedikit 18sx)
- jalan berpimpin tangan sentiasa (bukannya time nak lintas jalan sahaja)
- tiba-tiba pasangan dengan rela hati melakukan semua kerja rumah (menyapu sampah, basuh baju, lipat baju, cabut rumput depan umah dsb)
- pasangan sentiasa menghubungi kita untuk bertanya khabar ataupun berborak-borak kosong sahaja (seperti ketika mula bercinta dulu)
- pasangan sentiasa memuji kita kelihatan cantik,menawan,jelita dsb (tidak kira kita memakai baju apa) terutamanya ketika sedang bersiap ke kerja di pagi hari...
- pasangan sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan sayangnya kepada kita (even ketika kita mahu melelapkan mata)
- pasangan sentiasa memberikan ciuman yang tidak dijangka (sudden kiss) dan berjaya membuatkan kita terkesima dan terpana seketika....
- pasangan mendukung kita untuk ke bilik (opsss....lagi skali sedikit 18sx)
- kita sentiasa dapat morning note dari pasangan, dengan kata-kata yang indah dan berjaya membuatkan kita tersenyum malu....
- sesekali kita dan pasangan menghayati lagu cinta romantis sambil menari bersama.....
ermmm.....buat masa nie, aku rasa ini sahaja perkara-perkara romantik yang boleh membuatkan aku, sebagai seorang perempuan akan rasa seperti terbang di awan-awanan jika pasanganku melakukan perkara-perkara di atas.....heheheheeee...
apa-apa pun, ini adalah sekadar pandangan aku ke atas perilaku romantik itu....bagaimanapun terpulang kepada kalian bagaiman untuk mendefinisikan maksud R.O.MA.N.T.I.K itu sendiri....
sekian......