Friday, October 9, 2009
Budak Kecik Yang Notty!!!
Busy+Limited Energy = Penat Weh!
Kali nie tugasan aku kena wat Hotel Survey....
So kena gi sumer hotel yang ada kat Perak including Cameron Highland, yang ada dalam list tugasan nie...
Kali nie aku kena gi ngan partner dari Tourism Johor...
So sepanjang minggu nie aku sangat la busynyer...
Maklum ler...busy aku nie busy bermusim...
3 bulan skali baru busy...
Lagi 2 bulan tu ala-ala jek la....
Dalam masa yang sama aku kena settlekan hal kewangan aku nie...
Call bank itu...call bank ini...call bank sana....call bank sini....call bank sinun....
Macam-macam perkara yang perlu dilakukan...
Dan seperti sedia maklum, bank-bank nie operatornyer macam celaka!
Kejap pas kat orang tu...kejap pas kat orang nie...pas sana....pas sini....
Last2 talian terputus!
Macam haram....kan???
So tergendala semua kerja aku...
Yang sepatutnya boleh settle sehari, dah kena jadik berhari-hari....
Aku rasa aku la manusia paling penyabar la kat muka bumi nie dalam seminggu nie...
Alhamdulillah....rupanyer penyabar gak aku nie....
Dalam pada penyabar tu, berbakul-bakul gak ler aku maki bank-bank nie...
Hahahahaa........
Penyabar ler sangat!!!
Jangan sampai aku wat dekkkkk jek ngan sumer hal-hal nie...!
Itu jam kalu....aku sendiri la padan muka...kan!
Dengan keadaan aku yang dah pregnant 5 bulan lebih nie, kadangkala energy aku limited...
Aku tak mampu sangat nak bergerak cergas...
Walaupun aku still mampu untuk menjadi seorang momma yang hot (hahahaaa....), tapi kadangkala aku jugak akan menjadi lesu tatkala penggunaan tenaga yang melampau sepanjang hari...
Nak-nak apabila anak bujang sorang tu yang semakin lasak ya rabbi!
Kadangkala aku sampai tak mampu nak melayankan kelasakkan Andy tu...
So aku biarkan jek dia nak buat apa-apa pon...
Nak panjat kerusi???panjat laaaa...
Nak guling-guling kat lantai???guling la....
Nak lompat atas katil??lompat la....
Nak baling botol bawah sofa???baling la....
Nak nyorok bawah meja makan???nyorok la...
Nak main tekan-tekan remote aircond???main la.....
Andy bebas untuk melakukan apa saja yang dia suka...
Tapi sudah semestinya dengan pemerhatian aku la....
Mau tak cuak kalo tetiba jek sedar dia dah main air dalam bilik air sampai lencun baju???
Hishhhh....kot jadik ape-ape kang!!!
Itu aku memang pantau secara ketat la....
Sejak dah pandai berjalan nie, Andy dah tanak berdukung sangat.....
Asik meronta soh letakkan dia kat bawah...
Dia nak berjalan sendiri...
Pimpin tangan pon dah takmor dah...
Eksyen kamu, yer!!!
Seriau jek aku kadang-kadang dia main lari jek ikot suka dia...
Ntah mana hala ntah....
Dengan keta and motor yang sentiasa lalu-lalang depan umah....
"Awak tu dah ler 'lesen L' lagi!" semput aku kejarkan dia berlari....
Bila pikir balik, budak kecik memang ler cenggitu...
Mana dia tau pape...
Yang dia tau, dia dah pandai jalan...so berjalan jek la kejanyer...
Mesti lah dia aplikasikan pembelajaran dan pengetahuan dia tu selalu...kan???
Nasib ar mommy kan....
Hahhahaaaaaa.....
Memang agak penat...
Nie dalam perot nie....
Aritu gi scan baby kat Klinik Mediviron....
Cam biasa, Doc Ros yang scan...
Jantina nampaknyer ala-ala kabur sket la...
Tapi Doc Ros kata nampak macam lelaki...
"Takpe...next appointment kita scan lagi untuk reconfirmkan keh!" kata Doc Ros...
Ermmm....lelaki lagi eh???
Ermmm....okek!
Andy leh dapat geng nak main combat...
Hehehhee.....
Get ready jek lor....
Tuesday, October 6, 2009
Perbicaraan Yang 'Alahaiiiiii........'
Hari : Rabu
Waktu : 9.00am - 1.00pm
Tempat : Mahkamah Sesyen Sivil 4, Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur
Misi : Perbicaraan Kes Eksiden Tahun 2007
L : Lawyer
A : Aku
L : Boleh Cik terangkan apa terjadi pada 1.10.2007?
A : Saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa saya membonceng motosikal bersama suami.
L : Tahukah Cik dari mana dan mahu ke mana?
A : Saya dari arah Melawati dan mahu menuju ke Keramat.
L : Tahukah Cik di mana kemalangan itu berlaku?
A : Kemalangan berlaku di Jalan Wangsa...
L : Pukul berapa kemalangan itu berlaku?
A : Lebih kurang pukul 7.00 petang, sebelum waktu berbuka puasa kerana pada ketika itu bulan Ramadhan.
L : Boleh Cik ceritakan sedikit bagaimana kemalangan itu berlaku?
A : Setahu saya, kami dari arah Melawati mahu menuju ke Keramat den pada ketika itu satu teksi telah melakukan U-Turn di jalan yang lurus.
L : Adakah Cik membuat laporan polis selepas kejadian?
A : Tidak.
L : Mengapa?
A : Kerana saya berpendapat suami telah menyatakan di dalam laporan polis bahawa saya sebagai pembonceng motosikal. Oleh itu saya merasakan tidak perlu untuk saya membuat laporan polis.
L : Selepas pelanggaran, adakah Cik sedar diri?
A : Ya, saya sedar diri.
L : Boleh Cik ceritakan apa berlaku selepas itu?
A : Selepas kemalangan, terdapat orang ramai yang berada di restoran berdekatan yang datang menolong. Mereka telah mengangkat saya untuk di bawa ke klinik berhampiran.Tetapi klinik itu tutup dan tiada doktor bertugas kerana waktu rehat untuk berbuka puasa.
L : Apakah yang berlaku selepas itu?
A : Salah seorang dari mereka telah menelefon ambulans yang kemudiannya telah membawa saya ke HKL.
L : Adakah Cik dimasukkan ke hospital selepas kemalangan tersebut?
A : Tidak. Saya hanya dirawat sebagai pesakit luar dan selepas pekerja hospital melakukan 'dressing' ke atas luka saya, saya dibenarkan pulang.
L : Adakah Cik diberi sijil cuti sakit?
A : Ya. Saya diberi cuti sakit dari 2.10.2007 hingga 23.10.2007.
L : Adakah Cik mengalammi kecederaan selepas kemalangan tersebut?
A : Ya. Saya berasa sakit di bahagian jari kelingking kanan serta luka-luka di sekitar tangan kanan dan kaki kanan.
L : Di manakah Cik menerima rawatan?
A : Di HKL.
L : Semasa Cik bercuti sakit, apakah yang Cik dapati kemudiannya?
A : Selepas kemalangan, saya dapati jari kelingking kanan saya tidak dapat diluruskan dan berasa sakit.
L : Apakah tindakan Cik seterusnya?
A : Atas nasihat ibu saya, saya telah ke HKL pada keesokan harinya dan melakukan x-rayatas nasihat doktor.
L : Apakah yang didapati dari x-ray tersebut?
A: Daripada x-ray tersebut, berlaku keretakan pada tulang jari kelingking saya dan ianya perlu disimen.
L : Bila x-ray dilakukan?
A : Pada 9.10.2007.
L : Selepas kemalangan, apakah kesukaran yang dihadapi oleh Cik?
A : Selepas kemalangan, jari saya perlu disimen selama lebih kurang sebulan dan terdapat parut kekal di tangan dan kaki kanan saya.
L : Ok.Terima kasih, Cik.
A : Sama-sama.
Hakim : Saksi dilepaskan!
**Berlaku juga soaljawab antara aku dengan peguam pihak defenden, tapi aku malas nak taip!
Cuak giler...1st time datang mahkamah persekutuan, 1st time masok court, 1st time masok kandang saksi, 1st time ngadap hakim, 1st time kena soaljawab ngan peguam!!!
Teros terasa macam dalam citer 'Ally McBeal', siot!
Sekurang-kurangnya ada pengalaman masok court...hehehee....so leh tau camner cara-cara nak ngadap hakim dan kena soaljawab ngan peguam!
Thursday, October 1, 2009
Layannnnnnnnn............

Tengok muka Andy tu....
Sedap jek melayan 'feel' telinganyer dikorek oleh Daddy...
Andy suka telinganyer kena korek....
Kalo tengok Daddy tengah bersihkan telinga, dia pon tetiba sibuk jerit kat Daddy, mintak Daddy bersihkan telinga dia gak!
Pastu dia sengih-sengih jek...
Layan 'feel' ler tu...
Ekekekeeee.....

Little Chair For Little Andy....

Nie kerusi Andy...
Nenek yang beli kan....
Baru jek sampai dari kampung, tetiba nampak kerusi nie kat umah...
Andy sangat seronok dapat kerusi....
Kerusi comey nie Andy sorang jek yang muat nak duduk...
Orang laen sumer tak muat nak duduk...
Mummy tak muat nak duduk...
Daddy pon tak muat gak...
Nenek pon sama...
Pak Long apatah lagi!
Hahahaaaaaa.......
Kerusi nie ringan jek...
Andy boleh angkat sesuka hati dia then bawak ke mana saja yang dia suka!
Andy suka angkat kerusi nie then usung ke sana ke mari.....
Agaknyer dia nak tunjuk gagah kot!
Ekekeke.......
Tiada Apa Yang Menarik Di Hari Raya Melainkan.....

EVENT 1
Tarikh : 21hb September 2009 (sehari selepas Birthday Andy)
Hari : Isnin (Hari Raya ke-2)
Waktu : Lebih kurang 11.00am
Tempat : Rumah Mertua, Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka
Aktiviti : Sambut Birthday Andy yang ke 1 Tahun!
Tarikh : 24 September 2009
Hari : Khamis (Hari Raya ke-5)
Waktu: 7.30pm-8.30pm
Tempat: Eye-0n-Malaysia, Melaka
Aktiviti : Bawak Andy Jenjalan...
Friday, September 18, 2009
Mari Berbuka Puasa!
Hari : Rabu
Tarikh : 17 Septermber 2009
Waktu : 7.00pm
Lokasi : Western Food Restaurant, Keramat
Misi : Berbuka Puasa Bersama Sahabat....
Andy Jumpa Kawan Baru.....!
Hari : Selasa
Tarikh : 16 Septermber 2009
Waktu : 10.30pm
Lokasi : Restoran De' Giling, Pandan Perdana
Misi : Amik dodol kat Ayid & anto laptop kat Komak (kedua-dua misi gagal!)
Andy Di Nagoya.....
Andy ngan Daddy gi jenjalan dulu...Mummy nak carik kain sat!

Andy dah rambang mata...bukan pilih kain, x sabar nak merayap dalam gedung nie....
Mummy rambang mata tengok kain...Macam-macam jenis dan corak yang cantik-cantik...Tapi mission nak cari satu jek kain...tu pun nak tambah wat 'lining' sebab baju kurung Mummy amatlah jarangnyer...Hehehee....Andy sangatlah aktif merayap sehinggakan Daddy naik semput nak kejar dia...Seronok jek Andy menyelinap masuk kat celah-celah gelung kain..Mentang-mentang ler dia muat nak mencelah...Daddy kena always keep watching Andy jek...Sampaikan Mummy dah abis bayar kat kaunter, tercari-cari lak dua beranak nie kat celah kain mana menghilangnyer....Terpaksa ler Mummy wat misscalled kat Daddy...pastu abru ternampak Daddy kat satu side tu, tengah kejar Andy yang asik berjalan jek...jalan laju-laju lak tu!Macam dah pro jek yer...ekekekeee......
.jpg)





















