Aku baru balik dari lunch kat The Mall.Maklum la,ari Jumaat kan..so rehat pun lama..aku shopping ler sikit..beli maternity dress sehelai jek...murah lak tu,RM69 jek! Kalo aku tau kedai tu jual baju untuk orang-orang mengandung, dah lama aku beli kat situ jek...tak payah beli dress kat Modern Mom yang lagi baper sen jek nak RM200 tu!!!huh...
Tapi bukan pasal baju maternity yang ingin aku ceritakan di sini...kisahnya bermula apabila aku menemani Shasha untuk makan tengahari kat food court di top level The Mall tu.Shasha makan nasi campur, aku pulak layan cendol dan air kosong jek (perut still kenyang coz makan nasi lemak and teh 'o' pagi tadi). Sambil makan dan minum tu, aku terasa seperti ada sepasang mata yang sedang memerhatikan aku.Aku meng'usha' ler sekeliling...kot-kot aku kenal la sesapa kan.Then mataku tersorot kepada seorang mamat dan kawan-kawannya yang duduk berhampiran dengan meja aku.Kiranya aku duduk betul-betul facing ke arahnya.
Mamat tu asik ler memandang aku.Aku jadi tak selesa nak berborak dengan Shasha. Sambil dia makan dan berborak dengan kawan-kawannya, mata dia kadang-kadang tu pandang ke arah aku.Aku jadi pelik.Aku rasa aku tak kenal mamat nie.Tapi dari gaya peng'usha'an mamat tu, ditambahkan pula dengan skill renungan dan kemahiran peng'urat'an yang memang sedia ada dalam diri aku nie, aku amat yakin sekali bahawa mamat tu sedang cuba mengurat aku dengan cara renungan yang kononnya menikam jiwa ler tu!hehehehe.......
Aku biarkan dia membuat renungan tajam menikam dia tu, dan aku berborak dengan Shasha sambil dia menghabiskan suapan nasi campurnya itu. Selesai membuat pembayaran, Shasha bangun dari meja.Aku sempat mengerling ke arah mamat itu sambil bangun.Dia senyum kat aku..dan seketika kemudian..........
"ALLAH!!!"
Hahahahahaaaaaaaa...........
Aku dah agak dah!!! Aku tergelak sengsorang sambil diperhatikan oleh Shasha yang agak blur coz tak tahu what happened....Well...i know what happened!Mamat tu terkejut dan separa menjerit sambil menyebut 'ALLAH' coz dia terpandangkan perut aku tatkala aku bangun dari tempat makanku itu.Kawan-kawan dia pun turut memandang aku.Nampak sangat muka mereka terkejut dan terpana....
"Hahahahahahaaaaa..........dengan perut yang memboyot nie, laku lagi aku nie rupanya ek!"aku kata kat Shasha selepas story kat dia what happened tadi...
2 comments:
ahahha..
uiks....gelak ko yer... =D
Post a Comment