Monday, January 28, 2008

Try To Fix.....

Hari ini lebih kurang sebulan seminggu aku memegang title sebagai seorang ISTERI...
Dan aku tahu...aku bukanlah berada di dalam golongan "isteri-isteri yang mencium bau syurga di bawah tapak kaki suaminya..." kerana aku tahu aku tidak sesempurna mana...tidak sehebat mana...tidak semulia mana.....

Aku hanyalah seorang perempuan yang menjadi pelengkap hidup untuk seorang lelaki....
Aku adalah seorang perempuan yang ditugaskan untuk melakukan segala kerja rumah dari pagi hingga membawa ke petang, di samping melayan kerenah dan kehendak sang suami yang disayangi...
Aku hanyalah si penggosok baju,si pembasuh baju, si tukang masak,si tukang kemas rumah yang tidak pernah memiliki sebarang pengiktirafan dari mana-mana pihak......
Aku hanyalah seorang perempuan yang sedaya upaya cuba untuk menjadi seorang wanita, seorang isteri dan insyaALLAH bakal menjadi seorang ibu.....

Aku admit....

"Syurga di bawah tapak kaki suami".....dan sekali sang isteri melukakan hati suami tanpa memohon kemaafan, sampai ke mati sang isteri hidup dalam kemurkaan ALLAH...

Nauzubillah.......

Ya ALLAH.....bimbinglah aku ke jalan yang benar......

Sesungguhnya hanya pada-Mu sahaja tempat untukku bergantung hidup......

Aminnnnnnnn.......................

No comments: