Hari Khamis aritu aku dapat SMS dari Kak Lin...
Dia kata ayah Fariz tengah sakit tenat...
Then Ogy call, bagitau ayah Fariz dah meninggal!
Aku terkejut...
Aku dah lama tak jumpa Fariz...
Kali terakhir aku jumpa dia masa kenduri kawin aku bulan Disember tahun lepas...
Dia datang meraikan majlis aku...
Who is Fariz???
.........................................................................
Fariz is one of my best buddy...
Aku dan Fariz satu sekolah semasa di Sek. Ren.Keb. Gombak Dua....
Tapi hanya ketika di darjah 6 sajer, aku sekelas dengan dia.....
Kelas 6 Dahlia...kelas pelajar-pelakar bijak pandai...
Tapi aku tak pandai...dan aku pun tak tau camner aku leh dimasukkan ke kelas pandai...
Dalam kelas tu ada 48 orang murid...
Dan aku di tempat ke-43 dalam peperiksaan...
Heheheheee.........
Aku budak jahat masa sekolah rendah dulu..
Selalu ponteng kelas...lepak kat stor sukan...tak pun kat stor buku-buku lama....
Tu tak kira lagi kena halau kelas tuh!
Geng ngan bohsia-bohsia junior.... (budak baru nak naik masa tu)
Lawan pengawas.....
Kena sebat ngan cikgu P.K.HEM....
Kena tarikh telinga ngan cikgu P.K. Kokurikulum...
Kena tengking ngan guru besar...
Hehhehee.....macam-macam hal ler....
Ok....stop! tu dah masuk bab lain.....
Berbalik kepada kisah Fariz nie tadi...
Bila masuk sekolah menengah, kitorang ditakdirkan satu sekolah, iaitu di Sek.Men.Keb. Taman Melati, Setapak....
Dan kitorang sekelas...
Mula-mula masuk Tingkatan 1 Cempaka...
Kelas 1 Cempaka nie adalah di dalam golongan 3 kelas atasan yang terpandai di antara 11 kelas yang ada, yang mana murid-muridnya bijak pandai belaka....
Dan sekali lagi aku tak tahu macam mana aku leh masuk kelas budak-budak pandai nie...
Masuk Tingkatan 2 dan 3, aku dah tak sekelas dengan Fariz...
Aku masih lagi kelas Cempaka...dan dia masuk ke kelas Angsana...
Dan kami masih lagi dalam golongan kelas 3 atasan....
Masuk Tingkatan 4, aku dan Fariz sekelas lagi....
Tingkatan 4 Science Beta.... (pure science stream)
Dan di Tingkatan 5 pun sekelas gak...Tingkatan 5M2.....
Nama kelas ditukar mengikut ejaan 'M.E.L.A.T.I'..... (idea pengetua ler tu)
Kitorang memang bestfriend.....
Dan kitorang ada 5 lagi bestfriends.....
Selain aku dan Fariz..Mirul,Eric,Arif,Echa dan Ogy.....
Diorang sumer bestfriend aku....
And we are 'F.R.I.E.N.D.S'!!!
By that, we really know each other...really close....really know our parents...
From that, we know Fariz's papa.....'UNCLE SHAMSUDDIN'
............................................................................
Uncle seorang yang sangat baik...
So soft spoken, open minded, treat us like friends.....
Jarang tengok uncle marah-marah...maybe dia jenis yang tak pandai nak marah-marah kot...
Uncle selalu senyum...and non-smoker person...
Muka dia nampak cam always smile....da coolest person i ever met.....
Dan disebabkan wajah cool itu lah maka aku tak sangka rupa-rupanya uncle ada penyakit...
Dan uncle meninggal Jumaat lepas disebabkan penyakit itu...
Uncle diserang penyakit 'High Blood Pressure' + 'Heart Attack'....
Dan kedua-duanya datang serentak...
.........................................................................
Kitorang berenam dah dapat tahu tentang berita kematian uncle...
So masa malamnyer tu kitorang pergi ke rumah Fariz ...
Bertujuan nak melawat dia and family....
Tapi kitorang pergi berlima jek...Arif tak dapat datang...maybe dia ada hal ler tu...
Mana tau leh tolong ape-ape yang patut masa kenduri arwah tu...
Seperti dijanjikan, pukul 8.45pm kitorang datang rumah Fariz....
Tak jauh pun dari rumah aku....
2-3 minit dah sampai...kalo naik keta or motor ler...
Kalo jalan kaki, maybe dalam 15-20 minit gak ar.....
Dah sampai depan rumah Fariz...
Keadaan tenang dan sunyi...seperti tiada sebarang kematian berlaku dalam rumah itu...
No kenduri....no relatives....
Kitorang dah musykil....
Tapi bila Fariz kata "Skang nie kan bulan posa, so buat tahlil kat masjid jek...senang sket.."
Ooooooo.......
Fariz hidangkan air teh 'o' panas ngan kuih-muih dan kurma...
"Nie dah macam datang bertandang time raya dah nie...." hati aku musykil lagi...
Kitorang berborak ler....
Fariz pun citer ler what exactly happened to his papa.....
Borak punya borak, tak sedar dah pukul 11.00pm....
Mirul dan Eric ajak gi lepak kat Al-Malik.....
Tapi disebabkan Al-Malik full....kitorang decide lepak kat NZ Curry House......
Kitorang borak-borak ler...macam-macam cerita...
Maklum ler...dah lama tak jumpa, tak gathered macam nie....
Then Mirul tiba-tiba bersuara "Akhirnya bersatu....."
Aku tau maksud dia.....
Each of us tahu maksud dia...
Kitorang jarang berkumpul dan berjumpa....
Bila ada apa-apa hal jek baru berkesempatan nak gathered macam nie....
Dan kitorang appreciate sangat masa yang ada nie...
Dan kitorang kagum ngan Fariz...
Even papa dia dah meninggal, dia nampak sangat relaks....
Sudah tentu dia bersedih sebenarnya...
Dan dia cuba buat-buat happy...gelak-gelak....pretend like nothing happen....
Kitorang tak kesah pun dia nak bersedih...
Itulah tujuannya kitorang berlima ada bersama dia time tu...
Kitorang just nak chill him up...nak happy-happykan dia....
Itu jek yang mampu kitorang berlima tolong...
Dan Fariz makan sangat banyak pada malam tu....
Takpelah....
Asalkan dia happy, kitorang pun turut happy gak....
Dan dia kata dia sangat appreciate dengan kedatangan kitorang malam tu....
"And that's what friends for....."
To Fariz & family : Salam takziah dari nofa dan nazri.....
Al-Fatihah to Uncle......
1 comment:
weh ni fariz rhb kan..
kesian dia beb..
tp nak wat camne, da smp ajal..
ko bila nak meletup ni?
Post a Comment