Thursday, January 31, 2008

Flue + tak boleh makan ubat = pregnant



Hari nie aku diserang penyakit selsema.....sejak malam tadi aku dah rasa hidung aku nie semacam jek...tekak pun sakit sket-sket...mata jadi panas sket-sket...aku dah agak arini mesti aku selsema punyalah! dan memang betul tekaan aku....
Aku tahu...punca selsema aku nie adalah jangkitan dari dear yang terlebih dahulu rasa gatal-gatal kat hidung dia semalam....dan dia bersin banyak kali....dan virusnya telah merebak dan terkena aku!
Aku rasa sangat tidak selesa sekarang....seharian aku 'layu' di opis...sambil menyudahkan kerja + tidur + makan roti bakar.....banyak kali aku terbersin...dan secara tak langsung aku menyebarkan jua virus selsema ini kepada orang-orang di opis ini...hahahahahaaaaaaa!!!

Aku call mak aku dan bagitahu pasal virus ini...mak aku melarang aku memakan sebarang ubat tanpa nasihat dari doktor....mak aku kata "orang mengandung tak leh makan ubat sebarangan...pegi jumpa doktor dulu....even panadol pun tak boleh!"
erkkkkk....abis tu,aku nak makan ubat aper jek?!?!? hidung dah makin berat nie.....
nak tak nak,aku terpaksa melayan air panas dan sebarang makanan yang panas-panas untuk membuatkan hidung nie lagi selesa...huhuhuhu......
sekarang nie aku tengah pekena roti bakar + milo panas = sangat best!!!!
Dear lambat amik arini....dia kene abiskan gak buat report arini atas paksaan dari boss dia yang kepala botak tengah itu!!!hahahahahhaaaaa..............
Sementara aku pulak terus terkulai layu tak bermaya di depan PC nie sambil menaip blog dan menunggu panggilan dari dear dengan ayat lazimnya "lagi sepuluh saat i sampai!".......

Wednesday, January 30, 2008

Cute + Sempoi.....

Skang dah pukul 5.25pm....lagi 5 minit aku dah boleh balik kerja mengikut waktu kerja berperingkat yang dibuat oleh kerajaan....tapi aku bekerja dengan badan berkanun....tapi tetap peraturannya seperti orang kerja kerajaan juga....

Malam tadi aku menghabiskan kerja-kerja peng'edit'an borang survey hotel di rumah....dear turut membantu dengan penuh kerelaan...tapi untuk sejam pertama sahaja....masuk jam berikutnya,dia melakukannya atas dasar paksaan dari aku....hahahaha....
Nak tak nak dia menyudahkan semua kerjaku....sesungguhnya dia seorang suami yang baik hati...
Sebelum buat kerja, kami masak untuk makan malam.....aku masak sambal ikan bilis dan lempeng (atas permintaan tekaknya) untuk dia sementara aku hanya makan roti bakar sahaja (mengikut tekakku)...
Selesai makan,dear membasuh semua pinggan,mangkuk, kuali dan cawan yang digunakan untuk masak...aku memerhatikannya dari meja makan.....sesungguhnya suamiku kelihatan cute apabila membasuh pinggan mangkuk sambil memakai sleevesless dan berkain pelikat sahaja....heheheee.....
Suamiku memang seorang yang sempoi.....


5.30pm dah....time untuk balik....babai!!!

Tuesday, January 29, 2008

1 Bulan 7 Hari....



Hari ini, 29hb Januari 2008....genap sebulan 7 hari aku kawin. Genap sebulan 7 hari aku menjadi isteri orang. Genap sebulan 7 hari juga lah aku duduk berasingan dengan orang tuaku....



Duniaku kini hanya kepada suamiku yang tersayang...ermmm....macam tak percaya lak yer...rupa-rupanya aku dah kawin ek!hehehehee......


Budak-budak opis nie terejal..diorang cakap aku nie kawin ke tak kawin ke sama jek....gediks tetap gediks!hahahahahaaa.......


Ada perkara yang kita perlu ubah apabila kita sudah masuk ke alam rumahtangga...ada perkara yang tak perlu ubah pun..takkan kita nak menjadi 100% bukan diri kita bila dah kawin...kan?!?!

So plastik ler camtu....


Ok ler....aku nak sambung kejer....tapi ngantuk bangat nie!!!kejer banyak nak kena buat...tapi nafsu tidur mengatasi segalanyer la....huhuhuhu........


Gudnite......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........................................

Monday, January 28, 2008

Try To Fix.....

Hari ini lebih kurang sebulan seminggu aku memegang title sebagai seorang ISTERI...
Dan aku tahu...aku bukanlah berada di dalam golongan "isteri-isteri yang mencium bau syurga di bawah tapak kaki suaminya..." kerana aku tahu aku tidak sesempurna mana...tidak sehebat mana...tidak semulia mana.....

Aku hanyalah seorang perempuan yang menjadi pelengkap hidup untuk seorang lelaki....
Aku adalah seorang perempuan yang ditugaskan untuk melakukan segala kerja rumah dari pagi hingga membawa ke petang, di samping melayan kerenah dan kehendak sang suami yang disayangi...
Aku hanyalah si penggosok baju,si pembasuh baju, si tukang masak,si tukang kemas rumah yang tidak pernah memiliki sebarang pengiktirafan dari mana-mana pihak......
Aku hanyalah seorang perempuan yang sedaya upaya cuba untuk menjadi seorang wanita, seorang isteri dan insyaALLAH bakal menjadi seorang ibu.....

Aku admit....

"Syurga di bawah tapak kaki suami".....dan sekali sang isteri melukakan hati suami tanpa memohon kemaafan, sampai ke mati sang isteri hidup dalam kemurkaan ALLAH...

Nauzubillah.......

Ya ALLAH.....bimbinglah aku ke jalan yang benar......

Sesungguhnya hanya pada-Mu sahaja tempat untukku bergantung hidup......

Aminnnnnnnn.......................

Permulaan Kisah......

Hari pertama dalam pengaktifan penulisan blog....

Itupun setelah opis aku nie dah block website seperti Friendster, Myspace, Netlog, Hi5, Tagged..
So aku tak boleh lagi nak menulis di dalam blog Friendster....

Maka dengan itu.....

Lahirlah blog 'Epilog Si Pisau Cukur' ini - yang bakal diisi dengan pelbagai kisah suka duka perjalanan hidup seorang 'pisau cukur' setelah sebulan bergelar I.S.T.E.R.I.........

Sampai sini sahaja sehingga penulisan yang akan datang....

Tepat 1.00pm....lunch hour....

Bye.....