Monday, August 11, 2008

Lagu Yang Aku Tengah Layan Skang! part 2

Yang Pernah by Estranged


Silakan puas sudah disuruh
Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap
Lakukan apa saja yang kamu mampu

Sudahlah biar yang telah lalu
Lafazkan kesemua yang pernah ada
Akhirkan kalau ada masih tertinggal

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Tibalah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyuruh
Yang pasti yang panggil itu suci lagi

Berilah sedikit untuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarkan dia yang bilang jangan lagi

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa

Jangan luka yang lebih
Kerana tiada yang memberi
Tiada cuma untuk kamu disini

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa

Lagu Yang Aku Tengah Layan Skang! part 1

White Flag by Dido

I know you think that I shouldn't still love you,
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was there
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be.......

p/s: dedicated to me,myself,my better-half & our life

Current Mood.......

Skang nie mood aku tak berapa nak bagus sangat...
Maybe because of :-
i- kelaparan
tak having lunch lagi..takde orang nak tolong belikan makanan since aku sendiri tak larat nak jalan ke the mall yang aku rasakan sangat jauh itu...tahan lapo jek ler gamaknyer....

ii- ngantuk
tak cukup tido malam tadi...tido lambat even kepenatan mengemas own stuff after moving to gombak..lepak kat mamak ngan hubby until late nite sampaikan terlupa yang esoknya (hari ini) aku kerja and baju kerja tak gosok lagi....huhuhu....

iii- kekurangan
aku terasa 'kekurangan' dari pelbagai segi dan sudut....mental,fizikal,rohani dan jasmani,ekonomi,sahsiah diri dan macam-macam lagi....nak kena jadi 'strong girl' nie!!!

iv- keje dah abis
suma keja aku dah abis...memang best giler pun! tapi pastu ke'sangap'an lak...tak tau nak wat aper...dok melangut jek la aku skang nie....

v- Diner Dash
penat aku cuba mengabiskan game 'Diner Dash' nie...dah nak masuk sebulan dah, asik-asik kat Level 17 jek...tak berganjak-ganjak! Biler la aku nak melepasi ke Level 18 lak nie?!?!?Geram betol aku ngan game bodo nie!!!

vi- otak sengkak
fikirkan macam-macam yang telah berlaku ,sedang berlaku dan akan berlaku....penat otak nie...rasa macam nak buang jek otak nie ke sungai...biar aku takde otak dah....so orang-orang sekeliling takkan salahkan aku kalo aku buat benda hapehapentah...diorang takkan nak marah aku "xder otak ke?!?!?" coz memang takde,dah campak ke sungai dah...hahahahaaa.....

vii- buat dekkkk jek!
anto message kat mamat tu pun, dibalasnyer sependek-pendek dan seringkas-ringkas yang mungkin...macam bagi kat member jek....dedulu panjang jek messagenyer...ngadu lapo pun dibuat tak kesah jek...dah keliru kot,tak dapat lagi membezakan message aku ngan kawan...sumer nampak sama jek...baru la orang kata adil!

Dah....tu jek entry aku untuk kali ini...
Nie pun pasal untuk menghilangkan kesemua mood aku seperti yang di atas!
Adios.......

Thursday, August 7, 2008

R.U.N.N.E.R B.O.Y.........

si RUNNER BOY mula bangun awal pagi hari ini....

si RUNNER BOY mula mandi pagi hari ini....

si RUNNER BOY mula berkhidmat hari ini....

si RUNNER BOY mula menaburkan bakti hari ini....

si RUNNER BOY memulakan tugasannya hari ini....


"SELAMAT BERJAYA, RUNNERBOY!"

Wednesday, August 6, 2008

Since Semalam......

Since semalam....

Aku D.E.P.R.E.S.S.E.D!!!

Aku T.E.N.S.I.O.N!!!

Aku P.E.N.I.N.G!!!

Aku K.U.S.U.T!!!

Sumernyer disebabkan menguruskan hidop yang tunggang langgang nie..........

Bila la sumer nie nak berakhir...........?!?!

Thursday, July 24, 2008

Datang Rajin Tetiba Pulak Kannnnn........



Gambar di atas adalah gambar bubur jagung yang telah dibuat oleh aku, dalam cubaan pertama untuk memasak jenis resepi pencuci mulut melayu ini....
Walaupun presentationnyer tak berapa nak sama macam kat kedai, tapi rasa dia tetap sama...tetap kawwwww.....sedap!
Best, siot!!! =D
Weekend nanti aku nak try buat kuih kaswi lak....pastu nak try kuih bingka ubi lak!
Tetiba tebiat aku nie....datang lak perangai rajin nak mencuba resepi kuih-muih melayu sejak dua menjak nie......
So..aku ucapkan kepada diriku sendiri...
"Selamat Mencuba!"
hehehehee......

Hari Membeli-belah Sedunia

Last sabtu aritu adalah merupakan 'Hari Membeli-belah Sedunia' bagi aku & hubby...
Know why???
Celik jek mata dalam kol 8.30am, mandi dan bersiap-siap nak menjalankan misi yang telah dirancangkan sebelum ini...
Kami kuar umah dari pukul 10am pagi, gi sarapan kat Restoran Hassaniah kat area umah kami tu...
Pastu kami meneruskan misi untuk sepanjang hari tersebut....

Lokasi 1 : Mydin (Masjid India)
Waktu : 11.30am-12.30pm
Aktiviti : Membeli barang-barang mandian (kononnya kat Mydin lagi murah)
Kos : RM100++

Lokasi 2 : Sogo (Jalan Tunku Abdul Rahman)
Waktu : 12.45pm-3.30pm
Aktiviti : Membeli barang-barang untuk Andy (stroller,jumper,botol susu,alatan
mandian bayi,baju n seluar tido bayi)
Kos : RM400++

Lokasi 3 : Nasi Ayam Mencongkam (Jalan Gombak)
Waktu : 4.45pm-5.00pm
Aktiviti : Makan-makan setelah berlapar seharian
Kos : RM20

Lokasi 4 : Balik umah gombak
Waktu : 5.15pm-6.45pm
Aktiviti : saja lepak umah gombak, dah lama tak balik gombak....
Kos : takder..

Lokasi 5 : Tesco Hyper Market (Ampang)
Waktu : 7.15pm-8.30pm
Aktiviti : Membeli barang-barang keperluan dapur
Kos : RM110++

Lokasi 6 : Pasar Malam Indon (kat sebelah Tesco)
Waktu : 8.35pm-9.00pm
Aktiviti : Sajer jalan-jalan tengok suasana pasar malam indon yang tak pernah aku
pergi selama ini (huh...horror siot!)
Kos : RM3(beli buah mata kucing 1kg)

Lokasi 7 : Restoran NZ Curry House (Wangsa Maju)
Waktu : 9.30pm-12.00pm
Aktiviti : Melepak bersama dengan kawan-kawan dear yang baru sajer aku kenali (tak
pernah jumpa pun selama ini,kecuali si Fariz tu)
Kos : Free!!! (Fariz blanjer...hehehe..)

Selepas itu, kami pun menuju pulang ke rumah dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 1am....
Ermmmm....lama giler kami berada di luar rumah seharian ini....
Pas jek mandi tengah malam tu, terus membaringkan diri dan....
Fuhhhhhh........lega giler babi punyer lah!!!
Terasa alangkah nikmatnya berbaring atas katil setelah sehari semalam merayap...
Dan kami pun tertidur dengan nyenyaknyer sampai ke pagi esoknyer....



Dear sedang membelek 'BMW' yang terbaik untuk Andy....hehehe...



Dear sedang memilih 'jumper' yang cantik-cantik untuk Andy... =D

Friday, July 18, 2008

Muhasabah Diri....

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah.....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.



Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Wednesday, July 16, 2008

Lagi Versi Debat DSAI vs DAS

Dipetik dari tulisan : akhmarsari (i'd found it in Friendster)


"Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Aku percaya rata-rata penduduk kat Malaysia nih mesti tengok debat di antara DSAI dengan Dato Shaberry malam semalam..dan sekarang ni merupkan kali ketiga aku tengok menerusi laman web TV3! Bukan apa, aku cuma nak pastikan yang aku ni bukannya tak reti nak menaakul atau menilai dan mentafsir setiap kata hujah yg dikeluar oleh 2 orang pendebat tadi!
Dan sampai sekarang, waktu pon dah pukul 4.03pagi, aku masih tak dapat jawapan..sebenarnya, apa motif debat ni di anjurkan? adakah untuk membuka pekung DSAI pada zaman dia masih menuntut? ataupun untuk menunjuk-nunjuk? tapi setahu aku, pada dasarnya adalah untuk berdebat dengan hujah-hujah yg berkaitan dengan harga minyak dan pentadbiran kerajaan? tetapi..nyata Shaberry memperbodohkan dirinya sendiri dengan mengupas satu persatu kisah peribadi DSAI yg kononnya macam dia bagus sangat!
Kalau anda semua tidak tahu, Shaberry ni juga satu ketika dulu merupakan seorang pembangkang! Ah, baru naik jadi menteri tak sampai setahun dah nak tunjuk pandai..aku sendiri pun tak tahu dari mana datangnya ilham bodoh Shaberry untuk berdebat dengan DSAI sampai sanggup memperjudikan jawatannya sekarang ni! Berlagak je lebih masa berhujah..POINT zero..balik-balik cerita pasal benda yang sama!Lain yang orang tanya, lain yang dia jawab! Heran gak aku..tak cukup membaca kah?
Shaberry oh Shaberry, ko nak berdebat pasal kewangan negara dengan manusia yg pernah memegang jawatan Menteri Kewangan..nak berdebat dengan orang yang dah berkhidmat lama dalam kerajaan Barisan Nasional, tu la pasal sampai mulut kau pon berbuih-buih nak menjawab! DSAI baru pusing sikit, Shaberry dah kusut..sbb dia pon tak jangka yang DSAI akan buka semua cerita pasal IPP yg telah diluluskan! Dan anak-anak syarikat yang menguntungkan Petronas tapi merugikan Malaysia!
Shaberry dgn bangga dok cerita depan tv yg tindakan DSAI satu ketika dulu telah mengakibatkan peniaga-peniaga kecil bankrupt, kegawatan economi, kenaikkan harga barang..dan seterusnya! tapi aku mintak korang yg baca ni fikir sekejap..DSAI cuma mahu langsaikan hutang-hutang Malaysia pada masa itu dengan cara 'langsam' tanpa meminjam wang satu sen pon daripada bank dunia-IMF!
Cuba,anda-anda-dan anda, bayangkan..sekiranya Malaysia meminjam wang dr IMF, apa akan jadi? nk jd Thailand ke? Masa zaman kegawatan economi, Thailand pinjam wang drp IMF dan nasibnya, matawang BATH jatuh merundum..kita nak ke jadi macam tu?
Aku rasa Shaberry kena luaskan lagi pendidikan politik dia, siasat semua segala biji butir barulah debat jadi isu panas! ini, DSAI tanya lain Shaberry jawab lain, DSAI bukak isu lain Shaberry mulakan hujah dengan menyindir DSAI...tapi DSAI tak ade secuit pun mahu mengenakan Shaberry! Buktinya, DSAI pada akhirnya berkata, Shaberry masih banyak lagi peluang di RTM!!
Kalau benar lah debat ini nak membuka mata rakyat Malaysia seperti yg diperkataka oleh Shaberry, kenapa wakil wakil Menteri tak dijemput? kenapa Perdana Menteri mendiamkan diri duduk di sofa? Mana perginya suara suara lantang dalam Parlimen? Bukankah Malaysia ni di bawah pimpinan Menteri, kenapa yg hadir pun yg hanya pandai bersorak dan bertepuk sedangkan perkara yg didebatkan oleh Shaberry tidak masuk akal?
Dan diakhir debat pun Shaberry masih mahu mencerminkan kebodohannya yg ketara..pengerusi suruh gulungkan hujah..betullah apa DSAI buat! Fakta yang diberikan..simpul semua apa yg dibincangkan! Tapi, apa yang Shaberry buat? katanya, DSAI masih tidak berubah..ingin menentang kerajaan! Apa kait mengait demonstrasi tahun 1974 dengan dengan isu minyak yg didebatkan malam tadi? apa kait mengait konsert lucah artis tak bermoral dengan harga minyak Malaysia dan kadar inflasi?
Debat yg menjadi ilham terhebat Shaberry sepanjang memegang jawatan menteri ni sama sekali gagal..malah, Shaberry diberi peluang untuk tonjolkan kepada umum betapa cetek dan lemahnya dia mentafsir setiap fakta yg dikemukakan bertalutalu oleh DSAI!"



p/s : Logik @ Tidak Logik....Fikir-Fikirkan Sendiri...

Anwar Ibrahim VS Ahmad Shabery Cheek


Tarikh : 15hb Julai 2008
Waktu Siaran : 9.00pm - 10.00pm
Channel : TV9 (Dekat di Hati...)
Tajuk Perbahasan : Tukar Kerajaan Hari Ini, Esok Minyak Turun!


Aku mengikuti siaran perbahasan itu dengan penuh minat dan kusyuk sekali...

Mengikuti setiap hujah yang cuba dipertahankan oleh pihak pembangkang dan pro kerajaan yang dimainkan peranannya oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Dato' Ahmad Shabery (Menteri Penerangan), memang sesuatu yang jarang dapat dilihat secara 'live'..nak-nak di media elektronik yang serba 'kerajaan' ini...

Setelah mengikuti siaran dari mula sampai habis, di sini dapat aku simpulkan sesuatu..tak kurang juga terbitnya beberapa pertanyaan yang menujah di kepala hotak aku sebagai seorang rakyat yang memang 'buta' ekonomi ini (maklum la..tak pernah belajar subjek ekonomi langsung time study dulu)


Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah jelas terpancar kebijaksanaan dan kematangan Datuk Seri Anwar(DSA) dalam menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh tuan panel majlis mahupun si Dato' Ahmad Shabery(DAS) itu sendiri. Jika diteliti setiap bait percakapan, DSA tidak sesekali pun menyentuh tentang perkara lain selain daripada minyak dan harganya(yang menjadi 'main point' pendebatan)...tidak juga membuat spekulasi berbentuk serangan peribadi kepada DAS itu. Dapat diperhatikan dari mula hingga akhir, DAS sering menyerang dan menyentuh isu peribadi DSA yang ternyata sengaja bertindak memalukan dan mengaibkan DSA di khalayak ramai, di dalam dewan pendebatan itu secara khususnya, dan seluruh rakyat malaysia yang menonton pendebatan ini secara amnya. Dan DSA hanya tersenyum lebar membiarkan serangan peribadi itu sengaja dilontarkan oleh si DAS yang ternyata tidak matang dan bijak berbicara itu.(emosi sunggoh kamu ini!)

Mengapa aku kata DAS itu tidak bijak? (sedangkan dia pak menteri, sedangkan aku hanya si rakyat jelata).
Ini kerana ketika panel pembangkang bertanyakan tentang peruntukkan yang terhasil daripada keuntungan yang diperoleh negara dan telah ditetapkan untuk memajukan infrastruktur dan pengangkutan awam yang semakin merosot di negara ini, namun tiada sebarang perubahan untuk kesenangan rakyat dipersoalkan, si DAS itu pula menjawab dengan kenyataan mengenai kedudukan DSA di dalam kerajaan ketika 10-20 tahun yang lalu, yang mana DSA tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan isu minyak pada ketika itu. DAS memberikan hujah bahawa DSA sibuk mengajak para penuntut universiti pada ketika itu untuk melakukan perhimpunan di jalanraya (?!?!). DAS berhujah dengan penuh hebat sekali sehingga loceng tamat masa dibunyikan...

Sebagai rakyat yang mengikuti pendebatan dengan penuh minat, aku tertanya-tanya...
"Mana bahagiannya percakapan si DAS ini yang berkaitan dengan 'infrastruktur dan kemudahan awam' itu???". Aku jadi blur seketika... "DAS tak menjawab soalan langsung!"
Menteri apakah ini??? Soalan yang terang lagi bersuluh itu pun tidak dapat dijawab dengan tepat dan jitu...malah menyimpang jauh dari soalan yang diberikan!
Ternyata DAS bukan sahaja berhujah berdasarkan fakta isu semasa, malah berdasarkan emosi juga. (tu pasal la dia selalu buat serangan peribadi)

Apabila tiba giliran DSA untuk menjawab soalan yang bakal ditanya oleh panel pro kerajaan, aku sekali lagi kehairanan. Pihak panel pro kerajaan itu sedang bertanyakan soalan kah? (panjang lebar soalannya) atau sedang membuat ulasan sendiri?
Sepatutnya soalan yang berbentuk 'benar-benar' soalan berasaskan kemusykilan yang perlu diajukan kepada DSA, dan bukannya ulasan beremosi yang dirasakan ia adalah soalan!!! "Apa jadi dengan orang-orang kerajaan nie? Belajar tinggi-tinggi, inikah 'hasil'nya?" Sudahlah si pendebat pro kerajaan itu tidak menjawab soalan, yang si panel pro kerajaan yang tugasnya bertanya soalan itu pun tidak bertanya dengan betul!!! Itu semua membuatkan DSA tersenyum lebar sahaja...."anak-anak.." mungkin kata hatinya... (hahaha)

Ulasan akhir (sebagai penutup pendebatan) yang dihujahkan oleh DSA semuanya berasaskan fakta dan kata-kata yang bernas dan difikirkan logik bagi beliau yang mewakili pemikiran rakyat jelata yang tersepit dengan kehidupan yang meruncing kesan daripada kenaikan harga minyak pada masa sekarang. Manakala ulasan DAS pula lebih kepada menidakkan hak rakyat dengan menyatakan tidak ada salah dan kurangnya pemerintahan pada zaman Perdana Menteri sekarang ini (sambil menyerang DSA lagi sekali secara peribadi). Secara tersiratnya kata-kata beliau (yang dapat aku tafsirkan secara peribadi) ialah mengajak semua rakyat untuk bersatu padu melaungkan seruan 'Marilah Menjilat Bontot Kerajaan!"

Di akhir siaran, dapat aku perhatikan keceriaan dan keseronokkan yang terpancar di wajah DSA dan isteri yang sangat berpuas hati kerana diberi ruang dan peluang (walaupun hanya dalam masa sejam diperuntukkan) untuk menyatakan dan meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, yang sedikit (jika tak sebanyak) mewakili suara rakyat. Terima kasih Datuk Sri!!!

Setelah siaran berakhir, aku musykil...kenapa Menteri Penerangan(merangkap menteri RTM) yang harus menjadi 'lawan' debat kepada Penasihat PKR ini??? Isu yang diperdebatkan adalah isu minyak petroleum dan harganya....jadi, kenapa tidak menteri yang berkaitan dengan harga minyak ini yang menjadi 'sparing partner' dalam debat ini???Kenapa tidak menteri perdagangan antarabangsa & industri yang ambil tanggungjawab untuk sedia berdebat dengan Penasihat PKR tersebut??? atau menteri sumber asli??? atau mana-mana menteri yang ada kaitan dengan isu harga minyak dan petroleum ini???
Kenapa menteri penerangan??? Adakah kerana namanya 'PENERANGAN', so beliau WAJIBlah menerangkan dengan sejelas-jelasnya ( walaupun tidak membantu sedikit pun penjelasannya itu) tentang isu hangat ini???Mungkin YA-lah kot....

Apa-apa pun...jelas lagi terpancar bahawasanya orang-orang KERAjaan ini memang suka bercakap melebih-lebihkan EMOSI daripada keLOGIKan fakta & akal....

Aku, sebagai seorang rakyat yang hanya hidup kais pagi makan pagi ini, hanya mampu mengulas dan memberikan pandangan peribadi aku di sini sahaja...di blog peribadi aku ini. Di sinilah segala luahan pendapat yang berbaur suka, duka dan amarah dapat aku curahkan....tanpa perlukan perhatian daripada mana-mana pihak untuk 'take action' dengan apa yang aku tuliskan di sini....

p/s : "Nasib kamu-lah,wahai si 'Penjilat Bontot'...kamu memang ditakdirkan hidup sedemikian.."