Thursday, July 23, 2009

Nawaitu + Impian + Harapan = Jadi Kenyataan?!?!

Nawaitu, impian dan harapan aku.....

1 - Nak kerja gomen yang TETAP!
4 tahun yang lalu aku berhenti kerja ngan RHB sebab dapat offer kerja ngan TOURISM MALAYSIA, badan berkanun yang separa gomen separa kerajaan...memang suker giler sebab gaji lagi tinggi dari kejer kat RHB. So start dari situ aku dah pasang impian nak kerja ngan gomen, taknak kejer ngan private company dah! Walaupun dah banyak interview gomen aku gi, and tak sangkut satu pon, aku still pasang nawaitu dan berharap aku akan kejer ngan gomen gak in future nanti! Dan aku takkan putus asa untuk apply kejer gomen banyak-banyak, yang bersesuaian dengan aku.

2 - Nak sambung study
Aku ada diploma jek...so aku nak sambung degree. Disebabkan aku bekerja dalam bidang pelancongan, so aku ingat nak sambung study dlm bidang Tourism & Hospitality or Tourism & Recreational la kononnyer. Impian aku untuk study kat University Of Staffordshire, UK...aku dah wat survey dah pasal universiti tu...dan aku dah hantar segala dokumen yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Walaupun aku diploma in Computer Science, tapi aku boleh tukar ke bidang lain jika nak amik degree, tapi dengan bersyarat la...Kata wakil Universiti tu, syaratnyer adalah aku tak boleh pendekkan tempoh kursus dari 4 tahun ke 3 tahun...Aku tetap kena abiskan study 4 tahun, seperti yang telah ditetapkan. Dan aku perlu ada pengalaman kerja dalam bidang Tourism selama 2 tahun..dan aku perlu ada surat pengesahan daripada boss yang mengatakan aku bekerja dalam bidang Tourism. Aku ok jek ngan sumer syarat tu sebab bagi aku syarat-syarat tu tak membebankan pun...Tapi disebabkan tiada dana dan sumber kewangan untuk 'sponsor' aku ke sana, maka aku batalkan saja nawaitu aku tu. Dokumen yang aku hantar tu wat jadik bungkus nasi lemak jek la jawabnyer....Tapi aku still pasang impian untuk sambung study degree...Tapi kat universiti tempatan jek la...Nyesal lak rasanyer tak terus sambung degree pas abis diploma 5 tahun dulu...haishhhh.........

3 - Nak jadik cikgu..
Oh..tuhan! Akibat daripada kepayahan untuk bekerja gomen (seperti yang dinyatakan dalam no.1 di atas!) maka aku terus terfikir untuk kerja jadik cikgu jek la! Aku bukak website pasal application nak jadik cikgu nie...tapi malangnyer application hanya dibuka setahun sekali jek untuk sekali intake bagi tiap-tiap tahun. Application hanya dibuka pada bulan Februari setiap tahun, dan intake lak pada bulan Jun...dan aku dah terlambat giler! Bulan Julai baru aku terfikir nak jadik cikgu dan baru terhegeh-hegeh nak cari cara-cara nak apply....Macam bodo jek aku nie,kan???So aku kene tunggu Februari next year lak untuk apply jadik cikgu!Huhuhuuu....layak ke?!?!



Tu jek la nawaitu, impian dan harapan aku yang aku sendiri tak pasti akan jadi kenyataan ke tak...Aku doakan kesemuanya akan menjadi kenyataan la hendaknyer....sebab jika sumer di atas menjadi kenyataan, maka aku bolehlah memanjangkan langkah kakiku ini untuk panjat the next level of my life's stage agar menjadi lebih sempurna di masa akan datang nanti.....



AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.................................................

2 comments:

Reflisia said...

e eh aku pun terfikir nak apply cikgu..sebabnyer aku rasa aku suka mengajar..heheheh nanti sesama la kita minta yer

-LaDy rAzOr- said...

tu ar...
moh ler kita sesama jadik cekgu...
leh kita ngajar kat skolah sama...
pastu leh kita sebat anak murid sesama..
hahahaa...