There was an error in this gadget

Tuesday, March 22, 2011

Macam Mane Yer?!?!

Aku ada persoalan permasalahan yang perlu difikirkan dan perlu dikongsi...
Aku percaya, kebanyakkan mommies mesti mengalami masalah nie gak..
Persoalan permasalahannyer adalah bagaimana nak prevent anak2 kecil daripada mengikut/meniru percakapan/perbuatan orang2 dewasa yang tak berapa nak senonoh tu?!?!?
Aku sedang mengalami masalah ini sekarang...

Kelmarin Andy genap 2 tahun 6 bulan...
So dalam usia sebegitu, Andy banyak belajar sesuatu perkara/benda itu menggunakan kaedah tiru/ajuk...
Apa yang kita buat. itu yang dia ikot...
Apa yang kita cakap, itu yang dia ulang balik...
Proses pembelajaran dia kepada sesuatu perkara yang baru adalah melalui kaedah sebegitu...
Aku tak kesah dia nak tiru perbuatan/percakapan kita asalkan semua yang dicakap/dibuat itu adalah perkara yang baik2 sahaja...
Contohnya kalo aku cakap "Andy...jom makan!"
Then Andy akan ulang balik ayat aku "Mommy...jom makan!"
Kadangkala aku didik dia supaya dia tahu yang dia adalah seorang 'abang'...
Aku ajar dia cakap dengan adik dia...
"Andy...cakap dengan adik Fajar, "No, Fajar..." "
So Andy akan cakap balik ayat aku kepada adik dia "Fajar...No, Fajar!"
Itu kalo dalam situasi si adik buat sepah mainan...maka aku ajar si abang agar tegur si adik...
Kadang2 si abang pon ikot sama sepah jugak!
Tapi takpe..tu masalah lain...kita citer kemudian!

Yang menjadi problem di sini adalah apabila ada orang dewasa yang mengajar Andy yang bukan-bukan...
Ajar Andy cakap yang bukan-bukan...
Bukan ajar cakap lucah ke....tidak!
Tapi ajar Andy cakap "piraaaahhhhhhh......" or "tumbuk kang..." or "sebok lah!" or "apahal?!?"
Ajar Andy cakap those words dengan intonasi yang ala-ala kerek semacam jek....
So Andy pon terikut2 dengan apa yang diajar...
Then bila Andy terikot2, orang dewasa semacam enjoy pulak dengan aksi Andy tu....
It's kinda fun la konon!
Bila dah terjadi perkara macam nie, bila aku tegur Andy "Andy....No!"
Then Andy replied "tumbuk kang...." sambil tunjuk tangan penumbuk...
Perilaku macam nie boleh membuatkan mana2 parents pon terkesima dengan tindakbalas yang anak2 tunjukkan tatkala kita menegur mereka....
Aku agak terkejut juga bila Andy dah pandai bagi respons yang macam tu....
Bad responds.....

Aku tak tahu nak buat macam mana.....
Lagi merumitkan keadaan apabila yang 'mengajar' anak2 nie adalah orang yang rapat dengan kita...
Tak tahu nak tegur macam mana and nak tegur siapa...
Perlu tegur anak2 atau tegur orang dewasa tersebut???
Haisshhhhh......
Perlu duduk dengan tenang dan fikir permasalahan ini dan cara mengatasinya dengan cara yang relevan...
Errrmmmm.....
Perlu berbincang dengan pasangan tentang perkara ini....

6 comments:

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

nofa nampak nyer masalah org lg kronik sbb aqil x der or ajar dia sendiri ckp cth kick mummy ...n x leh kene tegor sbb dia sangat2 dimanjakan :P
eh org plak mintak tlg wakaka

~jeet~ said...

nofa, ni aku azita, kwn shasha..dah tukar link ke blog..hehehe..

rasanya start dengan orang besar yang ajar andy tu dulu, explain kat dorang elok knapa kalo boleh xnak andy pick perangai camtu..mungkin agak susah, tapi kalo ko asik ingatkan dorang, maybe dorang akan paham dan terima niat baik ko, insyaAllah..

-LaDy rAzOr- said...

ana: sharing is caring :-) aqil x leh dimanjakan sgt...tp maybe pas dia ada adik nnti, dia dah x manja sgt kot... :-)

azita: haishhh...ko dah tukar blog link ke?? siap tukar nama lg tu! ehehehe...anyway,thanks for the advise..aku pon berfikiran camtu gak..dah ramai yg aku tanyer pendapat, sumer lbh krg mcm ko ckp nie...

Mea Myra said...

darling...
hehe andy tau semua bende tu pastinya ada yg buat mcm tu depan dia.. so maybe dia fikir ooo mcm ni nk respond rupanya.. heheh

mcm scha kadang2 kita ade tercakap words" bodoh" mcm kete tetibe lintas kite then terkeluar ckp "bodoh"
then scha akan ikut "ish bodoh la car ni"
TAPI...

cepat2 kita betulkan.. "x baik ckp boodh nnt Allah marah".. so the next time bila kita tercakap lagi.. anak tu yg akan betulkan kit "mommy... x baik la ckp bodoh, nnt Allah marah" seee..

hehehe no worries nofa, andy kecik lagi senang nk betulkan dia balik. keep on tell him.. x baik.. so nnt bila dia dengar adults ckp mcm tu dia yg akan tegur org tu plak.. hehe

;) sharing is caring. ni ape yg jd in my real life la. sekadar berkongsi. hehehe love ya mommy! mwah

Haris Zuhaina said...

Betul kata myra... anak I siap betulkan cakap ayah dia... asyik cakap 'aku'... dia akan betulkan.. 'bkn aku..SAYA!!! tak baik nanti Allah potong lidah'
Kekadang kita nak ngajar kena berhemah pasal balasan dan akibat mulut yang celupar.... Tak pa, pelan2, budak2 nih cepat absorb tak kira baik/buruk... kekadang kita kena kekalkan depa dalam environment yang elok.. depa suka pasang telinga kalau kita org tunya bercakap ngan member... so, kita kena tukaq lah gaya bahasa kita bila depan anak2 nih...

-LaDy rAzOr- said...

myra: thanks,ira! baru nofa notice one thing...nofa jarang ajar Andy cakap "don't do this...don't do that..nanti ALLAH marah.."..nofa slalu cakap "nanti daddy marah" jek..next time should applicate word ALLAH to teach him la...kan??

haris:yup..kami mmg x cakap benda2 buruk depan andy...takot dia ikot kita cakap ape...