AIB + BODOH!
Kamu mengaibkan pasangan kamu yang banyak bersabar dengan kerenah kamu yang suka membuka pekung di dada di dalam laman sosial....
Terlalu banyak yang kamu luahkan sehingga satu dunia boleh melihat dan mengikuti sengketa yang berlaku antara kamu berdua....
Seharusnya cerita di dalam kelambu hanya perlu untuk perhatian kamu berdua sahaja, bukannya seantero dunia!!!
Seharusnya membuka aib pasangan itu adalah sesuatu yang tidak normal dan di luar kotak pemikiran orang-orang yang bijak bistari seperti aku, mereka dan yang lain-lainnya......dan sudah pasti tidak seperti kamu!!!
Asalnya kamu adalah seorang yang bijak....Belajar sehingga ke menara gading....Bekerja di dalam organisasi yang ternama dan gah di mata dunia.....
Tapi sayang.....kamu masih lagi BODOH!!!
Kebodohan kamu itu sangat menyerlah lagi apabila kamu menyerang orang yang tiada kena mengena dengan pertelingkahan antara kamu dengan pasangan!
Homaiiii......
Kini satu dunia melihat kebodohan kamu yang berlapis-lapis itu!
Homaiiii....
Tidak perlu aku bercakap banyak.....
Satu nasihat aku untuk kamu....
Selagi sangkakala tidak bertiup, selagi itu masih ada lagi pengampunan untuk kamu....
Kembalilah kepada pangkuan pasangan kamu....
Dan ingat..
'Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami...'
No comments:
Post a Comment