Monday, April 28, 2008

Paip Ajaib.....



Gambar nie aku amik masa aku on da way balik ke Gombak....

Paip ini aku katakan ajaib kerana dia berdiri teguh dan kelihatan seperti tergantung di atas tangki air yang besar....

Akibat rasa pelik dan kagum yang teramat, maka aku mengambil gambar ini dan diabadikan di sini.....

hehehehee..........

Lokasi : Pandan Indah.....

Selipar Comelku.............

Aku sangat suka dengan selipar yang aku pakai dalam rumah nie....
Selipar ini sangat cute sekali!
Disebabkan selipar ini la, maka kucing jiran sebelah yang bernama DOL selalu nak cari gaduh dengan selipar aku nie....
Ada jek benda yang si DOL itu tak puas hati, maka dia akan menerkam dan menggigit-gigit dan mencakar-cakar seliparku ini....
Disebabkan itu, seliparku ini terdapat banyakkesan gigitan dan cakaran si DOL itu...
Mongok punya DOL....!!!


Friday, April 25, 2008

Hanya Kau Yang Mampu......

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
* Lagu yang aku layan buat masa skarang nie....dedicated to myself.....hehehee....

Thursday, April 24, 2008

Poem - Hak Individu......

Ternyata masa telah banyak mengubah seseorang.....
Manusia berubah mengikut peredaran masa....(sama jek ayat?!?!)
Tak kira di mana-mana laman web pun....
Tak kira di mana-mana ruangan bicara pun....
Friendster, Myspace, Blogspot, Yahoo Messsanger dan lain-lain....
Aku tetap menanti dan terus menanti.....
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.....
Sesuatu yang aku rasa perlu....
Tetapi TIDAK bagi orang itu....
Bukak laman milik insan itu, terpampang komen DIA....
Bukan laman milik insan ini, terlihat komen DIA....
Bukak laman insan yang lain, ada lagi komen DIA.....
Komen DIA...Komen DIA.....Komen DIA.....
Bukak laman milikku......KOSONG...........
Tapi, apa boleh aku buat....
Itu adalah hak individu....
Tidak kira boleh diterima ataupun tidak.....
Ia tetap hak individu....
Maka....
Dengan itu....
Aku pun bertindak atas alasan sebegitu...
Ia Hak Aku!!!

Al-Kisahnya.............

Kisahnya bermula di sini....di kawasan perumahan aku......



Bendera parti yang berkuasa berkibar dengan megahnya, menuntut keadilan bagi penduduk setempat yang ternyata sedang marah dengan kejadian yang berlaku.....

Orang ramai berkumpul...tetapi bukan untuk demonstrasi mahupun rusuhan....hanya mahu menuntut pembukaan jalan utama taman perumahan ini yang di'cantas' sekian lamanya oleh pihak 'Grand Saga Corp.'

Seorang 'badan sibuk' cuba untuk mengumpul maklumat kejadian dengan menggunakan method beramah-tamah dengan para aktivis a.k.a penduduk setempat yang lain....




Para aktivis a.k.a penduduk setempat duduk berkumpul sambil sok sek sok sek....

Mereka masih lagi sok sek sok sek.....sekaligus menunjukkan kesepakatan tidak kira perkauman.....

Kehadiran polis yang cuba membuat 'gempak' walaupun para aktivis a.k.a penduduk setempat berlagak relax jek....

......dan si 'badan sibuk' itu masih lagi mengorek maklumat di situ sambil membiarkan isterinya yang kelaparan menyaksikan kejadian dari kejauhan.......

Wednesday, April 23, 2008

Hari Minggu yang Me'rajin'kan.....

Hari Ahad yang lalu, tiba-tiba dear bersikap sangat rajin untuk melakukan aktiviti peng'kebun'an di belakang rumah yang hanya memiliki 'sekangkang kera' tanah sahaja.....
Sementara aku pula ber'senang-senang'an di dalam rumah...
sambil baring menonton tv dan baca paper....
Ahhhh.......bahagianya hidup!


Dear berkebun sambil ditemani oleh 'anak angkat' kesayangannya, si Dol......

Sebelum Kejadian, Selepas Kejadian.....(part 1)

Nak dijadikan cerita pada Sabtu lepas aku telah bermimpi makan nasi berlaukkan kari kepala ikan yang sangat sedap dan mengeliurkan di mayapada ini....kelazatannya tidak terhingga!!!
Maka sejurus selepas aku bangun dari tidur, aku call dear...(dear kat opis)
Selepas dear balik dari kerja, dear terus bawak aku gi kedai makan yang ada menjual kari kepala ikan yang paling best in town!
Dan ternyata....memang best giler kari kepala ikan tu!!!

Sebelum kejadian.....


Selepas kejadian.....


Muka insan yang ke'puas'an dapat kari kepala ikan, mengalahkan isterinya yang sedang mengidam!!!






Friday, April 18, 2008

Mimpi....

Disebabkan aku ke'boring'an sepanjang hari ini, maka dengan rajin hatinya aku menulis dalam blog ini...

Pagi tadi aku bangun tido...
Terasa mengantuk sangat...tak cukup tido....
Malam tadi aku bermimpi...
Aku tak ingat sangat apa mimpi tu...tapi yang aku ingat aku bersama ex-boyfriend aku yang pertama dahulu...
Dalam mimpi tu, aku masih lagi single,anak dara sunti....(hehehe...)
Dalam mimpi tu, situasi kami macam busy jek....looks like doing some preparation for ceremony...
Majlis apa, aku tak pasti....tapi aku sedang menyiapkan gubahan untuk hantaran....
Manakala ex-boyfriend aku tu pulak sedang sibuk menyusun perabot....
Seingat aku lokasinya adalah di rumah dia....
Dan aku pada ketika itu sedang berusaha menarik perhatiannya kembali....
Dan kami sedang cuba memperbetulkan hubungan kami....
Dan kami berbual mesra sepanjang majlis tersebut.....

Ermmm.....tu jek mimpi aku malam tadi....
Sekian.....

Emosiku....

Entah kenapa, sejak dua menjak nie angin aku tak berapa nak baik...
Hari-hari nak baran....ada jek yang tak kena....
Baru tadi aku boleh bergelak ketawa, bergurau senda....tapi kemudian nanti aku jadi marah, muka masam, itu tak kena ini tak kena.....
Aku pun tak tahu kenapa dan apa yang terjadi pada diriku ini....
Kadang-kadang aku rasa macam nak manja-manja ngan dear...tapi pastu terus tak jadi!
Aku jadi macam malas nak manja-manja, malas nak bergurau senda...aku terasa macam nak wat hal sendiri jek...
''ish....teruknya aku nie..."
tapi, seriously.....aku tak tahu kenapa emosi aku cepat sangat berubah dalam sekelip mata saja....
Aku rasa kadang-kadang tu aku macam jadi orang lain lak....bukan jadi diriku yang sebenar...
Aku nie dah sememangnya seorang yang baran....tapi bila emosi kerap terganggu macam nie, menjadikan aku nie seorang yang lagi bertambah baran, lagi bertambah kuat marah......
Ada jek yang tak kena kat mata aku nie...
Dear buat itu, tak kena.......dear buat ini, tak kena......dear tak buat apa-apa, lagi tak kena!!!
Cepat jek aku nak marah dia....
''Kesian dear....." tapi.......
"ermmmm......ntah la...."
"Macam-macam la aku nie...."

Buah Hatiku......


Minmin.....cakkkkk!!!!

Minmin nak main ngan kakak yer....

Minmin kenyang...baru pas makan bubur...


Minmin terkejut tengok camera yer...???hehehe.......

Cian Minmin....kena 'chicken-pox' rupanyer....