Tuesday, October 20, 2009

Macam Nostalgia Jek!


Aku sajer letak pic nie...
Nampak macam boleh ditafsirkan...
Dari picha nie jelas gambaran hubungan daddy and son...
Macam nostalgia jek....
Nostalgia...kan???
Ermmm....pandai gak aku amik gambo,kan???
Ekekekee....

Jenjalan Di Sekitar Kejiranan Di Malam Hari!

Sajer bawak Andy jenjalan memalam hari...
Bawak makan kat kedai makan berhampiran...
Andy sangat seronok dapat jenjalan....
Ibarat macam 'lepas kandang'-lah kiranyer!

Outstation!!!

Tarikh : 12 - 16 Oktober 2009
Waktu : 9.00am - 5.00pm
Tempat : Seluruk Perak & Cameron Highland
Misi : Oustation (Hotel Survey)



Catatan serba ringkas....


Hari Pertama - Wat survey kat daerah Parit Buntar, Taiping dan Bukit Merah...
Hari Kedua - Wat survey kat Lumut...
Hari Ketiga - Wat survey kat Pulau Pangkor...
Hari Keempat - Wat survey kat Ipoh...
Hari Kelima - Wat survey kat Cameron Highland seterusnya balik ke KL...

Taiping - Macam kelakar lak aku rasa papan tanda kedai tabib nie....




Guna GPS - tengok ar ceruk ladang mana ntah benda alah nie bagi direction!

Kesimpulan....

Survey memang menyeronokkan...
Tapi dalam masa yang sama memenatkan...
Nak-nak bagi pregnant lady cam aku nie...
Tapi takper...
Asalkan hasil kerja memberangsangkan, aku ok jek!

Aktiviti Hujung Minggu Kami Kali Ini!

Tarikh : 10 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Waktu : 1.00pm - 7.00pm
Tempat : Tesco Ampang & Jaya Jusco Keramat
Aktiviti : Spend Time Ngan Family Di Hujung Minggu



Tetiba tekak terasa 'gatal' lak nak makan nasi ayam...
Memula ingat nak gi makan Nasi Ayam Mencongkam kat Setapak tu...
Tapi pastu pikir balik, pekena Nasi Ayam Linda Onn jek la...
Then kami sepakat ke Tesco Ampang...
Pekena Nasi Ayam Linda Onn then beli sket barang-barang untuk Andy....



Seronoknyer budak kecik nie dapat makan nasik ayam ek...


Pas beli barang, jenjalan jap dalam Tesco tu...
Pastu daddy ternampak Kidz World...
Banyak permainan untuk kanak-kanak....
Daddy pun soh mommy tukar token....
Pastu daddy main ngan Andy....
Andy sangat seronok!!!


Andy pusing-pusing stereng jek...daddy yang main game tu!



Andy sangat teruja dapat main pusing-pusing stereng sambil kereta tu berhayun....



Pas puas main, baru mommy teringat nak belikan present untuk wedding kawan mommy...
So teruskan perjalanan ke Jaya Jusco yang baru bukak kat Keramat....
Jenjalan dalam Jaya Jusco tu..
Agak jakun la kejap sebab interior designnyer tak sama ngan Jaya Jusco Cheras Selatan, Bukit Tinggi mahupun Seremban 2....
Mommy busy pilih present...
Daddy kena layan Andy berjalan-jalan....
Then daddy dah penat....
Then daddy telah 'merompak' car trolly...
Ntah sapa-sapa punya ntah terbiar kat satu sudut tu...
Daddy main rembat jek!
Daddy letak Andy dalam keta tu...
Then daddy tolak trolly tu...
Andy sangat seronok!!!
Dia main pusing-pusing stereng kereta tu...


Andy seronok dok dalam car trolly nie....



Mommy pun dah wrapped wedding present tu kat service counter...
So sebelom balik, pekena teh tarik ngan melon juice kat Steven's Cafe...
Kepenatan lak jenjalan lelama...


"Andy, jom kita bergambo sementara daddy gi A&W dendiam jek, nak???"


Then tengok cuaca macam dah petang sangat dah...
Dah layak untuk mem'balik'kan diri nie...
So moh ler kita balik!

Cian Andy......Mommy Babap Daddy,Keh!!!

Date : 9 Oktober 2009
Time : 6.59pm
Venue : Taman Tasik Titiwangsa
Misi : Bawa Andy Main Playground Yang Besar dan Best Giler!!!




Al-kisahnyer....
Budak kecik ini tengah berseronok jalan ke hulu dan ke hilir...
Sumer mainan dia nak try...
Mommy ikutkan ajer...
Daddy tengah relax kat gazebo sambil smoking...
Termengah-mengah mommy nak mengejarkan budak kecik yang dah pandai berlari nie...
Maklum ler...mommy kan berbadan dua....
Pastu daddy lak take part...
Daddy perhatikan Andy main sambil ikut jek mana dia jalan...
Pastu nak dijadikan story, Andy terjatuh and kepalanya terhantuk kat palang besi salah satu mainan kat situ..
Nah....hamek benjol satu!
Andy meraung kaw-kaw punya.....
Mommy wat dekkk jek...
Daddy ar....sapa soh leka....
Daddy berusaha memujuk Andy sehabis baik...
Hahahahaaa..... (padan muka daddy.....)
Terus daddy ajak balik...
Dah...takyah main dah!
Dahi dah naik 'telor' dah....

"Cian anak mommy nie....sapa buat....daddy ek??? Mommy babap daddy ek!!!"

Daddy kata "takpe...baru la anak lelaki, ada benjol kat dahi! takder la orang asik dok tanyer Andy nie laki ke pompuan jek! Baru la ganas...kan,Andy!"

Huk aloh....yolah!


Friday, October 9, 2009

Budak Kecik Yang Notty!!!

TENGOK BUDAK KECIK NIE....!!!
Dia suka sepah-sepahkan surat khabar...
Dia suka sepah-sepahkan baju yang mommy dah lipat...
Dia suka sepahkan mainan....
Dia suka baling botol masuk bawah meja....
Dia suka panjat kerusi tinggi-tinggi....
Dia suka berjalan jek...
Dia suka jerit-jerit...
Dia suka nyanyi ntah ape-ape lagu ntah...
Dia suka cakap bahasa dia sendiri...
Dia suka babap mommy ngan daddy....
Dia suka gigit bucu bantal busuk...
Dia suka main tong sampah kat dapur...
Dia suka bukak-tutup-bukak-tutup kabinet dapur nenek...
Dia suka menyorok bawah meja makan....
Dia suka masuk dalam bilik air dendiam...
Dia suka main remote tv, aircond, dvd....
Dia suka masukkan jari telunjuk ke dalam hidong...
Dia suka jenjalan petang naik motor...
Dia suka main kat playground...
Dia suka naik-turun-naik-turun tangga....
Dia suka nak mengada-ngada kat mommy...
Dia suka tengok iklan kat tv!

Busy+Limited Energy = Penat Weh!

Next week (12 oct 2009 - 16 oct 2009) aku kena outstation ke seluruh Perak & Cameron Highland...
Kali nie tugasan aku kena wat Hotel Survey....
So kena gi sumer hotel yang ada kat Perak including Cameron Highland, yang ada dalam list tugasan nie...
Kali nie aku kena gi ngan partner dari Tourism Johor...
So sepanjang minggu nie aku sangat la busynyer...
Maklum ler...busy aku nie busy bermusim...
3 bulan skali baru busy...
Lagi 2 bulan tu ala-ala jek la....

Dalam masa yang sama aku kena settlekan hal kewangan aku nie...
Call bank itu...call bank ini...call bank sana....call bank sini....call bank sinun....
Macam-macam perkara yang perlu dilakukan...
Dan seperti sedia maklum, bank-bank nie operatornyer macam celaka!
Kejap pas kat orang tu...kejap pas kat orang nie...pas sana....pas sini....
Last2 talian terputus!
Macam haram....kan???

So tergendala semua kerja aku...
Yang sepatutnya boleh settle sehari, dah kena jadik berhari-hari....
Aku rasa aku la manusia paling penyabar la kat muka bumi nie dalam seminggu nie...
Alhamdulillah....rupanyer penyabar gak aku nie....
Dalam pada penyabar tu, berbakul-bakul gak ler aku maki bank-bank nie...
Hahahahaa........
Penyabar ler sangat!!!
Jangan sampai aku wat dekkkkk jek ngan sumer hal-hal nie...!
Itu jam kalu....aku sendiri la padan muka...kan!

Dengan keadaan aku yang dah pregnant 5 bulan lebih nie, kadangkala energy aku limited...
Aku tak mampu sangat nak bergerak cergas...
Walaupun aku still mampu untuk menjadi seorang momma yang hot (hahahaaa....), tapi kadangkala aku jugak akan menjadi lesu tatkala penggunaan tenaga yang melampau sepanjang hari...
Nak-nak apabila anak bujang sorang tu yang semakin lasak ya rabbi!
Kadangkala aku sampai tak mampu nak melayankan kelasakkan Andy tu...
So aku biarkan jek dia nak buat apa-apa pon...
Nak panjat kerusi???panjat laaaa...
Nak guling-guling kat lantai???guling la....
Nak lompat atas katil??lompat la....
Nak baling botol bawah sofa???baling la....
Nak nyorok bawah meja makan???nyorok la...
Nak main tekan-tekan remote aircond???main la.....
Andy bebas untuk melakukan apa saja yang dia suka...
Tapi sudah semestinya dengan pemerhatian aku la....
Mau tak cuak kalo tetiba jek sedar dia dah main air dalam bilik air sampai lencun baju???
Hishhhh....kot jadik ape-ape kang!!!
Itu aku memang pantau secara ketat la....

Sejak dah pandai berjalan nie, Andy dah tanak berdukung sangat.....
Asik meronta soh letakkan dia kat bawah...
Dia nak berjalan sendiri...
Pimpin tangan pon dah takmor dah...
Eksyen kamu, yer!!!
Seriau jek aku kadang-kadang dia main lari jek ikot suka dia...
Ntah mana hala ntah....
Dengan keta and motor yang sentiasa lalu-lalang depan umah....
"Awak tu dah ler 'lesen L' lagi!" semput aku kejarkan dia berlari....
Bila pikir balik, budak kecik memang ler cenggitu...
Mana dia tau pape...
Yang dia tau, dia dah pandai jalan...so berjalan jek la kejanyer...
Mesti lah dia aplikasikan pembelajaran dan pengetahuan dia tu selalu...kan???
Nasib ar mommy kan....
Hahhahaaaaaa.....

Memang agak penat...
Nie dalam perot nie....
Aritu gi scan baby kat Klinik Mediviron....
Cam biasa, Doc Ros yang scan...
Jantina nampaknyer ala-ala kabur sket la...
Tapi Doc Ros kata nampak macam lelaki...
"Takpe...next appointment kita scan lagi untuk reconfirmkan keh!" kata Doc Ros...
Ermmm....lelaki lagi eh???
Ermmm....okek!
Andy leh dapat geng nak main combat...
Hehehhee.....
Get ready jek lor....


Budak nakal nie hampir-hampir ilang masa wedding member aritu!



Tuesday, October 6, 2009

Perbicaraan Yang 'Alahaiiiiii........'

Tarikh : 30 September 2009
Hari : Rabu
Waktu : 9.00am - 1.00pm
Tempat : Mahkamah Sesyen Sivil 4, Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur
Misi : Perbicaraan Kes Eksiden Tahun 2007



Saman No : 4-53-87-2008
antara
1. Mohd Nazri Mahasan - Plaintif
2. Nor Fariza Yusop - Plaintif
dan
1. Mohamed A** bin Z**** - Defenden
2. Uptown***** - Defenden
(nama pihak defenden tidak dapat disiarkan kerana aku tanak kena saman!hahaha...)


L : Lawyer
A : Aku


L : Boleh Cik terangkan apa terjadi pada 1.10.2007?
A : Saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa saya membonceng motosikal bersama suami.

L : Tahukah Cik dari mana dan mahu ke mana?
A : Saya dari arah Melawati dan mahu menuju ke Keramat.

L : Tahukah Cik di mana kemalangan itu berlaku?
A : Kemalangan berlaku di Jalan Wangsa...

L : Pukul berapa kemalangan itu berlaku?
A : Lebih kurang pukul 7.00 petang, sebelum waktu berbuka puasa kerana pada ketika itu bulan Ramadhan.

L : Boleh Cik ceritakan sedikit bagaimana kemalangan itu berlaku?
A : Setahu saya, kami dari arah Melawati mahu menuju ke Keramat den pada ketika itu satu teksi telah melakukan U-Turn di jalan yang lurus.

L : Adakah Cik membuat laporan polis selepas kejadian?
A : Tidak.

L : Mengapa?
A : Kerana saya berpendapat suami telah menyatakan di dalam laporan polis bahawa saya sebagai pembonceng motosikal. Oleh itu saya merasakan tidak perlu untuk saya membuat laporan polis.

L : Selepas pelanggaran, adakah Cik sedar diri?
A : Ya, saya sedar diri.

L : Boleh Cik ceritakan apa berlaku selepas itu?
A : Selepas kemalangan, terdapat orang ramai yang berada di restoran berdekatan yang datang menolong. Mereka telah mengangkat saya untuk di bawa ke klinik berhampiran.Tetapi klinik itu tutup dan tiada doktor bertugas kerana waktu rehat untuk berbuka puasa.

L : Apakah yang berlaku selepas itu?
A : Salah seorang dari mereka telah menelefon ambulans yang kemudiannya telah membawa saya ke HKL.

L : Adakah Cik dimasukkan ke hospital selepas kemalangan tersebut?
A : Tidak. Saya hanya dirawat sebagai pesakit luar dan selepas pekerja hospital melakukan 'dressing' ke atas luka saya, saya dibenarkan pulang.

L : Adakah Cik diberi sijil cuti sakit?
A : Ya. Saya diberi cuti sakit dari 2.10.2007 hingga 23.10.2007.

L : Adakah Cik mengalammi kecederaan selepas kemalangan tersebut?
A : Ya. Saya berasa sakit di bahagian jari kelingking kanan serta luka-luka di sekitar tangan kanan dan kaki kanan.

L : Di manakah Cik menerima rawatan?
A : Di HKL.

L : Semasa Cik bercuti sakit, apakah yang Cik dapati kemudiannya?
A : Selepas kemalangan, saya dapati jari kelingking kanan saya tidak dapat diluruskan dan berasa sakit.

L : Apakah tindakan Cik seterusnya?
A : Atas nasihat ibu saya, saya telah ke HKL pada keesokan harinya dan melakukan x-rayatas nasihat doktor.

L : Apakah yang didapati dari x-ray tersebut?
A: Daripada x-ray tersebut, berlaku keretakan pada tulang jari kelingking saya dan ianya perlu disimen.

L : Bila x-ray dilakukan?
A : Pada 9.10.2007.

L : Selepas kemalangan, apakah kesukaran yang dihadapi oleh Cik?
A : Selepas kemalangan, jari saya perlu disimen selama lebih kurang sebulan dan terdapat parut kekal di tangan dan kaki kanan saya.

L : Ok.Terima kasih, Cik.
A : Sama-sama.


Hakim : Saksi dilepaskan!

**Berlaku juga soaljawab antara aku dengan peguam pihak defenden, tapi aku malas nak taip!



En.Belo kaku seketika di hadapan pintu masuk mahkamah sesyen sivil 4....

Cuak giler...1st time datang mahkamah persekutuan, 1st time masok court, 1st time masok kandang saksi, 1st time ngadap hakim, 1st time kena soaljawab ngan peguam!!!

Teros terasa macam dalam citer 'Ally McBeal', siot!

Gilek, ar!!!

Sekurang-kurangnya ada pengalaman masok court...hehehee....so leh tau camner cara-cara nak ngadap hakim dan kena soaljawab ngan peguam!
p/s : sahabat sekalian, sila pastikan anda belajar kemahiran memahami peta kawasan kemalangan yang dilukis oleh polis yang 'alahaiiiii......' dengan betol, yer...

Thursday, October 1, 2009

Layannnnnnnnn............



Tengok muka Andy tu....
Sedap jek melayan 'feel' telinganyer dikorek oleh Daddy...
Andy suka telinganyer kena korek....
Kalo tengok Daddy tengah bersihkan telinga, dia pon tetiba sibuk jerit kat Daddy, mintak Daddy bersihkan telinga dia gak!
Pastu dia sengih-sengih jek...
Layan 'feel' ler tu...
Ekekekeeee.....




Little Chair For Little Andy....


Nie kerusi Andy...
Nenek yang beli kan....
Baru jek sampai dari kampung, tetiba nampak kerusi nie kat umah...
Andy sangat seronok dapat kerusi....
Kerusi comey nie Andy sorang jek yang muat nak duduk...
Orang laen sumer tak muat nak duduk...
Mummy tak muat nak duduk...
Daddy pon tak muat gak...
Nenek pon sama...
Pak Long apatah lagi!
Hahahaaaaaa.......

Kerusi nie ringan jek...
Andy boleh angkat sesuka hati dia then bawak ke mana saja yang dia suka!
Andy suka angkat kerusi nie then usung ke sana ke mari.....
Agaknyer dia nak tunjuk gagah kot!
Ekekeke.......


Aksi Andy Tido.....

Aksi Pertama ~ 21.09.2009

Aksi Kedua ~ 22.09.2009

Aksi Ketiga ~ 23.09.2009


Aksi Keempat ~ 24.09.2009


p/s: macam-macam pe'el la Andy nie...hehehee.....

Tiada Apa Yang Menarik Di Hari Raya Melainkan.....

~ 20.09.2009 ~


"HaPpY BiRtHdAy tO aNdHiKa!!!"



EVENT 1

Tarikh : 21hb September 2009 (sehari selepas Birthday Andy)
Hari : Isnin (Hari Raya ke-2)
Waktu : Lebih kurang 11.00am
Tempat : Rumah Mertua, Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka
Aktiviti : Sambut Birthday Andy yang ke 1 Tahun!





Kek Birthday Andy... (thanks to Aunty Masz for da luvly cake!)





"Hepi Besday to U......Hepi Besday to U...." ~ cousins Andy nyanyi reramai....




Budak-budak memang suka makan kek coklat!



Aktiviti makan kek beramai-ramai...





EVENT 2

Tarikh : 24 September 2009
Hari : Khamis (Hari Raya ke-5)
Waktu: 7.30pm-8.30pm
Tempat: Eye-0n-Malaysia, Melaka
Aktiviti : Bawak Andy Jenjalan...


Tengah tunggu turn nak naik gondola....


Dalam gondola...Andy dok diam jek! Takut ler tu...ekekeke....



Baru pas turun dari gondola...Andy excited giler sebab banyak lampu kat situ!




Andy excited lari sana-sini, tengok macam-macam lampu berkelip...hehehe...