Friday, February 29, 2008

Romantik......

Romantik......

Romance.......

Apakah maksud romantik???

Bagi aku, definisi romantik adalah :-

membuat sesuatu yang surprise untuk pasangan sehingga berjaya membuatkan pasangan berasa terharu dan dihargai dan berasa sangat istimewa....
Bagi aku, istilah romantik itu boleh dirasai ketika :-
  • mendapat hadiah yang tak disangka-sangka dari pasangan (seolah-olah pasangan tahu yang kita memang nak kan sangat hadiah tu) tidak kira di waktu birthday kita ataupun hanya hari-hari biasa sahaja.
  • candle light dinner kat mana-mana restoran yang tidak dijangka oleh kita...
  • tiba-tiba pasangan masakkan masakan istimewa khas untuk kita (walaupun kita tahu pasangan tidak reti sangat masak atau memang semulajadi malas nak masak)
  • mandi bersama sekali-sekala (opsss.....sedikit 18sx)
  • jalan berpimpin tangan sentiasa (bukannya time nak lintas jalan sahaja)
  • tiba-tiba pasangan dengan rela hati melakukan semua kerja rumah (menyapu sampah, basuh baju, lipat baju, cabut rumput depan umah dsb)
  • pasangan sentiasa menghubungi kita untuk bertanya khabar ataupun berborak-borak kosong sahaja (seperti ketika mula bercinta dulu)
  • pasangan sentiasa memuji kita kelihatan cantik,menawan,jelita dsb (tidak kira kita memakai baju apa) terutamanya ketika sedang bersiap ke kerja di pagi hari...
  • pasangan sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan sayangnya kepada kita (even ketika kita mahu melelapkan mata)
  • pasangan sentiasa memberikan ciuman yang tidak dijangka (sudden kiss) dan berjaya membuatkan kita terkesima dan terpana seketika....
  • pasangan mendukung kita untuk ke bilik (opsss....lagi skali sedikit 18sx)
  • kita sentiasa dapat morning note dari pasangan, dengan kata-kata yang indah dan berjaya membuatkan kita tersenyum malu....
  • sesekali kita dan pasangan menghayati lagu cinta romantis sambil menari bersama.....

ermmm.....buat masa nie, aku rasa ini sahaja perkara-perkara romantik yang boleh membuatkan aku, sebagai seorang perempuan akan rasa seperti terbang di awan-awanan jika pasanganku melakukan perkara-perkara di atas.....heheheheeee...

apa-apa pun, ini adalah sekadar pandangan aku ke atas perilaku romantik itu....bagaimanapun terpulang kepada kalian bagaiman untuk mendefinisikan maksud R.O.MA.N.T.I.K itu sendiri....

sekian......

1 comment:

belo said...

i hari2 urut kaki u sebelum tido..

romantik x?