Thursday, October 9, 2008

Pantang & Hipertension

Tak dapat dinafikan, waktu berpantang adalah waktu yang mana para ibu yang baru pas bersalin akan berasa sedikit (atau banyak?!?) tension (atau hiper?!?)..
Macam aku jugak...aku mengalami situasi dan keadaan sedemikian...
Mula-mula berpantang, aku berasa sangat tension.....
Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat....itu tak boleh makan, ini tak boleh makan...
Aku jadi bengang....
Aku mengalami kemurungan....
Kemurungan yang sampai tahap aku bercakap sendirian....menangis sendirian.... (teruk ke tu??)
Aku tak tahu nak mengadu kat saper time tu....
Nak ngadu kat dear, dia keje....
Keje dear shift...so tak selalu aku leh jumpa dia....
Di saat aku rasa aku memerlukan dia, dia kat opis lak...
Maybe itu yang membuatkan aku rasa lonely....cakap pun sensorang...
Aku tanya kawan-kawan yangd ah ada pengalaman....
Diorang pun pernah mengalami situasi yang sama...
Itu yang dinamakan 'Sindrom Selepas Bersalin'...atau nama saintifiknya....entah!
Aku pernah terbaca pasal hal nie kat dalam magazine...
Ia adalah perkara normal yang dialami oleh wanita-wanita selepas bersalin....
Walaupun normal, tapi kena gak prevent....takut kalo lagi melarat leh jadik meroyan!
So untuk mengatasi sindrom ini, elakkan duduk sendirian...banyakkan berbual dengan orang-orang keliling...jangan diikutkan sangat rasa sedih dan marah yang dialami....
Macam aku nie, aku prevent dengan cara layan surfing internet....
Nak berbual ngan orang-orang rumah, memang takde la kan....
Orang tua aku cepat masuk tido malam...abang aku keje....dear pun keje...
Tinggal ler aku ngan Andy jek berdua....
Aku terperuk dalam bilik...susukan Andy...tidokan Andy...pastu aku online...
Kadangkala akibat terlalu lama terperuk dalam rumah (amnya) dan dalam bilik (khususnya), aku jadi hipertension!
Aku merasakan seperti satu kejutan....
Terlalu lama ( 9 bulan) ada 'sesuatu' dalam perut, then tetiba jek dah takde!
Then tetiba terdengar tangisan bayi di sebelah yang minta disusukan...
Then bila lapar, tetiba kena makan makanan berpantang yang tak sedap...
Then bila haus, tak dibenarkan minum air terlalu banyak....cukup setengah cawan sahaja! (tapi aku tak dengar cakap, aku minum gak air banyak-banyak....tapi kena marah selalu dan sekarang aku kena penyakit kencing tak lawas!)
Then tetiba part of body jadi mengeleber....kena pakai bengkung seharian semalaman.....
Then bila berpeluh, tak boleh bukak kipas terlalu kuat....perlu pakai sweater (aku tak dengar cakap jugak!)
Then bila badan dah berlengas, tak boleh mandi....lap badan sikit-sikit jek!
Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhh...................ape semua ini!!!
Dengan semua pantang larang ( or rules & regulation), patutkah atau tidak aku berasa hipertension?!?!
Ini bukan kejutan budaya....tapi aku memang mengalami kejutan....
Kejutan pertukaran status barangkali....
Tapi sekarang nie, sikit demi sikit aku dah leh 'adapt' ngan situasi dan keadaan sebegini....
Aku dah tak kesah kalo tak dibenarkan mandi, diwajibkan memakai bengkung dan makan makanan berpantang yang tak best tu!
Tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk minum air banyak dan bukak kipas laju-laju as long as aku pakai sweater bila aku terasa sejuk....
Biar lah diorang nak kata aku degil ke haper ke....
Apa yang pasti, dengan cara itu membuatkan hipertension aku berkurangan hari demi hari...
Lantaklah.......

4 comments:

~ChEnTa~ said...

larr.. macam tu ke rasanya..
alahai..macamner lah i nanti yer..
dah lah i ni manje mengade-ngade. nak perhatian jer.
suka makan plak tu..
haih..

Lynn Abd Latib said...

sabar nofa..kak lin dulu gitu jugak..tgh pantang nun jauh kat umah mertua..lagi tensen..sikit2 nangis..teringat kat mak..baby nangis..kita nangis lagi kuat..smp even benda2 kecik pun rasa macam nak nangis..so kena byk rehat masa macam nih..agak2 nak nangis tuh banyak istighfar...kalo baby tido..awak pun kena tido..cover masa takleh tido malam tuh...

belo said...

mummy tak mau cedih2 ek?
cian mummy..

nanti andy dah besor,andy jadi pilot..pastu andy bawak mummy pusing satu dunia..mesti mummy seronok kan?nak tak?

meazara Raphael fairytales said...

haaa... ira ari ni jumpe satu artikel pasal kemurungan wanita selepas melahirkan.. hehehe lebih kurang ngan ape yg nofa rase... huhuhu ira da post kat entry ira.. jadikan pedoman.. nanti tunggu turn ira plak.. mudah mudahan x tension mcm nofa... kekeke =D